PARTI ISLAM SEMALAYSIA

PARTI ISLAM SEMALAYSIA
PAS KAWASAN LENGGONG

Rabu, 5 Oktober 2011

Bukan Islam makin fahami hukum hudud | Print |
Mohd Nor Yahya

KOTA BHARU, 5 Okt: Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Kelantan melahirkan rasa kesal kenyataan pemimpin Umno dan pihak tertentu cuba menakutkan masyarakat bukan Islam terhadap hukum hudud.

Ketuanya, Lim Guan Seng berkata, isu hudud sengaja dibangkitkan mereka semata-mata bagi menimbulkan kekalutan politik terutamanya di Kelantan.

Katanya, biar pun pelbagai usaha dilakukan bagi memburukkan hudud, namun orang ramai terutamanya masyarakat bukan Islam semakin faham.

”Pada pandangan kami mereka sengaja mengungkitkan isu tersebut sedangkan sudah 18 tahun rakyat Kelantan diberi penerangan mengenai hudud,” katanya di sini.

Menurutnya juga DHPP Kelantan mengambil sikap proaktif mengadakan taklimat dan program-program penjelasan berkaitan hukum Hudud kepada masyarakat bukan Islam.

“Kami juga akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada PAS dan mana-mana NGO bagi menjelaskan isu ini kepada masyarakat bukan Islam supaya mereka tidak mudah dimanipulasikan pihak tidak bertanggungjawab,” ujar beliau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan