Harakahdaily |
IPOH, 12 Jan: PAS Negeri Perak merakamkan doa kepada Setiausaha PAS negeri, Ustaz Misbahul Munir Masduki merangkap Yang Dipertua PAS Bagan Datoh serta keluarga di atas musibah yang menimpa beliau disebabkan terlibat dalam kemalangan jalan raya di Behrang, kelmarin. “Sesungguhnya kami yakin, seluruh ahli PAS Perak khususnya amat mengharapkan agar Al Fadhil Ustaz Misbahul Munir Masduki berada dalam keadaan baik dan selamat,” ujar Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Abu Bakar Hussain dalam satu kenyataan ringkas. PAS Negeri Perak juga, katanya berharap keluarga Misbahul Munir dapat bersabar dalam ujian dan ketentuan dari Allah SWT itu. “Bagi pihak seluruh kepimpinan dan warga PAS Negeri Perak, kami mendoakan semoga Al Fadhil Ustaz Misbahul Munir Masduki dilimpahkan kesihatan dan kekuatan yang jitu dari Allah SWT. |
Seronoknya Aktiviti di Rumah Bersama Anak!
-
Cuti sekolah datang lagi bermula 13 Sep-21 Sep 2025. Kali ini kami tidak
merancang untuk book hotel atau ke lokasi yang jauh. Cukup merancang
aktiviti di r...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan