PARTI ISLAM SEMALAYSIA

PARTI ISLAM SEMALAYSIA
PAS KAWASAN LENGGONG

Isnin, 17 Januari 2011

Beberapa tokoh veteran Umno akan sertai PKR – Fauzi
tweetmeme_style = 'compact';
tweetmeme_url = 'http://idhamlim.blogspot.com/2011/01/beberapa-tokoh-veteran-umno-akan-sertai.html';
tweetmeme_source = 'anupkayastha';
11:30 AM DRS. KHALIL IDHAM LIM
12 Safar 1432H MOD..
TEMERLOH, 17 Jan: Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Pahang Datuk Fauzi Abdul Rahman mengesahkan beberapa orang veteran Umno negeri ini akan menyertai parti tersebut dalam masa terdekat.Katanya, mereka ialah dua orang bekas Exco negeri ini, dua orang bekas ahli parlimen, beberapa orang bekas Adun dan seorang bekas tokoh penting di Ibu Pejabat Umno, Kuala Lumpur.“Saya mahu umumkan dua orang bekas Exco, dua orang bekas ahli parlimen, beberapa orang bekas Adun dan seorang yang berstatus pernah menjadi orang penting di Ibu Pejabat Umno datuk akan menyertai PKR.“Perbincangan dengan mereka sedang berjalan rancak dan kita jangkakan penyertaan rasmi akan diumumkan semasa lawatan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Pahang bulan depan,” jelasnya.Beliau berkata demikian ketika ditanya wartawan sejurus selesai mesyuarat jawatankuasa MPN yang pertama sesi 2011 – 2013 di Rumah Rehat Temerloh sebentar tadi. Fauzi baru dilantik semula sebagai Pengerusi MPN bagi penggal kedua oleh PKR Pusat.Sebelum ini, beberapa blog telah menyiarkan cerita beberapa veteran Umno dari negeri Pahang akan mengisytiharkan menyertai PKR kerana kecewa dengan perkembangan dalam Umno pada hari ini.Bagaimanapun menurut sumber berkenaan, Umno Pahang sedang cuba memujuk tokoh-tokoh berkenaan supaya tidak meninggalkan parti itu.Mengenai organisasi PKR Pahang, menurut Fauzi, mesyuarat telahpun melantik timbalan-timbalannya dan setiausaha perhubungan negeri.“Mesyuarat tadi telah melantik setiausaha perhubungan iaitu Mohamad Musa bagi menggantikan Razali Alias yang telah berpindah ke Kuala Lumpur. Sementara bagi timbalan-timbalan kita telah kemukakan beberapa nama kepada Pusat dan minta Pusat yang tentukan.“Kita juga ucapkan tahniah kepada Ahli Parlimen Indera Mahkota Azan Ismail yang juga Ketua PKR Cabang berkenaan kerana diberi kepercayaan oleh Pusat untuk menjadi Pengerusi MPN Terengganu,” ujarnya.Mengenai pilihan raya umum (PRU) ke 13 yang akan datang, Fauzi berkata mesyuarat tadi mendedahkan Pakatan Rakyat boleh mencapai kemenangan sehingga menguasai negeri ini kerana swing yang diperlukan hanya 5 peratus.“Pakatan Pahang hanya perlukan swing sekitar 5 peratus tambahan daripada keputusan PRU 12 untuk memerintah. Jika Pakatan memperoleh lonjakan 5 peratus itu bermakna 19 kerusi dewan undangan negeri (Dun) BN yang dimenangi sekarang akan jatuh ke tangan Pakatan.“Jadi dicampur dengan empat kerusi kerusi dimenangi pakatan sekarang dan satu kerusi bebas, Pakatan akan memiliki 24 kerusi daripada 43 kerusi Dun yang ada,” jelasnya.(HarakahDaily)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan