Anwar tetap mahu debat dengan Najib
Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 20 Jan: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan laporan Bernama bahawa beliau mengeluar kenyataan untuk tidak mahu berdebat secara terbuka dengan Datuk Seri Najib Razak.Beliau merujuk laporan agensi berita itu yang kononnya memetik bahawa beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Wacana Maqasid Syariah di Kolej Insaniah Alor Setar semalam.Laporan tersebut meletakkan tajuk "Saya tidak ajak Perdana Menteri berdebat, Hanya berbincang- Anwar".Menurutnya, beliau tidak pernah berganjak dari pendiriannya untuk mengajak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berdebat secara terbuka seperti dua kali cabaran yang dibuatnya sebelum ini."Saya tegaskan di sini, saya sedikitpun tidak berganjak dari kenyataan sebelumnya serta hasrat yang terkandung dalam surat rasmi berniat mempelawa YAB Perdana Menteri untuk berdebat secara terbuka demi kepentingan rakyat Malaysia seluruhnya," katanya yang juga Ketua Pembangkang.Sehubungan itu, beliau mahu agensi berita tersebut menarik semula laporan tersebut yang didakwa mengelirukan.18 Januari lalu, Anwar menghantar surat jemputan kepada Najib sebagai mengulangi cabaran debat yang dilontarkan minggu lalu.Najib bagaimanapun pada ucapannya pada satu majlis di Felda Chempelak, Dun Tenang baru-baru ini menjawab tidak mahu berdebat, dengan alasan Anwar perlu terlebih dahulu menyelesaikan masalah peribadinya khususnya dalam isu liwat.
Perjalanan Hebat Muhammad Israk Bersama Kelas Games Based Learning Todak
Academy
-
April 2024 hingga Mei 2025 menjadi satu tempoh yang sangat bermakna buat
anak saya, Muhammad Israk. Sepanjang lebih setahun ini, beliau telah
menyertai kel...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan