Selasa, 11 Januari 2011
Caption: Haji Razman memimamkan Solat
Jenazah seorang penduduk Kampung Banggol
Batu, Lenggong yang meninggal dunia baru-baru
ini - gambar hiasan.
SMS JAM 10 MALAM
"Ust Misbah kemalangan di Slim River telah dimasukkan ke wad kecemasan Hospital Ipoh jam 9.45 mlm 10 Januari 2011." Begitu SMS yang saya terima kira-kira jam 10 malam 10 Januari lalu.
(*Ustaz Misbah selamat - mudah-mudahan dipanjangkan umur dan kembali bertugas memimpin gerakan Islam PAS).
Ketika menerima SMS itu saya bersama ramai ahli jamaah yang sedang bersedia untuk menunaikan Solat Jenazah Allahyarham anak kepada seorang penduduk di Kota Tampan Air. Walaupun anak penduduk Kota Tampan Air, jenazahnya disolatkan di Masjid Banggol Belimbing yang sebelumnya diuruskan di rumah datuknya di Banggol Belimbing.
Takdirnya malam itu orang-orang yang sedang menunggu untuk Solat Jenazah itu hampir kesemuanya orang PAS, tidak nampak muka orang Umno.
*Taknaklah kata orang-orang Umno boikot kerana simati anak orang PAS, nanti apa kata orang-orang Umno pulak. Lagi pun apabila ada kematian dari kalangan orang Umno, orang PAS yang ramai datang Solat Jenazahnya.*
Malam itu takdirnya Yang DiPertua PAS Lenggong, Haji Razman Zakaria sedang berada di Selangor, kalau tidak mungkin beliau yang akan mengimamkan solat itu. Tapi walaupun beliau berada di luar kawasan, pimpinan PAS Kawasan Lenggong ramai hadir, antaranya Timbalan Yang DiPertua, Ustaz Husairi Ariffin, Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Lenggong, Imam Mohd Hatta Abdul Aziz, Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS, Cikgu Abdul Halim Abdullah dan lain-lain.
Turut hadir Ketua Kampung Pakatan Rakyat Banggol Belimbing, Encik Mohd Tahir Mat Nor dan beberapa Ketua Kampung Pakatan Rakyat dari beberapa kampung sekitar.
Takdirnya malam itu hadir sama Ustaz Mohd Idris Mat Isa dari Kampung Jenalik yang sebelumnya mengajar di Surau Kota Tampan Air dan dialah yang diminta mengimamkan Solat Jenazah itu.
Sebaik menerima SMS itu sementara menunggu jenazah sampai, terus saya maklumkan kepada pimpinan PAS kawasan yang hadir, lalu berita kemalangan membabitkan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Perak cepat tersebar di kalangan ahli.
Beberapa minit kemudian jenazah pun sampai dan solat dilakukan segera sebelum jenazah Allahyarham remaja berusia 12/13 tahun itu dikebumikan malam itu juga.
*Catatan: Allahyarham meninggal dunia selepas beberapa hari koma di Hospital Ipoh selepas terbabit kemalangan jalan raya di Kota Tampan Air.*
Terima kasih kepada pimpinan dan ahli-ahli PAS yang sanggup hadir walaupun dari kampung-kampung yang jauh. Solah Jenazah adalah antara kebajikan yang boleh kita laksanakan dengan mudah, asal ikhlas untuk menunaikannya.
Usik sikit boleh tak? Hehe... Haji Razman dah banyak kali imamkan Solat Jenazah orang mati, kita kempunan nak tengok Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan, Datuk Saarani Mohamad dan ADUN Kenering, Toh Shah Bandar Hulu, Mohd Termizi Idris jadi imam orang Umno mati.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan