PARTI ISLAM SEMALAYSIA

PARTI ISLAM SEMALAYSIA
PAS KAWASAN LENGGONG

Khamis, 20 Januari 2011




VIDEO: Kerajaan Tunisia dan Malaysia adalah sama kuroppp!!!!

http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=Forums&file=index -> Borak Umum atau bersahaja
View previous topic :: View next topic
Author
Message
SpongeBob2010Lans KoperalJoined: Aug 28, 2010Posts: 375Location: http://khalifah.forum.st/
Posted: Mon Jan 17, 2011 10:44 pm Post subject: VIDEO: Kerajaan Tunisia dan Malaysia adalah sama kuroppp!!!!

Back to top

');
//-->


katilempukLeftenanJoined: Jun 02, 2008Posts: 8882Location: Terajang UMNO ke dalam tong Sampah
Posted: Mon Jan 17, 2011 10:47 pm Post subject:

cara kerajaan korup tu sama. cuma rakyat jer tak sama. 1. yang satu tu rakyatnya cun dan cepat cerdik. 2. yang satu lagi tu rakyatnya hodoh, bodoh otak banal dan paler leper.
Back to top

');
//-->


SpongeBob2010Lans KoperalJoined: Aug 28, 2010Posts: 375Location: http://khalifah.forum.st/
Posted: Mon Jan 17, 2011 11:00 pm Post subject:

Ketika artikel ini ditulis, media antarabangsa melaporkan bahawa tentera Tunisia baru sahaja melancarkan serangan ke atas penyokong bekas presiden Zine El Abidine Ben Ali yang digulingkan. Sebahagian penyokong berkenaan dilaporkan bertahan di dalam istana presiden itu. Presiden sendiri sudah melarikan diri ke Arab Saudi pada 16 Januari lalu selepas beberapa siri bantahan rakyat sejak beberapa minggu. Beliau tumbang di tangan rakyat setelah memerintah kira-kira 23 tahun. Ada beberapa sisi menarik boleh ditulis mengenai kisah tumbangnya seorang presiden ini. Namun pada penulis, sisi paling menarik ialah kejatuhannya dikaitkan oleh banyak pihak dengan peranan Wikileaks dan Facebook. Menerusi media baru seperti Wikileaks dan Facebook, Presiden Zine El Abidine Ben digambarkan kepada rakyatnya sebagai seorang penguasa kuku besi, mengamalkan rasuah serta penyelewengan lain. Ini diburukkan lagi oleh faktor peningkatan kadar pengangguran di negara itu. Menurut telegraph.co.uk, bekas presiden Tunisia itu adalah mungkin mangsa pertama Wikileaks. Maklumat yang didedahkan Wikileaks mengenai kabel diplomatik kedutaan Amerika Syarikat berhubung kehidupan mewah presiden itu serta empayar perniagaan di bawah kawalan keluarganya dan kekebalan anak pinaknya daripada tindakan undang-undang disebarluaskan menerus email dan media baru lain (internet) ke seluruh negara walaupun tahap sistem penapisan adalah amat ketat. Malah, beberapa minggu sebelum kejatuhannya, presiden itu menyekat laman Wikileaks daripada dapat diakses oleh rakyatnya. Pendedahan itu menimbulkan kemarahan rakyat. Thedailybeast.com pula melaporkan bahawa laman sosial Facebook dan Twitter digunakan sebagai sumber utama oleh rakyat terbanyak yang menentang pentadbiran Zine El Abidine Ben. Antara yang popular digunakan bagi menyebarkan penentangan terhadap penguasa Tunisia itu ialah laman Twitter ini – http://twitter.com/SBZ_news Sementara itu, neontommy.com turut merakamkan perkara sama. Web terbabit menyifatkan Zine al-Abidine Ben Ali jatuh kerana WikiLeaks dan Facebook. Ternyata, ini adalah ‘sejarah baru yang ditulis dengan dakwat teknologi’. Dengan teknologi terkini, maklumat tidak lagi dapat disekat-sekat, disembunyi dan dimanipulasi oleh pemerintah. Jika beberapa dekad dahulu, penguasa dapat ‘bermain-main’ dengan maklumat dan fakta bagi mengabui mata rakyat terbanyak, kini maklumat boleh bergerak menyelinap masuk ke segenap ruang isi rumah, malah di dalam poket rakyat, menerusi pelbagai gajet dan peranti serta saluran penyiaran yang tidak lagi mampu dikawal sepenuhnya oleh elit pemerintah. Malah fungsi dan pengaruh media cetak dan elektronik yang dahulunya dapat dikawal secara total oleh kerajaan serta dianggap sebagai kekuatan keempat (fourth estate) di dalam sesebuah negara, kini mula luntur. Ia mungkin akan perlahan-lahan dikalahkan oleh media baru – internet – yang pusat siarannya boleh sahaja hanya daripada sebuah rumah usang serta tidak memerlukan sebarang lesen, permit atau kelulusan untuk membuat apa juga siaran. Inilah yang ditakuti elit pemerintah di mana-mana sahaja di dunia, terutama mereka yang mengamalkan rasuah, penyelewengan dan menidakkan hak serta kebajikan rakyat. Presiden Tunia itu adalah yang pertama. Mungkin ramai lagi akan menyusul menjadi mangsa kebebasan maklumat menerusi kecanggihan teknologi sebaran. Jika dahulu sejarah dikatakan hanya ditulis oleh puak yang menang dan berkuasa (sementara peranan pihak yang kalah dinafikan), kini sejarah akan tertulis secara telus dan dapat dilihat dari pelbagai sudut serta oleh sesiapa sahaja. Justeru, mana-mana juga pemerintah, tidak dapat tidak, mereka tidak mempunyai pilihan lain untuk kekal berkuasa. Satu-satunya pilihan yang ada ialah memerintah berasaskan keadilan dan mengutamakan kebajikan rakyat dengan mengelak penyelewengan serta tidak mementingkan kroni dan anak pinak. Jika tidak, mereka akan tumbang dalam tragedi! Mesej daripada kisah kejatuhan Presiden Tunisia ini adalah jelas dan mudah difahami. Mesej sejagat ini sepatutnya sudah diserap terima oleh mana-mana penguasa di mana-mana juga negara di dunia. –
Back to top

');
//-->


SpongeBob2010Lans KoperalJoined: Aug 28, 2010Posts: 375Location: http://khalifah.forum.st/
Posted: Mon Jan 17, 2011 11:21 pm Post subject:


Back to top

');
//-->


SpongeBob2010Lans KoperalJoined: Aug 28, 2010Posts: 375Location: http://khalifah.forum.st/
Posted: Tue Jan 18, 2011 5:19 pm Post subject:

apakah persamaan pemimpin kerajaan tunisia dengan pemimpin kerajaan malaysia?
Back to top

');
//-->


SpongeBob2010Lans KoperalJoined: Aug 28, 2010Posts: 375Location: http://khalifah.forum.st/
Posted: Tue Jan 18, 2011 6:12 pm Post subject:

boros pelingkupkan duit rakyat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan