PARTI ISLAM SEMALAYSIA

PARTI ISLAM SEMALAYSIA
PAS KAWASAN LENGGONG

Rabu, 12 Januari 2011


CALON KETUA KAMPUNG DI SEBUAH KAMPUNG INDAHLANCONG

Oleh Mohd Syamil Azhar.

LENGGONG: Ketika Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mengingatkan mana-mana ketua kampung yang malas supaya berhenti daripada terus menjawat jawatan mereka, telah ada sebahagian kampung yang bakal-bakal calon penggantinya sedang 'bergasak' untuk memastikan jawatan nombor satu dalam kampung itu berada dalam tangannya.

Salah sebuah kampung yang sedang berlaku perebutan bakal ketua kampung itu ialah Kampung INDAHLANCONG, di mana dua calon sedang 'bergasak' untuk menduduki singgahsana berelaun RM800 sebulan.

Sumber yang boleh dipercayai, mengatakan dua calon terbabit mempunyai latar belakang berbeza dan memiliki feel yang jauh berlainan, tetapi sama-sama kepingin menjawat jawatan berkenaan.

"Seorang bakal calon memiliki watak baik dan jujur, sekiranya dia jadi ketua kampung dia akan mengutamakan kepentingan penduduk, bukan kepentingan dirinya.

"Tapi calon kedua dan yang inilah yang paling nak sangat jadi ketua kampung, memiliki perangai cukup hodoh, di mana dia minat skodeng (mengendap) orang perempuan dan boleh dikatakan itulah kerjanya pada waktu malam," katanya.

Sumber itu berkata, calon kedua itu bukan setakat suka mengendap, dia juga tidak jujur dan mengutamakan kepentingan diri berbanding kepentingan orang lain.

Katanya, sekiranya calon kedua itu terpilih akan 'huru haralah' kampung INDAHLANCONG, satu-satunya kampung yang Umno paling kuat di kawasan Parlimen Lenggong.

"Ketua kampung yang ada sekarang ini memang pemalas dan langsung tidak disukai penduduk, eloklah diberhentikan, bukan dinasihat supaya berhenti," katanya lagi.

*Catatan: DuluKiniSelamanya Umno memang suka melantik pemimpin-pemimpin akar umbi yang tidak jujur atau yang bermasalah kerana pemimpin seperti itu saja yang mampu melaksanakan AGENDA KEPENTINGAN DIRI pemimpin-pemimpin atasan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan