Isnin, 31 Oktober 2011
Janda Dedah Ketua Bahagian Cabul Di Bilik Hotel
SEMASA dalam perjalanan memasuki pekan Sungai Golok Rabu lalu saya dihidangkan dengan sebuah Vcd pengakuan oleh seorang janda menerusi perenti Vcd di kereta pacuan empat roda teman berdaftar di Siam.
Pengakuan itu dirakam khusus, lokasinya seperti dalam sebuah bilik pejabat. Suara sang interviu janda itu saya dapat cam dengan cerat, dia lelaki dan bekas seorang artis tumpangan yang berlakun dalam sebuah komidi pada tahun 90-an.
Kalau diminta untuk membuat kawad cam saya sedia tampil kerana saya kenal benar dengan perantaran itu.
Mulanya saya tidak berminat untuk mendengar pengakuan seperti itu. Dari kulit Vcd itu saya sudah dapat mengagak bagaimana isinya. Tetapi kerana kawan yang memandu kereta itu juga mahu mendengarnya, saya tepaksa akur saja.
Benar seperti saya jangkakan pengakuan janda itu saya kira melampau dan tidak berakhlak. Pendedahan yang berani tetapi langsung tidak menjaga akhlak diri sebagai perempuan Melayu dan juga orang yang hendak didedahkan itu. Pendedahan itu walaupun berniat baik tetapi kaedahnnya tidak baik. Dalam hal-hal seperti itu biarlah ada etika. Niatnya baik tetapi kaedah atau jalan diambilnya tidak begitu baik dan tercela, ia sia-sia saja.
Janda itu mengakui dia dipermainkan oleh seorang ketua sebuah bahagian parti Umno di Kelantan. Dia mendakwa dia diperkosa oleh ketua bahagian Umno itu disebuah bilik hotel di Golok. Sedikit menimbulkan keraguan macam mana dia diperkosa kerana menurutnya temu janji itu dibuat terlebih dahulu, ertinya pertemuan di syurga dunia itu atas kehendaknya juga.
Jelas kalau mengikut hukum hudud lelaki dan perempuan itu tidak boleh dihukum dengan hukum hudud kerana ia tidak ada saksi.
"Dia ajak saya berjumpa dengannya, mulanya hendak berjumpa di Rantau Panjang, tetapi disebabkan dia bimbang diketahui orang sebab dia orang politik ramai orang kenal, dia mengajak saya ke Golok, "ceritanya.
Di Golok, dia menempah sebuah bilik hotel. Sebaik masuk bilik hotel kata janda itu ketua bahagian terus membuka seluar baju dan memaksa dia bersetubuh dengannya. "Saya cuba menolak tetapi apakan daya kudrat saya sebagai perempuan, akhirnya tepaksa mengalah," sambungnya tanpa segan silu.
"Berapa lama main (bersetubuh) dengannya?" tanya penginterviu itu.
"Sebentar saja tak sampai setengah jam.." jawab si janda sedikit pun tidak menampakkan akan kekeksalan dan bersalah.
Janda itu juga mendakwa hasil perhubungan jantina itu menyebabkan dia mengandung dan terpasak menggugurkan kandungan. "Saya telah memberi tahu kepada dia (ketua bahgian itu) mengenai keadaan diri saya, saya ingat dia oang baik dan benar-benar mahu menerima saya sebagai isteri, tetapi tidak...dia minta saya menggurkan kandungan dan memberi RM600 untuk tujuan itu.," jelasnya dengan wajah tenang dan tidak nampak rasa bersalah.
Saya difahamkan wang RM600 itu diberi melalui seorang perempuan yang merupakan bekas kepada sebuah pertubuhan Ngo yang terkenal di Kelantan satu masa dulu yang dipimpin oleh seorang ahli Parlimen lompat.
Janda itu yang mengaku mempunyai anak tiga, juga mendakwa selain daripada dirinya menjadi mangsa ketua bahagian itu, beberapa wanita lagi turut menjadi mangsa sama termasuk isteri orang dan anak dara. "Banyak lagi yang jadi mangsa dia ini... termasuk seorang isteri orang bersama anaknya sekali. Siang dipikul anak malam dia gendung emak.." katanya.
Bagaimana pun menurutnya mereka yang menjadi mangsa takut untuk tampil membuat pendedahan menyebabkan dia mengambil inisitif membuat pengakuan itu bagi menyelematakan orang lain yang mungkin menjadi mangsa ketua bahagian itu.
Apa yang saya nukil ini hanya intipati dari pendedahan janda itu. Banyak lagi dakwaan berhubung salah laku dan kerakusan sex ketua bahagian itu yang meloya dan menijikkan dicerita dalam rakaman Vcd yang memakan masa lebih setengah jam itu.
Saya yakin Vcd itu kini sudah beredar di kawasan Umno di mana lelaki itu menjadi ketuanya. Pada saya video itu amat memalu dan meloyakan dan ia boleh menjejaskan reputasi ketua bahagian berkenaan. Ketua bahagian itu tercemar dengan pendedahan janda itu dan ianya seharus dibuat laporan kepada polis.
Pendedahan dan pengakuan janda itu sama ada benar atau tidak ia perlu disiasat dan penyebarannya disekat kerana ia boleh memberi mudarat kepada pihak-pihak lain. Ketua bahagian yang disebut dalam pendedahan itu patut mengambil tindakan undang-undang ke atas janda berkenaan. Apakah laporan polis sudah dibuat?
Keberanian janda itu juga sesuatu yang mengilankan sesiapa yang menontonnya kerana ia dibuat tanpa beretika di mana mukanya tidak ditutup. Menunjukkan keberanian dengan membuat pendedahan maksiat itu secara tidak langsung menyebabkan orang boleh mentafsirkan sifat dan fiil perangai janda itu sendiri.
Dalam hal ini mungkin janda itu tidak boleh dipersalahkan sangat kerana dia inginkan keadilan dan pembelaan kerana merasakan dirinya teraniaya, tetapi pengusahanya perlu bertanggungjawab dan dipersalahkan. Kalaupun pendedahan untuk memalu dan menjatukan kerjaya politik ketua bahagian itu sepatutnya rakaman pendedahan itu dibuat secara beradat dan amalan biasa di mana wajah mangsa ditutupi.
Saya tidak mahu persoalan berapa bayaran kepada janda itu dan juga orang yang mengusahkannya, atau siapa terlibat. Tetapi dari Vcd pemdedahan berani bercampur tidak bermoral ini membuktikan inilah stail politik dan amalan orang Umno. Membuat pendedahan untuk memalukan seseorang tidak menjadi masalah kepada mereka apa yang penting kepuasan batin kerana berjaya mengaib dan kemudian menjatuhkan lawan. Kerana mempercayai orang yang menjadi tukang interviuw itu adalah orang Umno saya yakin ia adalah kerja Umno juga.
Yang dapat disimpulkan dari pendedahan dan penyebaran Vcd itu menunjukan Umno telah main kotor sesama sendiri. Umno meliwat puaknya sendiri. Kalaulah budaya jahiliah ini diteruskan macam mana Umno Kelantan berangan-angan untuk merampas Kelantan. Letihlah Mustapa Mohamed berusaha untuk menumbanhkan Kelantan kalau kerja-kerja dan budaya itu berleluasa. Saya percaya versi pendedahan sebegini kerana tidak berpuas hati sesama sendiri akan banyak lagi dikelaurkan.
Nampaknya menjatuhkan kawan dengan menyebarkan video lucah dan pendedahan berani ini menjadi satu trend baru dalam politik negara ini. Mungkin inilah yang diajar atau hasil ilham orang-orng Umno yang mereka cipta video lucah untuk memburukkan tokoh tertentu ia kini telah memakan diri sendiri. Wowww! [wm.kl.9:00 pm 29/10/11]
NAJIB BUAT PERBANDINGAN YANG MEMPERBODOHKAN DIRI SENDIRI
Malaysiakini melaporkan kenyataan Najib suami Rosmah dengan katanya, " Perhimpunan semalam (HIMPUN) berlangsung secara aman dan terkawal, tidak ada sesiapa pun yang rasa terganggu, tertekan atau tidak selamat. "Itulah hasrat kerajaan apabila kita menawarkan stadium untuk BERSIH 2.0 mengadakan perhimpunan mereka," katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Perdana Bersama Perdana Menteri Dengan Pesara Dan Bekas Polis di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur, hari ini.
Kita mahu tanya Najib, berapa banyak FRU datang menggempur peserta perhimpunan di Stadium tersebut? Berapa banyak sekatan Polis dibuat ke atas jalan-jalan menuju ke lokasi perhimpunan Sabtu lalu? Ertinya, jika pihak Polis tidak membuat kacau, pelik apanya jika perhimpunan tersebut berjalan dengan baik? Andainya BERSIH 2.0 tidak diganggu oleh Pihak Polis, kita jamin perhimpunan BERSIH 2.0 akan berjalan dengan aman dan tenteram. Jika ada yang tidak aman dan tenteram pun mungkin Najib, Umno atau SPR sahaja.
Najib berhujah kononnya sebab itu beliau benarkan BERSIH 2.0 gunakan Stadium untuk berhimpun. Najib memang kuat menipu dan putar belit. Kita mahu Najib jawab mengapa peserta perhimpunan mahu berhimpunan ke Stadium Merdeka dihalang? Bukankah beliau sebelum itu berucap di Putrajaya akan memberi kebenaran kepada BERSIH untuk berhimpun di mana-mana Stadium? Belum pun sampai ke Stadium, sehari sebelum hari perhimpunan BERSIH lagi semua jalan ke Ibu Kota ditutup.
Oleh itu, teramat bodoh jika Najib mahu bandingkan perhimpunan HIMPUN dengan BERSIH 2.0. Cuba Najib berikan satu contoh, mana satu perhimpunan yang berlaku huru-hara tanpa gangguan dari FRU atau pihak upahan seperti PERKOSA? Masalahnya bukan di dewan atau stadium mahu pun di tempat awam, masalahnya ada pihak yang datang untuk menganggu maka tentulah berlaku sedikit sebanyak huru-hara.
Cukuplah Najib utuk memperbodohkan rakyat. Rakyat kini boleh berfikir jauh dari apa yang Najib fikirkan. Rakyat kini sudah tahu banyak dari yang Najib tahu termasuk kisah Altantuya dan cincin 24 Juta itu. Maka, Najib perlu berundur kerana pemikirannya kini sudah lapuk dan tidak sesuai lagi sebagai seorang pemimpin./wfauzdin.blogspot.com
Sabtu, 22 Oktober 2011
ESKAY MAHU CAMPOR TANGAN DI DALAM KES LIWAT PULA?
Oleh: WFAUZDIN NS
SETELAH agak lama menyepikan diri, `tokeh video lucah' terkenal iaitu Eskay mula bersuara. Beliau mencadangkan kepada pihak Pendakwa kes Liwat II melibatkan DS Anwar agar menggunakan video seks hitam putihnya itu sebagai bahan bukti kes Pendakwa.
Beliau mahu pihak pendakwaan menggunakan rakaman video seks itu sebagai bukti bahawa DS Anwar tidak sakit tulang belakang sepertimana dakwaan Pakar Ortopedik German, Dr Thomas Hoogland. Amat melucukan bagaimana video seks hitam putih yang sehingga sekarang tidak dibuktikan bahawa pelakunya adalah DS Anwar mahu dibawa ke mahkamah sebagai bahan bukti. Adalah lebih lojik siasatan dilakukan untuk mengenalpasti siapa pelaku di dalam video hitam putih berkenaan sebelum berfikir untuk menjadikannya sebagai bahan bukti.
Video tersebut telah disahkan asli oleh pihak Polis, tetapi sehingga kini adalah menjadi misteri siapa pelaku berperut buncit dan berambut tipis itu. Justeru itu, cadangan Eskay itu adalah satu cadangan yang tidak masuk akal langsung. Faktanya, laporan perubatan dari Pakar telah mengesahkan bahawa tulang belakang DS Anwar masih mempunyai masalah untuk melakukan aksi seperti yang dituduh oleh Saiful.
PERWAKILAN PERKASA `TERKENTUT' DAN `TERKINCIT' ?
TERLEBIH dahulu saya mahu ucapkan tahniah kepada Zul Kulim kerana sekarang dipilih untuk berada dalam Saf hadapan PERKASA dan amat sesuai benar sokongan kuat kemasukan beliau datangnya dari Zahid Md Arip. Jika bukan PERKASA, siapa lagi mahu terima Zul Kulim?
Saya mahu ulas sedikit jawapan Presiden PERKASA, Berahim Ali apabila ditanya oleh anggotanya sendiri mengapa PERKASA tidak hadir berhimpun sewaktu Perhimpunan BERSIH 2.0 pada 09 Jul yang lalu. Semua maklum, menjelang Himpunan BERSIH 2.0, selain dari Guru Silat Lincah, Omar Din termasuk Ali Rustam dan juga PERKASA, hampir setiap malam di kaca TV mereka muncul sebagai pendekar memberi amaran kepada BERSIH agar jangan berhimpun. Langkah mayat mereka dahulu, kononnya. Berpuluh ribu anggota bawahan masing-masing akan menjadi benteng menghalang peserta perhimpunan BERSIH, begitulah lebih kurang dua tiga ekor pendekar itu bercakap.
Apabila tiba masanya, seekor umat pun tidak muncul. Ada yang berkata terdapat juga ahli-ahli PERKASA yang bersedia untuk hadir, tetapi melepak di restoren mamak. Geng Silat bawah Omar Din dan Ali Rustam dikhabarkan hadir tetapi masing-masing menggunakan `ilmu ghaib' di celah ketiak bini masing-masing. Sebab itulah, wajar juga perwakilan PERKASA mahu tahu kenapa PERKASA tidak menjadi `Perkasa' pada hari tersebut?
Maka, Presiden PERKASA pun memberi alasan yang boleh buat semua perwakilan PERKASA terkentut menahan ketawa. Beliau menjelaskan bahawa keputusannya supaya pertubuhan itu tidak turut berdemonstrasi dalam perhimpunan 9 Julai merupakan satu tindakan strategik. Baca di sini.
`Strategik'nya mengikut beliau adalah Perhimpunan BERSIH akhirnya tidak diberi permit oleh pihak Polis, kononnya disebabkan PERKASA juga mahu berhimpun. Kita mahu beritahu Berahim alkataki, selama ini pun perhimpunan yang dianjurkan oleh Pembangkang atau NGO yang pro Pembangkang tidak juga mendapat permit walaupun PERKASA tidak camportangan. Jadi, usahlah PERKASA perasan bahawa kerana PERKASA maka BERSIH tidak mendapat permit. Soalnya sekarang, perhimpunan itu berjaya atau tidak? Jawapannya, BERSIH berjaya menghimpunkan rakyat di luar jangkaan, dan yang tidak berjaya sebenarnya adalah PERKASA dan beberapa puak sekutu dengannya. Jawapan bodoh dari Berahim alkataki itu sudah cukup untuk memperbodohkan semua perwakilan di dalam PERKASA.
Kononnya kata Berahim, laporan Polis yang dibuat oleh PERKASA terhadap BERSIH itu merupakan `perang saraf'. Sekali lagi perwakilan PERKASA mungkin terkentut. Akibat perang saraf PERKASA, akhirnya yang lemah `urat saraf' adalah PERKASA sendiri. PERKASA dilihat lebih `pondan' dari `Patriot' walaupun Patriot di bawah KJ hadir juga bersama beberapa Mat Bangla, tetapi berani jugalah hadir ke perhimpunan tersebut.
Selepas beberapa kali perwakilan PERKASA terkentut dengan jawapan `cover line' oleh Berahim, kali ini perwakilan terus `terkincit' apabila Berahim alkataki mengaku merasa malu apabila Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) gagal samasekali. Katanya, "Kata sejuta umat, tapi sampai jam 4 petang, tak sampai 10, 000 orang, malunya kita". Begitulah keluhan Berahim di depan perwakilan PERKASA yang mungkin membuatkan ramai yang berebut-rebut ke tandas akibat `terkincit' mendengar ulasan MP Pasir Mas yang bakal hilang deposit ini.
Berahim alkataki silap di dalam jumlah tersebut. Bukan tidak sampai 10, 000 orang hadir sebelum 4 petang tetapi tidak sampai 8,000 pun hadir pada waktu tersebut. Itu pun kita sudah kasi `advance', ada yang kata lebih kurang 5,000 sahaja yang hadir. Itu pun telah diberi permit, jika tiada permit mungkin ramailah agaknya.
Sebelum saya tutup kalam ini, sekali lagi tahniah buat Zul Kulim yang akhirnya ditakdirkan Allah berada bersama insan yang setaraf dan `standard' dengan beliau. Simpati juga kepada Ruslan Kassim yang lebih `senior' di dalam PERKASA tetapi masih menjadi Setiausaha. Tidak mengapa, apa jua jawatan di dalam PERKASA tidak memberi perbezaan kerana `katak tetap katak'.
Khamis, 20 Oktober 2011
GAGAL LAGI, BLOGGER UMPORNO MAKAN GAJI BUTA?
Oleh: WFAUZDIN NS
SETELAH buat kerja sial tayangkan video lucah kononnya melibatkan DS Anwar, kemudiannya rakaman audio perbualan telefon lucah yang didakwa melibatkan Mat Sabu, kini beralih kepada gambar yang mendakwa pula anak Lim Guan Eng melakukan kelucahan melampau. Ini semua kerja-kerja puak yang sudah habis modal untuk berdepan dengan Pakatan Rakyat.
Alhamdulillah, kesemuanya bagai dibawa angin lalu kerana masyarakat kini bukan lagi masyarakat bercawat. Maka, hampalah puak-puak dan balaci Umporno dan ini amat mengecewakan tuan mereka. Berkaitan fitnah terbaru terhadap anak Lim Guan Eng, syabas kita ucapkan kepada KM P.Pinang itu yang `cool'. Beliau mencabar mereka yang korup idea itu menyiarkan fitnah bodoh mereka itu ke dalam akhbar atau TV.
Di bawah ini, kenyataan sebenar berkaitan isu tersebut; sekali lagi Blogger upahan makan gaji buta.
S Pathmawathy
Okt 19, 2011
Gadis itu juga dikatakan tidak mempunyai kaitan dengan Pulau Pinang mahupun pernah berhubungan dengan anak Lim, kata Pua.
"(Beliau) sekarang pelajar tahun ketiga di sebuah kolej di Amerika Syarikat. Semua ini membuktikan bahawa dakwaan oleh cybertrooper Umno adalah pembohongan,” katanya.
Pua menyifatkan tindakan keji penulis blog berkenaan yang mengheret anak Lim itu sebagai “memalukan bangsa, agama dan negara” mereka dan bertujuan memusnahkan masa depan remaja itu.
"Malah, penulis blog cuba memberi kredibiliti pendustaan mereka dengan menyiarkan gambar gadis muda itu,” kata Pua merujuk blog yang turut memuat-naikkan gambar mangsa-mangsa berkenaan.
“Tidak ada sesiapa di sekolah anak Lim yang mengenali siapa gadis itu, termasuk pengetua dan guru-guru.
“Tidak memeranjatkan kerana gadis itu tidak pernah belajar di Pulau Pinang dan bukan juga warga Malaysia,” katanya.
Corke, yang kini menuntut di Wellesley College, adalah pemain catur yang terhandal dan menjadi wanita pertama yang mewakili universitinya dalam Liga Catur Amerika Syarikat./Malaysiakini
Khamis, 20 Oktober 2011
CUKUP-CUKUPLAH ZUL KULIM TUNJUK BODOH
Sebelum ini, Zul Kulim telah membuat satu alasan untuk tidak menyahut cabaran Prof Dr Aziz Bari bagi mengadakan debat dengan beliau dalam isu menghina Sultan Selangor. Cara bodoh Zul Kulim adalah dengan meletakkan syarat sebelum berdebat, syaratnya Prof Dr Aziz Bari mesti mohon maaf dahulu kepada Sultan Selangor. Di situ sudah cukup menunjukkan betapa bengapnya MP Kulim Bandar Baru ini. Jika Prof Dr Aziz Bari memohon maaf kepada Sultan Selangor, perlu apa lagi debat? Bukankah debat itu atas isu betulkah Prof Dr Aziz Bari menghina Sultan Selangor? Itulah Zul Kulim yang sentiasa mencari alasan untuk menyorokkan kebaculannya. Sama juga seperti beliau bacul tidak berani menyahut cabaran YB Khalid Samad untuk berdebat dalam isu Kalimah Allah.
Jelas sememangnya Zul Kulim tidak tahu apa-apa tentang hukum Hudud tersebut. Beliau jahil di dalam menafsirkan undang-undang tersebut. Saya yang tidak berkopiah tinggi macam beliau pun faham serba sedikit tentang tafsiran undang-undang tersebut. Apa yang dimaksudkan di dalam undang-undang itu, jika berlaku perbuatan suami memasukkan zakar ke dalam dubur isterinya, ia tetap perbuatan liwat dan berdosa besar tetapi tidak menyamai hukuman liwat yang dilakukan selain dari suami dan isteri. Sama juga contoh, seseorang yang mencuri itu akan dipotong sebelah tangannya kecuali yang mencuri itu teramat lapar. Adakah ini bermakna orang yang lapar dihalalkan mencuri? Jawapannya tidak, mereka tetap berdosa kerana mencuri tetapi hukuman ke atasnya tidak sama dengan hukuman ke atas pencuri yang tiada alasan untuk mencuri.
Paling membangangkan, Zul Kulim tidak faham maksud `Mumayyiz' (berakal). Bagaimana mahu berhujah soal hukum Hudud jika bab Muamayyiz pun Zul Kulim tidak khatam? Hujah Zul Kulim cukup sekadar dijawap oleh Salahuddin Ayub dan MP dari PKR sahaja, tidak perlu Presiden PAS, Tuan Guru Haji Hadi menjawabnya. Lain kali, bila Zul Kulim berhujah bab agama, kita harap PAS sediakan budak PASTI untuk menjawab dan mengajar MP Bebas dari Kulim Bandar Baru yang bakal hilang deposit di dalam PRU akan datang itu.
Lain-lain boleh baca di sini. Memang tepat PAS tendang, PKR pula sepak Zul Kulim keluar dari Jemaah daripada kita semua mendapat malu dari perangai dan kebodohan MP yang `tidak mumayyiz' lagi itu./wfauzdin.blogspot.com
Gambar : Bukti Zul Kulim amat berpengaruh di Kulim
Mesej dari abangg Mat, Kelang Lama ,Kulim Kedah.
Sebelum hang nak cabar prof Aziz Bari ..Aku cabar hang buat ‘rumah terbuka’ pada A’idil Adha nanti.
Apa macam malaun …. ,lagi pun tak lama dah kita akan sambut hari kemerdekaan seluruh umat islam sedunia.
Aku duk tunggu jugak sejak 2008 kot kot hang nak buat rumah terbukak sempena a’dil fitri yang barakah..Tak Dak Jugak!..Hang dah balun berbelas ribu sebulan ,apa cerita baruah UmporNo oiii? nak buat jamuan Teh ‘O’ dan dua tiga biji kuih raya tak boleh ka?
Bukan main sedap hang laa ni jadi DJ UMporNO konon hero islam nak menentang puak gereja macam brahim geli…piii laaaah mampoih…Kami dibawah punya susah payah nak bagi PKR menang di Parlimen Kulim/Bandar Baru..tup tup hang senang lenang jual agama masuk kedalam tong taik UMporNO..
Hang kena sedar laa sikit kami orang kampong tak akan HALALkan elaun hang duk makan tiap tiap bulan tu..Penipu melayu dan islam macam hang mana ada maruah..mentekedarah hasil keringat kerja buat orang kampong!
Lihatlah ribuan?? hadir mendengar pidato Zul Kulim..
Gadis yang didakwa oleh blog pro-Umno menjadi mangsa pencabulan oleh anak ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, tampil menafikan dakwaan itu.
Anya Corke, pelajar tahun ketiga di sebuah kolej di Amerika Syarikat yang gambarnya disebarkan oleh blog pro-Umno itu dalam e-melnya berkata beliau terkejut dengan dakwaan itu dan berharap ia tidak lagi berulang.
“Saya ingin jelaskan bahawa foto saya telah disalahgunakan tanpa pengetahuan atau persetujuan saya, sedangkan pada hakikatnya saya tidak pernah menjadi mangsa dalam apa-apa cara oleh budak ini ataupun keluarganya.
“Saya tidak melawat Malaysia selama tujuh tahun lalu. Saya juga tidak pernah berjumpa ataupun mengenali nama-nama orang yang terlibar itu. Saya juga nafikan bahawa pernah secara fizikal diserang dalam apa-apa cara sekalipun, “ tulis gadis itu.
Isnin lalu, blog pro-Umno itu mendakwa anak pemimpin tinggi politik Pulau Pinang mencabul kehormatan budak sekolah dan bagi menutup perbuatan itu, bayaran RM200,000 disogok kepada ibu bapa budak perempuan itu supaya tidak menghebohkannya.
“Siapalah VVIP negeri Pulau Pinang yang ada ilmu kira-kira dan matematik hingga dapat mengira RM100,000 untuk 1 buah dada yang diramas oleh anak lelaki beliau?” tulis blogger dengan nama Dr MiM di novandri.blogspot.
Rabu lalu, setiausaha publisiti DAP, Tony Pua mendedahkan bahawa gambar yang digunakan oleh penulis blog berkenaan dikenalpasti sebagai Anya Sun Corke, 21, seorang warga Britain.
Gadis itu juga dikatakan tidak mempunyai kaitan dengan Pulau Pinang mahupun pernah berhubungan dengan anak Lim.
Berikutan pendedahan Pua itu, Malaysiakini menghubungi seorang rakan Corke, yang kebetulan adalah warga Malaysia yang menuntut di universiti yang sama.
Dalam emelnya, menurut gadis itu yang juga merupakan pemain catur handalan, satu-satunya cara yang dirinya “dicabuli” ialah apabila gambarnya berkaitan khabar angin yang keji dan tidak berasas itu disebarkan.
“Saya juga ingin luahkan rasa simpati saya terhadap remaja lelaki itu yang telah difitnah dengan dakwaan tidak berasas ini,” katanya.
Beliau juga berharap semua pihak, termasuk media menghormati kehidupan peribadinya dengan tidak menghubungi dirinya, keluarga, kolej, persatuan catur dan lain-lain yang berkaitan.
Aziz Bari: Himpunan bantah dijangka lebihi sasaran | | Print | |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 20 Okt: Melihat kepada sokongan pelbagai pihak, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) tidak menolak kemungkinan himpunan membantah penggantungan tugas Prof Dr Abdul Aziz Bari oleh Universiti Islam Antarabangsa (UIA) hari ini melebihi sasaran. |
Kenyataan Jamil Khir sah Umno gagal jaga Islam | | Print | |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 21 Okt: Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor menyifatkan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengenai Perhimpunan Sejuta Umat (Himpun) Mempertahankan Aqidah telah menyerlahkan dan mengesahkan kegagalan Umno selama ini untuk menjaga agama Islam di dalam negara ini. Ketuanya, Ustaz Hasbullah Mohd Ridzwan berkata, sepatutnya Umno yang selama ini mendabik dada sebagai pembela orang Melayu dan agama Islam telah memartabatkan Islam di tempat yang selayaknya. Tambahnya, tetapi amat malang setelah 54 tahun Umno memerintah negara ini, agama Islam telah semakin terpinggir daripada sudut pengamalan masyarakat Islam masakini dan yang paling dikesali Islam menjadi sasaran cemuhan dan hinaan masyarakat bukan Islam. “Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor merasakan sepatutnya Jamil Khir sebagai seorang agamawan Islam sepatutnya mengambil kesempatan di atas jawatan beliau untuk menyokong undang-undang hudud yang telah diluluskan di Dun Kelantan dan Terengganu dan diberikan nilai tambah untuk diluluskan dan dilaksanakan di peringkat Kerajaan Pusat,” ujarnya dalam satu kenyataan. Tegasnya, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor tetap berpandangan dengan pembabitan Pemuda Umno, Perkasa dan rakan seangkatannya di dalam perhimpunan tersebut akan menyebabkan program tersebut dimonopoli oleh mereka keseluruhannya. Akhirnya, kata beliau program tersebut akan menjadi medan politik murahan Umno dan akan dipenuhi dengan hamburan maki keji nista terhadap agama lain seterusnya merosakkan hubungan baik antara agama di dalam negara ini. Menurutnya, Umno, Perkasa dan rakan-rakan sekutu mereka selama ini telah terbukti dan terkenal di dalam meng’hijack’ program orang lain dan memainkan isu-isu sentimen agama dan perkauman untuk kepentingan politik sempit mereka. Oleh itu, ujarnya Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mengharapkan semoga penganjur program Himpun akan mempastikan program tersebut tidak akan menjadi medan yang akan merosakkan hubungan murni antara kaum dan agama di dalam negara ini. “Sekiranya ianya berlaku maka ia akan menjadi episod malang dan bencana kepada negara dan agama Islam itu sendiri dan semuanya adalah kesalahan daripada Umno dan Kerajaan Barisan Nasional,” ujarnya. |
Jumaat, 14 Oktober 2011
Jumaat, 14 Oktober 2011
BEKAS-BEKAS TENTERA JANGAN MELATAH TIDAK TENTU PASAL
Oleh: WFAUZDIN NS
RAMAI bekas tentera yang menyuarakan rasa meluat dan jijik dengan perangai beberapa orang bekas tentera yang berselindung di sebalik PERKASA begitu anti dengan Timbalan Presiden PAS, Muhammad Sabu (Mat Sabu) kononnya Mat Sabu ini menghina bekas tentera di dalam isu Mat Indera.
Sebenarnya berapa kerat sahaja bekas tentera yang masih `beku' otak mereka sehinggakan tidak tahu menilai apa yang diperkatakan oleh PERKASA. Kesihan mereka, jika di dalam tentera minda mereka dikawal sehinggalah mereka bersara masih juga tidak mampu untuk berfikir dengan waras. Saya juga bekas tentera dan saya juga sempat belajar sejarah sewaktu bersekolah dahulu. Sebab itulah semenjak dari tentera lagi kita patut ambil tahu isu politik walaupun kita terikat dengan undang-undang tentera tidak boleh terlibat dalam politik.
Sekiranya di dalam perkhidmatan tentera atau Polis kita langsung tidak ambil tahu isu atau perkembangan politik, hanya yang kita tahu cukup bulan kita cucuk duit gaji di mesin ATM, maka apabila kita bersara kelak kita akan menjadi seperti beberapa kerat bekas tentera yang menyokong PERKASA itu. Mereka diperbodohkan oleh PERKASA dengan menuduh Mat Sabu dan PAS menyokong Komunis.
Saya mahu tanya bekas-bekas tentera yang otak mereka masih beku itu, semenjak bila ATM ini bekerja dengan British atau perkataan paling lunak disebut menjadi `barua British'? Di era tahun 50-an sewaktu tragedi Bukit Kepong, ketika itu Polis atau tentera adakah sama fungsinya dengan Polis atau tentera selepas merdeka? Apa bezanya waktu itu dengan sekarang?
Sejurus selepas merdeka, Polis atau tentera bekerja kuat untuk mempertahankan kemerdekaan dan ketika itu sememangnya polis dan tentera terpaksa berdepan dengan Komunis yang terus mengancam keselamatan negara. Memang benar Polis dan tentera wujud lebih awal sebelum merdeka tahun 1957, tetapi siapa ketua bagi Polis dan tentera ketika itu? Ertinya, terlalu jauh beza perjuangan tentera dan Polis sebelum merdeka dan selepas merdeka.
Satu lagi, Mat Sabu tidak pernah di dalam ucapannya menghina Polis atau tentera samada mereka bertugas sebelum mahu pun selepas merdeka. Mat Sabu hanya menceritakan perjuangan Mat Indera menentang penjajah dan tali barut penjajah. Jika Polis atau tentera ketika itu pun berjuang menentang penjajah, mungkin Mat Sabu juga akan mengangkat Polis dan tentera yang menjadi hero menentang penjajah tersebut. Bekas-bekas tentera/Polis jangan cuba menghina kerjaya tentera/Polis dengan menyamakan perjuangan mereka dengan perjuangan pasukan beruniform di Bukit Kepong itu.
Mendukacitakan, beberapa kerat bekas tentera yang menyokong PERKASA itu mereka bukan berkhidmat di zaman Bukit Kepong. Kebanyakan mereka berkhidmat selepas merdeka dan mereka tiada kena mengena dengan zaman Mat Indera. Justeru itu, jangan jadi bodoh dengan melatah tidak tentu
CIKGU MALA DI TELUK INTAN PADA 15 OKTOBER INI...
Posted: 14 Oct 2011 06:52 AM PDT
SELEPAS Sultan Selangor hanya melahir rasa tersinggung atas kegiatan memurtadkan umat Islam dan memberi tahu tidak ada pendakwaan ke atas sesiapa berhubungan kejadian di gereja Damansara Utama awal Ramdhan lalu, mata Jais kini berpaling bengkeng kepada Bob Lokman pula.
Penghibur itu yang telah menyertai Pas kini dalam perhatian dan tindakan Jais.
Khabarnya Jais telah menahan Bob Lokman semasa bekas seleberiti tv itu mengadakan syarahan agama di sebuah premis di bawah kelolaaan Jais di Hulu Langat Selangor atas alasan Bob Lokman tidak mempunyai tauliah. Ekoran itu Jais akan mengadakan soal siasat lanjut terhadap Bob Lokman.
Bob Lokman bagaimana pun memutuskan tidak akan hadir ke pejabat Jais. Disebabkan ketegasan Bob Lokman itu Jais katanya akan memohon waran untuk tangkap Bob Lokman. Bob Lokman pula seperti mana dilaporkan portal berita hari ini mengatakan dia tidak akan ke pejabat Jais dan sedia untuk ditangkap oleh Jais.
Kita tidak faham dengan tindak tanduk Jais terhadap Bob Lokman ini. Apakah ia mencari isu baru untuk melepaskan isu sebelum ini di mana kegagalan mendakwa mana-mana pihak berhubung kejadian di gereja itu? Kegagalan Jais mengheret mereka yang dikatakan memurtadkan umat Islam di gereja itu tempoh hari memalukan. Orang mempersoalkan di mana kredibiliti Jais yang seolah-olah macam kambing bercongek ekor sebelum hujan turun.
Atau pun Jais hanya berani bertindak terhadap ikan bilis tetapi kecut perut untuk mengambil tindakan ke atas puak yang terlibat dikatakan melakukan aktiviti permurtadan yang dilindungi oleh para profesional itu?
Kalaulah benar andaian ini nampak sangat Jais jahil di dalam bidang agama dan tugas serta tanggungjawabnya. Jais jangan melenting kalau dituduh sebagai menjadi alat kepada mana-mana pihak dan tidak melaksanakan tugas seperti sepatutnya. Ingatlah tindakan Jasi secara berat sebelah itu menyebabkan institusi agama penguatkuasaan itu akan diketawakan oleh orang ramai.
Kita tunggu nanti apa yang akan diperlakukan oleh Jais tehadap Bob Lokman. Kalau Jais mendakwa Bob Lokman tetapi tidak mengambil apa-apa tindakan ke atas dakwaan aktiviti memurtadkan umat Islam di gereja Damansara Utama itu maka jelaslah Jais bertindak double standard dan bukan atas prinsip tugas dan tanggungjawabnya sebenarnya. Jais juga dilihat sudah menjadi kuda kepang oleh pihak tertentu. [wm.kl. 8:01 pm 13/10/11]
SELEPAS Sultan Selangor hanya melahir rasa tersinggung atas kegiatan memurtadkan umat Islam dan memberi tahu tidak ada pendakwaan ke atas sesiapa berhubungan kejadian di gereja Damansara Utama awal Ramdhan lalu, mata Jais kini berpaling bengkeng kepada Bob Lokman pula.
Penghibur itu yang telah menyertai Pas kini dalam perhatian dan tindakan Jais.
Khabarnya Jais telah menahan Bob Lokman semasa bekas seleberiti tv itu mengadakan syarahan agama di sebuah premis di bawah kelolaaan Jais di Hulu Langat Selangor atas alasan Bob Lokman tidak mempunyai tauliah. Ekoran itu Jais akan mengadakan soal siasat lanjut terhadap Bob Lokman.
Bob Lokman bagaimana pun memutuskan tidak akan hadir ke pejabat Jais. Disebabkan ketegasan Bob Lokman itu Jais katanya akan memohon waran untuk tangkap Bob Lokman. Bob Lokman pula seperti mana dilaporkan portal berita hari ini mengatakan dia tidak akan ke pejabat Jais dan sedia untuk ditangkap oleh Jais.
Kita tidak faham dengan tindak tanduk Jais terhadap Bob Lokman ini. Apakah ia mencari isu baru untuk melepaskan isu sebelum ini di mana kegagalan mendakwa mana-mana pihak berhubung kejadian di gereja itu? Kegagalan Jais mengheret mereka yang dikatakan memurtadkan umat Islam di gereja itu tempoh hari memalukan. Orang mempersoalkan di mana kredibiliti Jais yang seolah-olah macam kambing bercongek ekor sebelum hujan turun.
Atau pun Jais hanya berani bertindak terhadap ikan bilis tetapi kecut perut untuk mengambil tindakan ke atas puak yang terlibat dikatakan melakukan aktiviti permurtadan yang dilindungi oleh para profesional itu?
Kalaulah benar andaian ini nampak sangat Jais jahil di dalam bidang agama dan tugas serta tanggungjawabnya. Jais jangan melenting kalau dituduh sebagai menjadi alat kepada mana-mana pihak dan tidak melaksanakan tugas seperti sepatutnya. Ingatlah tindakan Jasi secara berat sebelah itu menyebabkan institusi agama penguatkuasaan itu akan diketawakan oleh orang ramai.
Kita tunggu nanti apa yang akan diperlakukan oleh Jais tehadap Bob Lokman. Kalau Jais mendakwa Bob Lokman tetapi tidak mengambil apa-apa tindakan ke atas dakwaan aktiviti memurtadkan umat Islam di gereja Damansara Utama itu maka jelaslah Jais bertindak double standard dan bukan atas prinsip tugas dan tanggungjawabnya sebenarnya. Jais juga dilihat sudah menjadi kuda kepang oleh pihak tertentu. [wm.kl. 8:01 pm 13/10/11]
Rencana Khamis
BEKAS Perdana Menteri Malaysia ke 4, Dr Mahathir bin Mohamad meramalkan orang Melayu akan kehilangan identiti serta kuasa terutamanya hak sosial, politik dan ekonomi dalam 10 tahun lagi. Beliau tidak menyebut kehilangan negeri kerana itu mungkin sensitif?
Ramalan itu dibuatnya berdasarkan kepada trend perpecahan politik yang semakin ketara di kalangan orang Melayu yang sehingga menyaksikan terdapat di antara mereka menjadi pihak minoriti dalam mana-mana perkongsian.
Beliau membayangkan apabila terjadi keadaan ini menyebabkan orang Melayu terpaksa meminta bantuan pihak lain, 'berhutang' dengan pemberian bantuan berkenaan sehingga akhirnya membuat Melayu Islam kerugian.
Beliau lantas memberi contoh mengenai nasib Melayu di Singapura serta keadaan ekonomi golongan Melayu di selatan Thailand.
Usaha memperkukuhkan Melayu dan memastikan Melayu majoriti perlu dijadikan agenda bersama tanpa mengira fahaman politik. Kalau semua orang Melayu perlu melakukan taubat nasuha, nah lakukanlah...
Untuk tujuan ini mungkin orang Melayu boleh menjadikan agama sebagai alasan atau kaedah untuk membentuk unity - perpaduan dan kesatuan. Barang kali di sinilah benarnya Pas apabila mereka obvious (tegas) kepada agama dari bangsa.
Kewalangan mengenai nasib Melayu bukan boleh dibiarkan lagi tanpa tindakan-tindakan yang konkrit dan konprehensi. Sandaran kepada Perlembagaan mungkin salah satu ikhtiar, tetapi apa yang perlu diingat Perlembagaan negara bukan sesuatu yang mutlak dan rigid. Kalau peraturan di dalam al-Quran yang kudus lagi kadim itu pun manusia boleh pinda dari segi pentafsiran dan perlaksanaannya, mengapa tidak dengan Perlembagaan? Lagi mudah kerana ia tidak perlu berdebat dan disulami dengan ayat-ayat perintah Allah.
Contoh paling jelas ialah mengenai ketetapan Allah tentang hukum hudud, ia dipinda dan ditafsirkan oleh umat dengan berbagai aliran dan maksud sehingga ia bercanggah dan berlaku pergomolan sesama tentangnya. Pandangan Islam Umno dengan pandangan Islam Pas mengenai hudud ini berbeza! Jadi perlembagaan bukan jaminan mutlak yang boleh disandarharapkan oleh orang Melayu. Perlembagaan boleh dipinda dengan kuasa dua pertiga di parlimen.
Justeru orang Melayu harus bermahasab dan memikir serta meletakkan pandangan Mahathir itu sebagai masalah dan cabaran hebat kepada kelangsungan kuasa atau penghakmilikan Melayu ke atas beberapa apsek termasuk politik, ekonomi dan sosial itu. Cuba sama-sama kita meletakkan pandangan Mahathir itu ikhlas dan bukan manipulasi untuk menjamin orang Melayu menyokong Umno. Yang penting di sini orang Melayu harus diberi mandat. Untuk itu bukan bermakna calon atau parti Umno sahaja perlu menang tetapi calon atau parti Melayu seperti Pas juga boleh menjadi ganti kepada Umno sebagai pengawal kuasa politik, ekonomi dan sosial Melayu. Percubaan ini sebenarnya tidak pernah dilakukan.
Melihat kepada situasi hari ini, - percaturan dan strategi - untuk mendapat kuasa di kalangan dua puak Melayu UBN dan Pakatan Rakyat ini ia mencemaskan. Tidak mustahil apa yang dibimbangkan Mahathir itu menjadi kenyataan. Percaturan atau perbalahan itu sudah sampai ke peringkat parah, berkerat rotan berpatah arang, kalah jadi debu menang jadi arang.
Orang Melayu baik di pihak UBN dan Pakatan Rakyat sudah melupai akan kepentingan di antara satu sama lain. Kegilaan kepada kuasa memerintah menyebabkan kedua pihak melupai saudara di keliling rumah. Pepatah berbunyi "bulat air kerana pembentung dan bulat kata kerana sepakat" sudah lupus dari minda umat Melayu. Kepercayaan kepada bentuk persahabatan bebas, liberal tanpa bersendikan adat dan agama menjadi pegangan.
Kalau Mahathir membayangkan 10 tahun lagi, tetapi saya mendekatkan jarak itu menjadi kurang 10 tahun. Mahathir ada alasan kenapa beliau memanjangkan sampai 10 tahun. Bagi saya pilihan raya umum ke-13 adalah momentum jelas ke arah itu - Melayu akan kehilangan kuasa yang kini sudah pun banyak terkikis dan dihakiskan. Ini bererti menjelang pilihan raya ke 14 apa yang dibimbangkan itu bakal menjadi kenyataan.
Sifirnya mudah saja bagaiman untuk melihat keadaan ini akan berlaku. Perbalahan atau pun pemisahan kuasa Melayu hari ini sangat ketara sekali yang dicatur dan dilakukan oleh bukan Melayu di samping kedegilan 'kerak' Melayu sendiri. Orang Cina, sedar atu tidak mengatur strategi memecahkan pemonopolian dan hegemoni Melayu dengan mengasingkan sokongan. Setengah menyokong BN setengah menyokong Pakatan Rakyat. Pemecahan sokongan itu sesuatu yang strategics bukan secara berkebetulan.
Hakikat ini perlu difahami oleh orang Melayu seperti mana mereka menyedari akan tindakan kolonial membahagi-bahagikan kelompok tiga kaum terbesar di negara ini, Melayu, Cina dan India dalam sektor atau lokasi masing-masing. Tindakan itu bukan membahagikan hak atau untuk keadilan tetapi demi melihat mereka tidak bersatu untuk membolehkan mereka terus berkuasa menerusi kaedah divide and role.
Pilihan raya ke 12 menunjukkan tanda-tanda dan 'perca' bagaimana pemonopolian kuasa oleh Umno menerusi BN sudah pecah apabila orang Cina memecahkan penguasaan itu dengan memberi undi kepada Pakatan Rakyat. Gara-gara itu menyebabkan kerajaan BN yang diungguli Umno sudah hilang kuasa majoriti. Sebuah kerajaan di Pulau Pinang yang dilihat kerajaan bersama Gerakan- Umno kini menjadi milik mutlak orang Cina menerusi DAP - Pakatan Rakyat.
Hari ini kuasa politik Cina sudah mewakili Pakatan Rakyat menerusi DAP dan saki bakinya masih ada di dalam UBN. Saya tidak fikir dalam pilihan raya ke 13 kelak orang Cina akan memberi mandat besar kepada Pakatan Rakyat seperti mana didugakan. Orang Cina tetap dengan buah caturnya, mereka akan terus melakukan pemecahan berstrategi dengan menguasai Umno dan PKR - Pas. Mereka akan berada di dalam kedua kelompok itu dengan tujuan dan peranan masing-masing melakukan penggerudian dari dalam kedua kelompok itu.
Orang Cina kini berada dalam zone selesa kerana kedua pihak Melayu; Umno, Pas dan PKR memberi jaminan serta menunjukkan akan keperluan mereka kepada sokongan Cina. Begitu juga dengan Umno yang terdesak untuk mengekalkan kuasa akan menyerahkan apa saja untuk dilihat oleh orang Cina atau memenuhi kehendak mereka hatta memberi seluar dalam. Bak kata Mahathir tadi UBN dan Pakatan Rakyat sedang meminjam sesuatu dari orang Cina.
Bagi masyarakat Cina yang senantiasa dimomokan dengan rasa takut oleh retorika ketuanan Melayu mereka akan bersatu dan berkorban dalam keadaan apa sekali pun. Dengan memecahkan sokongan kepada Umno dan Pakatan Rakyat itu juga merupakan tektik dan helah penyatuan mereka.
Hakikat atau teori ini perlu disedar oleh pemikir politik Melayu. Mereka jangan asyik memikirkan kedudukan atau kuasa memerintah sedangkan kuasa memerintah itu adalah perkongsian ghaib yang lebih memihak kepada orang lain. Benarlah Melayu hanya menjadi tuan yang hanya menjaga hak milik orang.
Berbalik kepada Dr Mahathir tadi, saya tidak mahu berterima kasih atas kesedaran lewat beliau itu kerana kesedaran itu baru menimpa dirinya sesudah lebih 10 tahun setelah beliau tidak berkuasa. Sayang sekali realiti kebimbangan itu baru kini menyengat dirinya. Sepatutnya Mahathir sedar sejak 22 tahun lalu. Sayangnya selama 22 tahun semasa memegang kuasa Mahathir terlena. Beliau juga terlupa berfikir bahawa dengan persepakatan itu terus memberi keuntungan dan kekuatan kepada Melayu. Pemimpin yang bisteri ialah pemimpin yang kahsyaf dan tahu membaca masa depan.
Kenapa saya berkata begitu, kerana kalau Mahathir menyedari ini sejak 22 tahun lalu dia akan membina benteng rahsia untuk menguatkan Melayu menerusi kuasa yang ada kepadanya. Nampaknya mandat itu hanya mengahkan diri sebagai PM terlama negara ini tetapi bukan untuk mengukuhkan Melayu. Dia hanya memberi senang duniawi kepada segelintir Melayu tetapi menyusahkan 12 juta Melayu lain. Mahathir membazirkan masa begitu lama untuk Melayu.
Semasa beliau berkuasa tidak ada usaha mengklonkan ideologi Pas dengan Umno. Mahathir tidak sedikit pun menunjukkan minat ke arah itu. Saya tetap ingat setiap kali beliau merasmikan perhimpinan agung Umno suku dari masa ucapannya diambil untuk membelasah Pas dan pemimpin Pas khasnya Tok Guruku Nik Aziz.
Demikian juga untuk memecahkan kekuatan bukan Melayu tidak pernah diusahakan Mahathir. Dasar-dasar diperkenalkannya mendekati liberalisasi dan ekonomi sosialis telah memusnahkan permaufakatan dan keunggulan Melayu sebaliknya memberi ruang cukup luas kepada bukan Melayu membina kekuatan material bagi mencengkam bumi ini.
Saya keliru bila mana orang mengatakan Mahathir seorang radikal Melayu. Tetapi perancangan dan polisi pentdbirannya terlepas dari pentafisran radikal itu sebenarnya. Dasar penswataan misalnya telah menjadikan orang bukan Melayu menguasai ekonomi. Dasar metrokrasi menyebabkan bangsa Melayu kekurangan tempat di universiti dan begitu juga dengan beberapa polisi dan pendekatan lain.
Penghapusan pemimpin Melayu berbakat juga menyumbang kepada apa yang ditakuti dan dibimbangi oleh Mahathir sekarang ini. Umpamanya kebencian beliau kepada Tengku Razaleigh Hamzah, Musa Hitam dan terbaru dan terus dibenci ialah Anwar Ibrahim. Kasus membabitkan Anwar Ibrahim yang meletakkan Mahathir terjempit diantara kekepentingan bangsa dan kroni menjadi satu sejarah hitam bukan saja kepada Mahathir bin Mohamad tetapi bangsa Melayu seluruhnya.
Mungkin tatkala Mahathir meluahkan perasaan itu - kebimbangan mengenai nasib bangsa Melayu itu matanya mengalir dan rasa kesal menyerang ke dalam dirinya. Mungkin? Bagaimana pun hanya Mat Maslan boleh mentafsirkan air mata Mahathir. [wm.kl.9:47 am 13/10/11]
Umno yang hina raja Melayu
Aziz Bari:Tidak salah kritik Raja-raja -Malaysiakini
Akta Hasutan 1948 memperuntukan bahawa tidak menjadi kesalahan bagi seseorang mengkritik Raja-raja Melayu asalkan mereka tidak menuntut pemansuhan institusi raja itu, kata pakar perlembagaan, Prof Dr Abdul Aziz Bari.
Sehubungan itu, katanya dakwaan bahawa beliau memburuk-burukkan institusi raja ketika mengulas kenyataan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung isu pemeriksaan sebuah gereja di Damansara Utama Ogos lalu, tidak timbul.
“Seperkara, sultan melaksanakan kuasa perlembagaannya dan rakyat - iaitu pembayar cukai - mempunyai hak untuk menilai prestasinya.
“Dari sudut pandangan Islam, seseorang akan mendapati peraturan yang lebih ketat apabila seorang lelaki bangkit dan mengingatkan Khalifah Umar al-Khattab bahawa beliau akan membetulkan pemimpin itu melalui pedangnya,” kata Aziz.
Menurut beliau seperti prestasi institusi awam yang lain, institusi raja-raja juga terpaksa berdepan dengan kritikan dan semakan sepanjang masa.
Justeru, bagi mengelakkan perkara itu, Aziz yang telah menghasilkan tesis, buku dan artikel mengenai peranan monarki dalam Islam dan demokrasi, berkata pihak istana mesti mendapatkan pandangan yang lebih luas dan bukan hanya terikat dengan kelompok kawan yang kecil.
Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini menyiarkan beberapa artikel membidas Aziz dan Malaysiakini kerana didakwa memburuk-burukkan institusi raja.
Langgar garisan
Antara mereka, Yang Dipertua Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Azwandin Hamzah yang mendakwa Aziz tidak faham dan tidak menghormati kuasa yang ada pada Sultan.
Aziz menghasilkan tesisnya yang bertajuk ‘The Development and Role of Constitutional Monarchy in Malaysia’ di University of Birmingham pada 1996 dan pernah menerbit sebuah buku berjudul Majlis Raja-Raja: Kedudukannya dalam Perlembagaan (DBP, 2002).
Katanya lagi dalam kenyataannya kepada Malaysiakini, beliau mengambil pendirian yang kritikal semasa krisis politik di Perak pada Februari 2009.
“Saya mesti katakan, pendirian saya tetap sama. Pandangan saya terhadap raja-raja tetap tidak berubah.
“Saya cuma berpendapat bahawa sesetengah raja-raja telah melanggar garisan mereka dan membelakangkan perlembagaan.
“Walaupun ada yang mendakwa mereka hanya melakukan apa yang dibenarkan oleh perlembagaan, saya cuma kata mereka tidak patut membaca peruntukan itu secara literal atau di luar konteks,” kata Aziz.
Menurutnya lagi, pandangannya mudah, monarki mesti tidak terbabit dengan kancah politik.
“Raja Melayu tidak boleh membiarkan dirinya dilihat menyebelahi mana-mana parti tetapi yang penting, baginda mesti tegas di pihak yang benar dan berlaku adil,” katanya.
Panas : Kutuk Anwar Ibrahim ialah subjek terbaru di universiti!
Steven Gan 1:41PM Okt 14, 2011 |
Apabila kami melancarkan Malaysiakini 11 tahun lalu, kami sedar bahawa memang sukar bagi laman web yang masih bertatih untuk memberikan sebarang impak politik. Pengguna Internet masih sedikit, malah modem 56k ketika itu juga tidak membantu.
Rupa-rupanya kami salah.
Memberikan dampak politik kerja mudah. Hanya segelintir wartawan pada masa itu berani bertegas dengan Tun Dr Mahathir Mohamad, sekaligus membuat kami begitu menonjol.
Yang sukar, untuk memastikan kewangan Malaysiakini selesa. Apabila keghairahan dot.com tiba-tiba mengendur - dua tahun selepas kami beroperasi - hakikat ini jadi lebih jelas: Malaysiakini tidak dapat bergantung kepada iklan semata-mata.
Keputusan untuk memperkenalkan langganan memang sukar dibuat. Semua orang berkata kami akan gagal. Benar, siapa sanggup membayar untuk kandungan Internet? Kami keseorangan. Tiada yang akan menghulurkan tangan. Kami harus membina teknologi pembayaran dari kosong.
Tetapi kami tiada pilihan. Pada 16 Ogos 2002 - hari pertama langganan diperkenalkan- kami menulis rayuan ini:
"Tiada laman berita dalam talian terbukti dapat bertahan. Yang paling berjaya, laman pelengkap kepada versi cetak, yang mendukungnya. Hanya sedikit benar-benar berbentuk dalam talian sepenuhnya. Sebahagian besarnya sangat tidak stabil.
"Ia meletakkan kami berdepan dengan pilihan tunggal: Kunci laman ini dan hadapi kemungkinan hilang pembaca - dan masih tiada jaminan akan dapat bertahan - atau terus pastikan Malaysiakini boleh dilayari secara percuma sehingga merempuh jalan mati.
"Wartawan di Malaysiakini sudah membuat pilihan. Seterusnya kini kami serahkan kepada pembaca untuk membuat pilihan mereka."
Dan pembaca yang budiman membuat pilihan. Ramai pendukung Malaysiakini menyumbangkan sejumlah kecil wang setiap bulan untuk membolehkan kami terus membuat liputan - dengan cara sederhana tetapi berpengaruh - mengenai peristiwa-peristiwa penting yang berlaku dalam negara.
Berdepan gergasi sejagat
Kandungan bukan segala-galanya. Tetapi teknologi.
Pembekal kandungan - akhbar, televisyen dan stesen radio - menghadapi masalah di merata-rata tempat. Hanya syarikat telekomunikasi dan teknologi meraih ganjaran dari Internet.
Apabila pengiklanan dalam talian mula rancak, ruang maya menyediakan cabaran amat berbeza kepada pembekal maklumat.
Pengiklan tidak lagi bergantung kepada kewartawanan untuk mencuri tumpuan dengan cara yang sama dengan media lama, dan mereka tidak bergantung kepada laman tempatan untuk melaksanakan tugas itu. Pesaing kita untuk lubuk pengiklanan, antara lain, gergasi besar sejagat.
Malah, tiada satu pun daripada empat syarikat gergasi dalam talian - Google, Microsoft, Facebook dan Yahoo - merupakan syarikat media. Mereka dan 45 lagi menguasai lebih 95 peratus pasaran pengiklanan dalam talian di seluruh dunia.
Semua di luar lingkaran elit ini menghadapi persaingan sengit untuk sejumlah wang yang tidak sebanyak mana. Malaysiakini, sama ada suka atau tidak, berdepan dengan gergasi seperti Google.
Oleh itu, hakikat pahit bahawa langganan ialah satu cara - dan buat masa sekarang, mungkin jalan tunggal - untuk menyokong media bebas.
Ini menjelaskan kenapa, harian bebas berbahasa Cina Merdeka Review, dengan bantuan Malaysiakini, beralih kepada kaedah langganan bulan ini. Tanpa langkah ini, Merdeka Review, mahu tidak mahu, terpaksa bergelut untuk terus beroperasi.
Dan untuk memastikan padang permainan sama rata, Malayiakini versi bahasa Cina - yang percuma sejak dilancarkan pada 2005 - juga memulakan langganan.
Pelbagai sumber pendapatan
Kami berulang kali menegaskan - media bebas memerlukan kebebasan kewangan. Perlu kami tegaskan lagi - kita sedang merintis langkah untuk memastikan nasib kebebasan media.
Kegagalan kami untuk memastikan model langganan ini berjaya bermakna masa depan media dalam talian bebas makin pudar.
Tetapi untuk menjadi benar-benar bebas, laman berita perlu bergantung kepada pelbagai sumber pendapatan. Untuk itu, Malaysiakini kini mengintai peluang melampaui langganan dan pengiklanan untuk mendanai operasi.
Antaranya, tambahan sumber pendapatan melalui jualan kandungan. Awal tahun ini, kami menandatangani perjanjian dengan Yahoo!, membenarkan enjin carian itu memuatkan kembali kandungan Malaysiakini dengan sejumlah bayaran.
Sementara itu, sudah diketahui umum bahawa Malay Mail akan dilancarkan semula sebagai harian pagi dan bukan lagi akhbar percuma edisi petang. Untuk itu, ia mendekati beberapa pemain dalam talian, blog dan agensi berita antarabangsa untuk mendapatkan kandungannya, Malaysiakini tidak terkecuali.
Jadi, ia benar-benar mengejutkan kami apabila perbincangan tentang kandungan - dan masih jauh untuk sebarang kata sepakat - diputar belit oleh beberapa laman berita menjadi isu pertukaran kandungan demi saham.
Biar kami tegaskan - kami tiada sebarang niat untuk memiliki sebarang saham dalam Malay Mail atau menyerahkan pemilikan dalam Malaysiakini.
Bagaimanapun, untuk menjual kandungannya - membolehkan Malaysiakini terus memberikan perkhidmatan lebih baik dan mensasarkan lebih banyak pembaca - menjadi keputusan niaga dan kewartawanan yang baik.
Lebih-lebih lagi, menjual kandungan tidak menjejaskan pendirian editorial kami. Pengguna kandungan kami tiada sebarang suara dalam sidang pengarang - ambil atau tinggalkan saja. Mereka juga tidak dibenarkan mengubah kandungan yang disiarkan.
Kami terkejut apabila pesaing kami gagal faham asas ekonomi ini. Tetapi, sekali lagi, mungkin mereka tidak perlu bimbang masalah wang kerana mendapatnya daripada suatu sumber.
Jadi, adakah Malaysiakini akan jatuh ke tangan Umno? Langkah mayat kami dahulu.
Dan kami katakan ini bukan saja pada Umno, tapi juga MCA, MIC, PAS, PKR dan DAP. Parti politik tiada urusan untuk memiliki media, dan wartawan tiada urusan untuk membuat perjanjian sebegini dengan ahli politik.
Ini prinsip yang kami sanjung di Malaysiakini, dan dengan susah payah mempertahankannya sejak sedekad lalu. Kami tidak akan mengetepikannya untuk apa pun. Walaupun dengan longgokan wang ringgit.
STEVEN GAN merupakan pengasas bersama dan ketua pengarang kumpulan Malaysiakini.
Sindiket IC: Alasan 'kursus usahawan' tak munasabah | | Print | |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 14 Oktober: Kenyataan Ketua Polis Daerah Sepang Superintendan Imran Abdul Rahman bahawa ratusan warga asing yang ditemui di Istana Dugang Country Resort kelmarin menghadiri kursus keusahawanan disifatkan sebagai tidak munasabah. |
Harakahdaily |
KENYATAAN AKHBAR DARIPADA PENGERUSI JARINGAN NGO ISLAM PERAK ( JAMAIE ) Saya terpanggil untuk membuat kenyataan paling penting mengenai polemik kefahaman dan perlaksanaan hukum hudud yang sudah berminggu-minggu dibincang di dada-dada akhbar. Khusus mengenai pandangan Professor Atory Hussin & Prof. Madya Dr.S. Pandian di Akhbar Sinar Harian muka 2 edisi 12/10/11. Perbincangan tentang hudud diakhbar-akhbar perdana adalah disekitar tuduhan bahawa isu hudud adalah mainan politik PAS dan PAS akan terus gagal melaksanakan hudud kerana DAP menentang.Dibincangkan juga betapa isu hudud ini adalah duri dalam daging yang akan menggugat hubungan dalaman Pakatan Rakyat.Digambarkan bahawa pelaksanaan hudud tidak akan pernah seeuai kerana majmuknya negara ini. Berikut kenyataan kami. i) Menyalahkan PAS dalam polemik hudud adalah tidak meguntungkan sesiapa.Kenapa tentangan DAP terhadap hudud diraikan seolah-olah satu kemenangan sedangkan tentangan mati-matian MCA terhadap hudud disepikan. Seolah-olah jika hudud gagal dilaksanakan ia merupakan kemenangan kepada imej politik UMNO. Hakikatnya adalah, baik tentangan DAP atau MCA terhadap hudud adah manifestasi ‘kegagalan’ dakwah orang-orang Islam tidak kira UMNO atau PAS.Tidak ada apa-apa yang perlu diraikan. Sebenarnya yang perlu ditangisi adalah kenapa masih ada orang-orang Melayu-Islam yang menentang hudud. MCA dan DAP tak faham hudud itu biasa tetapi dolak dalik UMNO menolak kesesuaian pelaksanaan hudud di Malaysia khususnya di Kelantan adalah sangat luar biasa. ii) Benar enakmen syariah bekaitan hudud telah berjaya diwartakan oleh kerajaan pimpinan PAS di Kelantan tahun 1993 dan di Terengganu tahun 2003. Secara positif seluruh orang-orang beriman sepatutnya bersyukur dan mengucapkan tahniah kepada PAS kerana di mana-mana sahaja jika ada kesempatan menguasai kerajaan dengan majoriti 2/3 PAS akan mengusahakan enakmen-enakmen syariah di luluskan oleh dewan-dewan legistatif. Bukankah itu tanda kesungguhan dan kejayaan PAS? iii) Benar terdapat kelemahan PAS dalam kesungguhan mereka mengusahakan supaya enakmen-enakmen tersebut dapat dilaksana dan dikuatkuasakan. Alasan-alasan seperti halangan kerajaan persekutuan dan ‘seolah-olah’ berlaku halangan perlembagaan adalah rintangan yang sering diberikan oleh PAS. Halangan sebegini bukan persepsi tetapi satu realiti yang selalu diulang-ucap oleh pemimpin-pemimpin politik khususnya daripada UMNO, MCA, DAP & Gerakan. Kami bersetuju jika ini dilihat sebagai kelemahan dalam iltizam PAS. Namun orang-orang beriman mesti membantu mengatasi kelemahan PAS tersebut dengan turut terlibat memberikan sokongan moral dan nasihat professional kepada PAS tentang kaedah-kaedah bagi mengatasi halangan-halangan tersebut. Bukankah merealisasikan perlaksanaan undang-undang syariah adalah tanggungjawab semua orang-orang beriman. iv) Berbanding antara kelemahan PAS (yang tidak disengajakan) dengan komitmen bermati-matian pemimpin-pemimpin UMNO, MCA dan Karpal Singh untuk menentang perlaksanaan hudud – orang-orang beriman mesti tahu menentukan kewajaran sikap dan tindakan. Kelemahan PAS rawatannya adalah berikan kerjasama dan tunjuk ajar. Namun keangkuhan UMNO & MCA memerlukan amaran dan diberikan kata dua. Jika benar UMNO membenci hudud, UMNO mesti mempunyai keberanian untuk berterus terang. Setakat ini kami menyanjung sikap Ketua Umum PKR Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang secara terbuaka menyokong hudud dengan alasan ia adalah tanggungjawab agama. Apa salahnya menegakkan kepentingan politik demi melaksanakan tuntutan agama. v) Alasan demi alasan pemimpin-pemimpin besar UMNO daripada dulu (contohnya sikap tegas Dr. Mahathir mempersenda hudud sebagai undang-undang yang akan melemahkan umat Islam) hingga sekarang (ucapan demi ucapan Dato’ Najib Razak yang mengatakan hudud tidak sesuai di Malaysia) yang mempertikaikan kesesuaian undang-undang hudud adalah sangat dikesali. Jika benar keadaan zaman Dr. Mahathir tidak sesuai untuk perlaksanaan hudud kami ingin bertanya apa pula langkah-langkah komprehensif kerajaan UMNO/BN daripada zaman beliau hingga era Dato’ Najib sekarang untuk membantu mewujudkan suasana ‘sesuai hudud’ tersebut. sekurang-kurangnya kerajaan PAS Kelantan telah berusaha menutup lubang-lubang maksiat dan mungkar dengan mengharamkan judi, mengawal ketat penjualan arak, mengawal hiburan dan budaya lucah serta mengamalkan pentadbiran bebas rasuah. Persoalan yang nak ditanya kepada UMNO – menolak hudud sekeras-kerasnya dan terus mempromosikan budaya ‘tidak mesra hudud atas acuan MCA’ tidakkah dilakukan juga kerana kepentingan politik ? kepentingan untuk meminggirkan agama, bukan? vi) Bagaimana mungkin akan wujud suasana ‘sesuai hudud’ jika dasar-dasar UMNO masih terus disuburkan dengan penggalak kepada kesalahan-kesalahan yang boleh dijatuhkan hukuman hudud. Zina terus subur dengan dasar-dasar hiburan dan perlesenan tempat hiburan mesra zina. Mencuri terus subur dengan suasana ketidakadilan ekonomi, pembaziran dan rasuah yang berleluasa. Disamping undang-undang mencuri dan undang-undang rasuah yang ‘mesra penjenayah’. Minum arak terus digalakkan tanpa ada kawalan dan perlaksanaan undang-undang yang berkesan. Jangan lupa dalam keadaan kuasa ada ditangan, Perdana Menteri Dato Najib terus meluluskan lesen-lesen judi baru sejak beliau menerajui Putrajaya. Persoalannya jangan bercakap tentang suasana yang tidak ‘sesuai hudud’ jika pemimpin-pemimpin UMNO adalah punca utama kepada kewujudan suasana tidak ‘sesuai hudud’ tersebut. Jangan harapkan rakyat memakan ramuan sihat jika racunlah yang ditabur dalam makanan harian mereka! vii) Sekalung tahniah kepada Mufti Kerajaan Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang memberikan respon penting tentang perlunya Kerajaan persekutuan memberikan laluan kepada perlaksanaan hudud di Kelantan. Pihak-pihak lain yang tidak mahir tentang ‘komplexiti’ undang-undang syariah (walaupun anda bergelar Professor dalam bidang-bidang lain) – ambillah pesanan Rasulullah – jika tiada perkara baik yang nak diucapkan lebih baik diam. viii) Akhirnya perlu diingatkan Islam adalah agama ciptaan Allah, milik Allah dan kita beragama untuk Allah. Islam berbeda dengan agama-agama lain kerana Islam adalah pilihan Allah untuk bukan sahajai penganut Islam tetapi kebaikan Islam akan merahmati seluruh manusia dan alam. Kalau beriman, percaya dan yakinlah dengan seluruh peraturan Islam. Tugas orang beriman adalah menjadi jurujual yang terbaik untuk produk bernama Islam. Jurujual yang daripada awal-awal lagi mengaku produknya tidak baik dan tidak sesuai mestilah dipecat daripada terus menjadi jurujual. Jurujual Islam (orang beriman) adalah orang-orang yang akan mempertahankan produknya dan secara positif dan proaktif memberikan nasihat dan nilai tambah kepada produk dan strategi pemasaran. Jurujual palsu Islam bertaubatlah demi pilihan antara syurga dan neraka. Menjadi harapan kami supaya semua pihak terutama media turut mengambil peranan mendidik masyarakat tentang Islam khususnya mengenai falsafah undang-undang hudud. Elakkan mempolemikkan isu hudud yang bakal menambahkan kekeliruan masyarakat. Bagi PAS, nasihat kami perbaiki dan pelbagaikan strategi supaya Islam khususnya hudud dicintai sebagaimana cintanya manusia kepada pencipta hudud iaitu Allah. Bagi UMNO ambil yang jernih buang yang keruh. Belajarlah untuk mencintai dan menghargai segala peraturan-peraturan Islam.Kepada UMNO atau PAS, hudud bukan liabiliti tetapi aset. Perjuangkanlah!! |