Jumaat, 14 Oktober 2011
BEKAS-BEKAS TENTERA JANGAN MELATAH TIDAK TENTU PASAL
Oleh: WFAUZDIN NS
RAMAI bekas tentera yang menyuarakan rasa meluat dan jijik dengan perangai beberapa orang bekas tentera yang berselindung di sebalik PERKASA begitu anti dengan Timbalan Presiden PAS, Muhammad Sabu (Mat Sabu) kononnya Mat Sabu ini menghina bekas tentera di dalam isu Mat Indera.
Sebenarnya berapa kerat sahaja bekas tentera yang masih `beku' otak mereka sehinggakan tidak tahu menilai apa yang diperkatakan oleh PERKASA. Kesihan mereka, jika di dalam tentera minda mereka dikawal sehinggalah mereka bersara masih juga tidak mampu untuk berfikir dengan waras. Saya juga bekas tentera dan saya juga sempat belajar sejarah sewaktu bersekolah dahulu. Sebab itulah semenjak dari tentera lagi kita patut ambil tahu isu politik walaupun kita terikat dengan undang-undang tentera tidak boleh terlibat dalam politik.
Sekiranya di dalam perkhidmatan tentera atau Polis kita langsung tidak ambil tahu isu atau perkembangan politik, hanya yang kita tahu cukup bulan kita cucuk duit gaji di mesin ATM, maka apabila kita bersara kelak kita akan menjadi seperti beberapa kerat bekas tentera yang menyokong PERKASA itu. Mereka diperbodohkan oleh PERKASA dengan menuduh Mat Sabu dan PAS menyokong Komunis.
Saya mahu tanya bekas-bekas tentera yang otak mereka masih beku itu, semenjak bila ATM ini bekerja dengan British atau perkataan paling lunak disebut menjadi `barua British'? Di era tahun 50-an sewaktu tragedi Bukit Kepong, ketika itu Polis atau tentera adakah sama fungsinya dengan Polis atau tentera selepas merdeka? Apa bezanya waktu itu dengan sekarang?
Sejurus selepas merdeka, Polis atau tentera bekerja kuat untuk mempertahankan kemerdekaan dan ketika itu sememangnya polis dan tentera terpaksa berdepan dengan Komunis yang terus mengancam keselamatan negara. Memang benar Polis dan tentera wujud lebih awal sebelum merdeka tahun 1957, tetapi siapa ketua bagi Polis dan tentera ketika itu? Ertinya, terlalu jauh beza perjuangan tentera dan Polis sebelum merdeka dan selepas merdeka.
Satu lagi, Mat Sabu tidak pernah di dalam ucapannya menghina Polis atau tentera samada mereka bertugas sebelum mahu pun selepas merdeka. Mat Sabu hanya menceritakan perjuangan Mat Indera menentang penjajah dan tali barut penjajah. Jika Polis atau tentera ketika itu pun berjuang menentang penjajah, mungkin Mat Sabu juga akan mengangkat Polis dan tentera yang menjadi hero menentang penjajah tersebut. Bekas-bekas tentera/Polis jangan cuba menghina kerjaya tentera/Polis dengan menyamakan perjuangan mereka dengan perjuangan pasukan beruniform di Bukit Kepong itu.
Mendukacitakan, beberapa kerat bekas tentera yang menyokong PERKASA itu mereka bukan berkhidmat di zaman Bukit Kepong. Kebanyakan mereka berkhidmat selepas merdeka dan mereka tiada kena mengena dengan zaman Mat Indera. Justeru itu, jangan jadi bodoh dengan melatah tidak tentu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan