| Harakahdaily |
| KENINGAU, 30 Mei: Umno Sabah didakwa sedang mengalami pergolakan dalaman yang serius berikutan pengguguran Azman Ruslan sebagai ketua pemuda Umno negeri ditentang ahli mereka sendiri. Ketua Penerangan Badan Perhubungan PAS Sabah, Hisammuddin Sulaiman berkata, beliau tidak menolak kemungkinan krisis itu sudah sampai ke kemuncak dan tidak mampu lagi dikawal pengerusinya Datuk Sri Panglima Musa Aman. Selain Musa, Adun Liawan Sairin Karno yang didakwa antara adun yang berpengaruh di Keningau juga gagal memberi penjelasan berhubung pemecatan Azman yang juga ketua pemuda Umno Keningau. Difahamkan, mereka mahu 'lepas tangan' dan meletakkan beban kepada Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaludin. "Kenapa Musa Aman, Ketua Menteri Sabah dan Sairin Karno yang juga wakil rakyat Liawan membisu seribu bahasa apabila Khairy (Jamaludin) memecat Azman," soal Hishammuddin. Azman digugurkan serta-merta dari jawatannya berkuat kuasa 29 April lalu kerana didakwa 'tidak sebulu' dengan kepempinan Umno negeri. Biarpun pemilihan Umno ditangguhkan buat tahun ini, namun pemecatan itu jelas memberi petanda Umno Sabah sedang bergolak. Sehubungan itu, Hishammuddim mahu rakyat negeri itu menilai sendiri sikap Umno yang hanya sibuk dengan permasalahan dalam mereka sehingga mengabaikan permasalahan rakyat. |
Kesusahan Menghafal Al-Quran bagi Anak Usia 11 Tahun
-
Melihat angah struggle menghafal Quran membuatkan air mata saya kerap
tumpah. Tapi angah sangat bersemangat. Moga Allah mudahkan angah, umi
sentiasa di sis...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan