PARTI ISLAM SEMALAYSIA

PARTI ISLAM SEMALAYSIA
PAS KAWASAN LENGGONG

Jumaat, 18 Mac 2011

Sumbangan British Kepada Dunia Islam
Posted on Thursday, March 17 @ 21:31:18 PDT
Dilulus untuk paparan oleh aya

Pendapat Oleh: merong

"Portrait of Sir Winston Churchill - the British Bulldog1.Menjatuhkan khalifah dari kalangan ahlul-bait di seluruh dunia diwaktu era penjajahan dengan bantuan pembelot-pembelot khalifah akibat ketamakkan kuasa dan pangkat. Khalifah mekah – syarif mekah diusir oleh raja saud dengan bantuan british.Kini keturunan Saud memerintah ArabSaudi sedangkan ahlul-bait merempat merata pelusuk dunia.

Raja Syarif Hussein Mekah ( 1853-1931 ) Ahlul-Bait Arab Quraisy Hasyimi yg memerintah Semenanjung Tanah Arab, Mekah, Madinah, Taif dan Jeddah diusir oleh Abd al-`Azīz as-Sa`ūd Raja Arab Saudi (1932-1953 )dengan bantuan british

Khalifah othmaniah-sultan Abdul Majid 2 diusir oleh Mustafa Kamal Artaturk dengan bantuan british

2.Mempopularkan University Al-AZHAR sebagai pusat ulung pengajian ilmu Islam dengan menenggelamkan pusat pengajian Islam yg lain diMekah, Madinah, Syria, India dan Yaman. Hasilnya boleh dilihat perbezaan ketara pendapat diantara sarjana Islam dari AL-Azhar dan Universiti yg lain.

3.Memindah pusat kiraan masa dunia dari Mekah ke Greenwich sebagai pusat rujukkan masa.

4. Melaksanakan undang-undang British disemua Negara jajahannya dengan melantik wakil-wakil yg gila kuasa untuk meneruskan usaha British melemahkan Undang2 Islam diatas nama KEMERDEKAAN.

5.Memusnahkan binaan-binaan Islam dinegara jajahannya untuk menutup sejarah keagungan Islam.

6.Mengupah penulis upahan dan mempopularkan nama seperti Munshi Abdullah untuk menulis semula sejarah khalifah ahlul-bait dan meletakkan British sebagai simbol keamanan.

7.Memindahkan pusat ilmu dari Baghdad ke London dan mempopularkan University Cambridge dan Oxford kononnya cukup gah sebagai tempat bijak pandai.

8.Menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa dan penulisan utama dinegara jajahannya menggantikan bahasa Arab dan penulisan jawi yg lebih dekat kepada Islam. Pendekatan halus untuk menjauhkan masyarakat dari kehidupan Islam

9. 12 Ogos 2010... (Mecca Royal Clock Tower) – Menara Jam Mekah mula berdetik unrtuk memberi simbol kehebatan British menaklukki Islam seluruh dunia dengan meletakkan rekabentuk Jam London House Of Parliament bersebelahan Kaabah yang mulia malah SEBAGAI menara jam yg terbesar didunia meneggelamkan binaan Kaabah oleh Nabi Ibrahim dan Ismail..Undang-undang Brirtish- lebih hebat dari Islam. Itulah messagenya. Rekabentuk menara tersebut juga menyerupai obelisk yg tertinggi itu adalah lambang pemujaan syaitan untuk memberi message syaitan sudah berjaya mengatasi Islam yg bersimbolkan Kaabah yg kecil. Setiap jemaah yg mengunjungi masjidilharam pasti terfokus kearah menara jam british yg besar itu dahulu tersebut sebelum mata memandang Kaabah.

RAJA ABD AZIZ,KAMAL ATATURK,T-A-RAHMAN semuanya mewakili watak yg sama. menonjol sebagai hero di mata masyarakat demi melangsungkan fahaman british dinegAra taklukkan mereka diatas nama kemerdekaan.

Maka adalah jelas menyokong UMNO bererti kamu adalah penjahanam khalifah ahlul-baiT atau BERSUBAHAT menentang kaum kerabat Rasulullah.

"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan