PARTI ISLAM SEMALAYSIA

PARTI ISLAM SEMALAYSIA
PAS KAWASAN LENGGONG

Isnin, 9 Mei 2011

BILA SUDAH TUA, HELAH MAHATHIR MUDAH DIBACA

Oleh: WFAUZDIN NS

MAHATHIR di dalam rungutannya semalam agar Umno berubah, sempat lagi menghasut PAS agar keluar dari bersahabat dengan PKR dan DAP. Mantan PM ini mahu PAS berjuang bersendirian untuk bertempur dengan Umno yang beliau sendiri akui banyak rosaknya. Pelik bukan?

Jika beliau sendiri sudah maklum bahawa Umno masih `rosak' dengan gelagat pemimpinnya yang berjuang untuk kepentingan diri, maka eloklah mantan Presiden Umno ini memperbetulkan Umno terlebih dahulu. Tidak perlulah Mahathir cuba memperbaiki PAS yang tidak rosak teruk seperti Umno sekarang.

Mengapa Mahathir mahu PAS bersendiri? Mahathir ini diakui bijak orangnya, dan sudah tentu idea bernas Mahathir agar PAS bersendirian untuk menentang Umno ini ada sebab tertentu. Sebijak-bijak Mahathir, di kala usia yang lanjut tidak sukar kita membaca apa yang terkandung di dalam kepala otak pemimpin yang mencipta `Umno Baru' dan pernah keluar sekejap dari parti yang diciptanya itu.

Beliau tahu PAS bertambah kuat dengan adanya kerjasama dengan PKR dan DAP. Begitu juga PKR dan DAP bertambah kuat dengan sokongan PAS. Umno pula bertambah teruk apabila PKR, DAP dan PAS bergabung membentuk PR. Kerosakan yang dialami oleh Umno kini bertambah serius apabila MCA dan Gerakan kini mula `masam muka' kepada parti sekular bersemangat kebangsaan ini. MCA dan Gerakan naik pening dengan karenah `1 Malaysia', kemudiannya timbul pula `1 Melayu, 1 Bumi'.

Justeru itu, wajarlah Mahathir mahu PAS bersendirian kerana Mahathir mahu melihat PAS kembali seperti dahulu kala. Mahathir tidak boleh bayangkan jika kerana sokongan PAS kepada PKR dan DAP, kuasa yang ada ditangan Umno di Putrajaya akan ghuyub. Bila kuasa sudah tiada, mungkin beliau bimbang akan menjadi seperti bekas Presiden Mesir Husni Mubarak yang belum diseret ke mahkamah lagi kini sudah terlantar sakit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan