PARTI ISLAM SEMALAYSIA

PARTI ISLAM SEMALAYSIA
PAS KAWASAN LENGGONG

Selasa, 1 Mac 2011

| Lagi kenyataan karut...
Politik & Isu Semasa

KP UMNO Khairy Jamaluddin ...lepasan OXFORD pun tidak boleh membezakan antara kerajaan dengan parti. Kenyataan beliau mengesahkan bahawa begitulah mentaliti setiap ahli UMNO. Hak kerjaan hak BN, kuaters kerajaan kuaters BN maka pada pemikiran khary dan ahli-ahli UBN, ahli PAS tidak bermoral tinggal dikuater kerajaan jika mempunyai fikrah berlawanan dengan UBN



Lebih malang lagi Khairy mengingatkan calon PAS yang tinggal dikuaters guru supaya berterima kasih kepada UBN kerana menyediakan kuaters. katanya calon PAS pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Yuhaizad Abdullah sepatutnya mengiktiraf peranan Barisan Nasional (BN) yang menyediakan pelbagai kemudahan termasuk tempat tinggal untuk pegawai kerajaan dan guru. Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menegaskan, walaupun calon PAS itu enggan berterima kasih atau bersyukur beliau wajar menghormati kerajaan BN yang memerintah.

Namun beliau mengaku pulak kuarters itu bukan duit Umno tapi."Ini memang duit rakyat daripada cukai rakyat tapi bagaimana duit itu dibelanjakan adalah keputusan dibuat oleh kerajaan BN."Jadi apabila beliau tinggal di kuarters yang bukan dibina oleh duit Umno tapi itulah kuarters yang disediakan untuk guru dan kakitangan awam yang dibuat melalui kerajaan yang ditubuhkan oleh BN," katanya.

Sebelum itu Yuhaizad mencabar BN supaya membuktikan kuarters kerajaan yang diperuntukkan untuk isterinya yang bertugas sebagai guru dibuat menggunakan wang Umno dan jika terbukti beliau bersama keluarganya akan keluar segera dari penempatan berkenaan./PBBB

Tiada ulasan:

Catat Ulasan