PARTI ISLAM SEMALAYSIA

PARTI ISLAM SEMALAYSIA
PAS KAWASAN LENGGONG

Isnin, 2 Mei 2011

Osama Laden mati dibunuh Amerika
Mei 2, 11 11:25am
Kongsi 1584
Musuh nombor satu Amerika Syarikat, Osama Laden meninggal dunia dan pengumuman rasmi berhubung perkara telah dibuat oleh Presiden Barack Obama.

NONEWartawan Al Jazeera di Kabul berkata, pihak berkuasa Afghanistan mengesahkan kematian pemimpin Al Qaeda itu dan mayat Osama kini berada dalam tangan Amerika Syarikat.

Allahyarham dibunuh di Pakistan dalam serangan pada Ahad.

Osama, hartawan kelahiran Arab Saudi itu menjadi buruan Amerika Syarikat apabila dikatakan terlibat dalam perjuangan bersenjata di seluruh dunia.

Antaranya, deliau dilaporkan sebagai pihak di belakang serangan 11 September ke atas negara kuasa besar dunia itu.

Osama dilaporkan dibunuh dalam satu operasi ketika anggota risikan Amerika Syarikat menyerbu sebuah rumah agam di luar Islamabad.

US soldier Taliban hostage AfghanistanTentera Amerikat Syarikat memburu Osama bertahun-tahun, yang kemudiannya digandakan berikutan serangan pesawat terhadap Pusat Perdagangan Sedunia di New York dan Pentagon yang dilaporkan menyebabkan 3,000 terkorban orang pada 2001.

Bagaimanapun Osama berupaya melepasi pemburuan tentera Amerika Syarikat dan sering dipercayai bersembunyi di kawasan sempadan Pakistan dan Afghanistan.

Sementara itu, Reuters melaporkan doktor dan pakar bedah kelahiran Mesir Ayman al-Zawahri, orang kedua rangkaian Al-Qaeda dijangka akan menggantikan Osama bin Laden ekoran kematiannya.

Ayman Al-Zawahri bakal ganti Osama

Ayman menjadi nadi bagi pergerakan Osama dan juga rangkaian Al-Qaeda dan seringkali mengeluarkan kenyataan-kenyataan mengecam Amerika Syarikat dan sekutunya menerusi mesej- mesej video.

al qaeda ayman al zawahiri pc on obama 200409Dalam kenyataan terbaru yang dipantau SITE Intelligence Group bulan lalu, Ayman menggesa umat Islam menentang tentera Nato dan Amerika Syarikat ekoran serangan ke atas Libya yang masih berterusan.

Lahir dalam keluarga kelas atasan yang terdiri daripada sarjana dan doktor di Kaherah, Ayman yang kini berusia lewat 50 merupakan individu kedua selepas Osama diletakkan dalam senarai orang paling dikehendaki FBI.

Kedua- dua Osama dan Ayman membolosi tentera Amerika Syarikat yang menggulingkan kerajaan Taliban di Afghanistan pada akhir 2001 ekoran serangan 11 September.

Ayman, pemimpin yang berkaca mata dengan rambut kelabu, mendapat perhatian pada November 2008 apabila Obama yang dipilih sebagai Presiden Amerika Syarikat sebagai “house Negro”, istilah yang digunakan oleh pemimpin Amerika Muslim berkulit hitam pada 1960-an, Malcolm X untuk menggambarkan hamba kulit hitam yang setia kepada golongan berkulit putih.

sept 11 911 attack world trade centre new york  110906Kemudian dalam kenyataan video pada September 2009, Ayman kembali menyerang Obama dengan menyifatkan kepimpinannya tidak jauh berbeza daripada George W Bush.

Seperti Osama, Ayman dipercayai berlindung di kawasan sempadan Afghanistan-Pakistan.

Rakaman video kedua-dua mereka bersama disiarkan oleh stesen TV Al-Jazeera pada 10 September 2003.

Ia menunjukkan kedua-dua mereka berjalan di kawasan pergunungan dan melaungkan jihad dan memuji mereka yang melakukan serangan 11 September.

Penganalisis menggambarkan Ayman sebagai ketua pengurusan Al-Qaeda dan mentor rapat Osama.

“Ayman seperti otak dan badan bagi Osama,” kata peguam Montasser al-Zayat dari Kaherah yang pernah mewakili Ayman.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan