|       TEMERLOH, 2 Mac: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru  Abdul Hadi Awang meminta semua ahli PAS agar menunaikan solat jenazah  ghaib untuk pemimpin gerakan Islam Turki yang meninggal baru-baru ini,  Profesor Nechmuddin Erbakan.
  Erbakan, yang disifatkan sebagai bapa kepada gerakan Islam sedunia termasuk Malaysia meninggal dunia Ahad lepas.
 
  Sementara  itu, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi, Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS  telah diutuskan khas oleh Abdul Hadi untuk mewakili beliau ke majlis  perkebumian Erbakan.  (Gambar: Dr Syed Azman, 2 dari kiri, bersama dengan Rachid Ganouchi yang turut serta di majlis itu)
  Syed  Azman melaporkan, jutaan rakyat Turki serta perwakilan gerakan Islam  dari seluruh dunia menyhertai majlis perkebumian mujahid agung itu.
  Suasana di Masjid Al-Fateh di tengah-tengah kota Istanbul di selubungi rasa sayu dan sedih yang amat memilukan, lapor beliau.
  Pemergian mujahid agong Nechmuddin Erbarkan di tangisi jutaan rakyat Turki serta umat Islam di seluruh pelusuk dunia.
 
  "Beliau pergi buat selama-lamanya meninggalkan kita," tulis beliau dari sana.  (Gambar: Rakyat Turki menangisi pemergian Erbakan)  Nechmuddin Erbarkan, seorang pejuang Islam yang gigih merupakan bapa  perubahan gerakan Islam Turki yang telah merobah corak politik yang ada  di Turki.  Beliau pernah di kenakan tahanan rumah, pernah keluar masuk penjara,  pernah menjadi Perdana Menteri Turki dan juga amat gigih memperjuangkan  reformasi politik di Turki.
  Beliau juga amat di hormati di  peringkat antarabangsa serta menjadi ’bapa’ kepada pimpinan gerakan  Islam di  seluruh dunia termasuk Malaysia.  Hubungan beliau yang amat rapat dengan pimpinan gerakan Islam  menjadikan beliau sentiasa di rujuk dan menjadi contoh kepada gerakan  Islam yang lain.  "Beliau juga mempunyai hubungan 'istimewa' dengan Presiden PAS, Datuk  Sri Abdul Hadi Awang," tulis Syed Azman kepada Harakahdaily.
 
  "Saya  yang sempat hadir mewakili Presiden serta seluruh kepimpinan PAS di  majlis perkebumian beliau, merasa amat pilu dan sayu apabila melihat  hampir dua juta rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat hadir untuk  sama-sama bersolat jenazah di masjid Al Fateh di tengah-tengah kota  Istanbul.  (Gambar: Jutaan rakyat Turki memberikan penghormatan terakhir kepada Erbakan di tengah-tengah kota Istanbul)  "Semua pejabat dan jalan-jalan di tutup dan rakyat berpusu-pusu dri pagi lagi menuju ke Masjid Al Fateh.
  Turut  hadir adalah Presiden Turki Abdullah Gul dan Perdana Menteri Rechab  Tayyib Erdogan. Kedua-dua mereka adalah merupakan anak murid kepada  Sheikh Erbarkan," lapor beliau.
  Pimpinan Gerakan Islam dari  seluruh dunia juga turut hadir memberi penghormatan terakhir kepada  Mujadid Agong ini, antaranya, Sheikh Rachid Ghanoushi dari Tunisia,  Mohammad Nazzal dari Hamas, Sheikh Mehdi Akiff dari Ikhwan Muslimin  Mesir, Qadhi Hussien Ahmed dari Jamaat Islami Pakistan serta pimpinan  gerakan Islam dari Moroko, Algeria, Sudan, England, Austria dan Afrika  Selatan.
  Selepas solat jenazah, beliau di kebumikan di perkuburan Negara yang terletak berdekatan dengan Masjid Al Fateh.
  "Sayu dan pilu saya melihat ribuan rakyat yang menangis terisik-isik mengiringi pemergian mujahid agong ini," katanya.
  Dari anak-anak kecik kepada yang tua semua bersedih dengan pemergian pimpinan agong mereka ini. Sahabat-sahabat dari gerakan Islam juga tidak dapat menahan rasa sebak dan pilu mengiringi jenazah Mujahid Agong ini.
  Inilah contoh Mujahid agong yang telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya.
  Airmata  kesedihan membasahi semua pimpinan gerakan islam yang hadir dan  pemergian beliau amat di rasai semua dan sukar di cari ganti.
  "Selamat tinggal Mujahid Agong Nechmuddin Erbarkan," tulis Syed Azman dalam laporannya.  LAPORAN SEBELUM INI   Pemergian Erbakan kehilangan besar buat ummah   Necmettin Erbakan mentor pemimpin gerakan Islam  | 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan