PARTI ISLAM SEMALAYSIA

PARTI ISLAM SEMALAYSIA
PAS KAWASAN LENGGONG

Ahad, 9 Januari 2011

Ibrahim Ali semakin cerca merba, pertanda disemadikan selepas PRU 13

wfauzdin_ns
SAYA merasa pelik dengan sikap dan tabiat Presiden PERKASA, Ibrahim Ali. Di dalam mengulas keputusan kerajaan untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat punca kematian Teoh Beng Hock di dalam kawasan pejabat SPRM, Ibrahim Ali amat menentang penubuhan Suruhanjaya Diraja tersebut. Baca di sini.

Ibrahim Ali berpendapat memadai pihak Polis menyiasat kes tersebut. Kita ingin bertanya kepada beliau, adakah kematian Teoh tidak pernah disiasat oleh pihak Polis sebelum diadakan injues? Adakah siasatan Polis atau inkues lebih baik atau telus jika ingin dibandingkan dengan Suruhanjaya Diraja? Kes mata lebam DS Anwar dahulu boleh dijadikan panduan untuk menjawab persoalan ini. Melucukan, beliau secara sinis menyebut beliau pelik dengan sikap `keterbukaan dan baiknya' kerajaan apabila bersetuju untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja. Mengapa Ibrahim Ali pelik? Mungkin beliau sedar kerajaan selama ini tidak bersikap terbuka dan tidak baik, sebab itu lah beliau merasa pelik. Di dalam Parlimen, MP Pasir Mas yang menenggek atas kerusi ihsan PAS ini berdegar-degar bercakap akan menyokong apa jua yang baik samada dari Kerajaan atau Pembangkang. Adakah Suruhanjaya Diraja ini tidak baik untuk Ibrahim Ali?

Hujah beliau bahawa mengadakan Suruhanjaya Diraja membazirkan wang rakyat adalah satu hujah dungu oleh seorang Ahli Parlimen. Beliau cuba ingin membandingkan nilai atau harga sebuah keadilan dan ketelusan dengan wang ringgit. Beliau tidak tahu menilai nyawa yang hilang dan tidak merasa apa yang dirasakan oleh waris Teoh Beng Hock. Seandainya tragedi ini berlaku ke atas ahli keluarga atau warisnya, mungkin Ibrahim Ali akan menjadi `gila' dan `meroyan'.

Ibrahi Ali yang sinonim digelar `raja katak' ini sempat mengulas isu Datuk Khusrin, SUK Kerajaan Negeri Selangor yang tidak diiktiraf oleh Kerajaan Negeri Selangor. Beliau menyebut bahawa perlantikan SUK itu adalah sah dari segi undang-undang. Kita semua tahu, yang dibicarakan sekarang berkaitan isu SUK ini adalah tentang ketelusan dan tahap profesional pihak KSN, SPA dan JPA. Rekod Datuk Khusrin sepanjang berkhidmat sebagai Pengarah JAIS sepanjang PR mentadbir Selangor juga boleh dinilai sebelum mengesahkan perlantikannya.

Saya tidak pelik jika Ibrahim hanya menyebut dari segi undang-undang semata-mata dan tidak mahu menyentuh dari segi moral dan adab. Kita pun tahu dari segi undang-undang, MP Pasir Mas ini memang sah sebagai Ahli Parlimen walaupun tanpa parti kerana beliau `disedekahkan' oleh PAS untuk kerusi tersebut. Tetapi jika ingin membicarakan soal moral dan adab, Ibrahim Ali sewajarnya sudah lama mengosongkan kerusi tersebut kerana bertindak lebih Umno dari Umno apabila menyerang PR, khususnya PAS.

Bermoralkah Ibrahim Ali yang di`beri makan' oleh Tuan Guru Nik Aziz berada di kerusi tersebut, tiba-tiba mendesak Mursyidul Am PAS tersebut meletakkan jawatan sebagai MB Kelantan? Jelas, perjuangan Ibrahim `raja katak' semakin lama semakin cerca merba. Itu pertanda awal beliau akan 'disemadikan' selepas Pilihanraya Umum Ke 13 nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan