"Direktori dan laman web Jabatan PM sedang dalam proses kemas-kini, untuk elakkan kekeliruan,” katanya di bangunan parlimen hari ini.
Beliau mengulas soalan tambahan daripada Anthony Loke (DAP-Rasah) berhubung mengapa divisyen FLOM disenaraikan jika tiada divisyen seumpama itu ditubuhkan.
Dalam jawapannya, Nazri mengulangi kenyataan yang dibuatnya pada Disember tahun lalu bahawa 'divisyen' berkenaan bukan sebahagian daripada jabatan PM tetapi adalah senarai pegawai yang dipinjamkan bagi 'membantu' Datin Seri Rosmah Mansor dengan 'tugasnnya' sebagai isteri perdana menteri.
“Saya ingin menjelaskan soalsan ini telah dijawab saya pada 25 Disember 2010
“Tak ada kakitangan tetap dan kontrak khusus untuk isteri perdana menteri sebaliknya pegawai dari pejabat PM dari masa ke semasa membantu isteri PM dengan menjalankan tugas belias selaku isteri pada perdana menteri ,” katanya.
"Tiada kontrak atau kakitangan tetap ditugaskan khusus kepada isteri perdana menteri, sebaliknya pegawai dari jabatan itu dari semasa ke semasa ditugaskan bagi membantu beliau.”
Katanya, antara tugasan pegawai yang dipinjamkan itu termasuk menguruskan surat menyurat dan dan mengendalikan jemputan rasmi dari dalam dan luar negara.
Tambahnya, mereka yang ditugaskan itu bagi kerja-kerja sementara itu adalah kakitangan yang telah diambil bertugas di pejabat perdana menteri.
"Tidak timbul elemen elemen kos tambahan kerana mereka yang ditugaskan itu adalah kakitangan pejabat PM,” katanya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan