PBB benarkan serangan udara di Libya


Sehubungan itu, pengeboman dijangka dilancarkan tidak lama lagi.

“Resolusi itu menunjukkan sikap agresif masyarakat antarabangsa yang mengancam perpaduan Libya dan kestabilannya," kata Timbalan Menteri Luar, Khaled Kaaim.
Beliau berkata, undian Majlis Keselamatan PBB itu juga bersamaan dengan "gesaan supaya rakyat Libya saling berbunuhan" dan sejajar kehendak Perancis, Britain dan Amerika yarikat untuk melihat negaranya berpecah.

Resolusi itu diluluskan dengan 10 undi menyokong dan lima berkecuali.
Anggota tetap China dan Russia adalah antara negara yang berkecuali tetapi tidak menggunakan kuasa veto untuk menolak resolusi itu.
Sementara itu dalam perkembangan di Benghazi, pasukan tentera pro Ghaddafi dilaporkan melancarkan serangan udara di tiga kawasan pinggir bandar itu yang kini dikuasai pemberontak, semalam.

“Serangan tersebut nampaknya seolah-olah satu amaran kepada kami, ia satu cabaran terhadap masyarakat antarabangsa,” kata seorang jurucakap kumpulan pemberontak yang tidak mahu namanya disiarkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan