Hazayani Zakaria |
KUALA LUMPUR, 17 Mei: Jawatan Ketua Pemuda dan Muslimat PAS Pusat mungkin ditandingi pada pemilihan kali ini berikutan ada beberapa pencalonan kedua-dua jawatan itu. Bagi Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, selain Ustaz Nasrudin Hassan, turut dicalonkan ialah timbalannya, Azman Shapawi Abdul Rani, ketua penerangan, Suhaizan Kaiyat dan exco, Firdaus Jaafar. Sementara jawatan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, selain Ustazah Nuridah Mohd Salleh, turut dicalonkan ialah timbalannya, Siti Zailah Mohd Yusof, serta dua ajk muslimat PAS Pusat Dr. Siti Mariah dan Dr. Asiah Ali. Demikian dimaklumkan Pengerusi jawatankuasa pemilihan, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman pada sidang media di ibu pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini. Bagaimanapun kelputusan muktamad calon yang bertanding akan diketahui selepas 26 Mei ini apabila kesemua calon menjawab surat tawaran. Berikut ialah senarai penuh calon layak bertanding Dewan Pemuda PAS Pusat sesi 2011-2013: Timbalan Ketua 1. Ahmad Sabki Naib Ketua 1. Azman Shafawi, Ustaz AJK 1. A. Latif A. Rahman, Ustaz Pengerusi Tetap 1. Aris Awang Timbalan Pengerusi Tetap 1. Aris Awang Pemeriksa Kira-kira 1. Jamil Saring Calon layak bertanding Dewan Muslimat PAS Pusat sesi 2011-2013: Timbalan Ketua 1. Asiah Ali, Dr. Naib Ketua 1. Aiman Athiran Al-Jundi AJK 1. Aiman Athirah Pengerusi Tetap 1. Faizah Ismail Timbalan Pengerusi Tetap 1. Faizah Ismail Pemeriksa Kira-kira 1. Asmah Sarojee |
Selasa, 17 Mei 2011
Ketua Pemuda, Muslimat PAS bakal ditandingi
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan