Negara Kristian: MP Jelutong sedia buat laporan polis
Ketika dihubungi, Jeff Ooi berkata, beliau melihat kenyataan yang dikeluarkan oleh media kawalan Umno-BN dan blog pro Umno itu adalah tindakan sengaja itu untuk membangkitkan amarah rakyat.
“Saya jelaskan bahawa saya bukan penganjur. Saya hadir sebagai tetamu.
“Dan sepanjang berada di sana, saya tidak langsung mendengar paderi-paderi itu berkonspirasi untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Malaysia, mahupun meletakkan seorang pemimpin Kristian sebagai Perdana Menteri,” kata Ooi.
Katanya tindakan dua blogger pro-Umno yang memuatkan namanya dalam laporan mereka sengaja dibuat bagi menghasut rakyat supaya membakar sentimen keagamaan dan kali ini sasaran mereka adalah masyarakat Kristian.
“Saya beragama Budhha. Saya juga tidak mempunyai kuasa sebagai seorang Buddha untuk mengarahkan pihak Kristian melakukan apa-apa (seperti) yang didakwa itu.
“Seminar itu bertujuan mencari jalan merangi rasuah dan salah guna kuasa di negara ini dan bagaimana orang Kristian boleh membantu,” kata Ooi.
Justeru, katanya apa yang dilontarkan sebagai dakwaan oleh kedua-dua blogger pro-Umno dan juga Utusan Malaysia hanya rekaan palsu.
Semalam blog 'bigdog' mendakwa majlis itu dianjurkan oleh kawasan parlimen DAP dipercayai Jelutong dan turut dihadiri oleh kira-kira 100 yang lain termasuk wakil rakyat parti itu dari Sarawak dan beberapa pekerja parti.
Menurut Ooi, pihaknya sedang menunggu masa yang sesuai untuk membuat laporan polis berhubung kenyataan fitnah itu.
"Saya masih berfikir dan saya mahu lihat bagaimana Utusan memainkan perkara ini. Kalau ia berlaku seperti mana yang dimaksudkan maka saya akan buat laporan polis."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan