Muhammad Yusri Amin |
KOTA BHARU, 17 Mei: Pelajar Pondok Darulnaim Gelang Mas, Pasir Mas Mohd Nazri Daud dari Jajahan Tumpat muncul Johan Qari Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Kelantan ke-54 tahun ini.
Sementara Che Aminah Che Awang diumum sebagai johan bahagian Qariah, manakala naib disandang Che Sepiah Mat Daud dan tempat ketiga dimenangi Che Ruhani Mohd Fathil (gambar). Pengerusi Jemaah Hakim Tilawah Al-Quran Peringkat negeri, Datuk Che Mohd Rahim Haji Jusoh ketika mengumumkan keputusan itu berkata, pada tahun ini seramai 11 orang qari dan 10 orang qariah menyertai tilawah. “Hanya johan qari saja akan mewakili negeri Kelantan ke Majlis Tilawah Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Kuching, Sarawak pada 13 hingga 17 Jun 2011,” katanya yang juga Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEIK) pada Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Kelantan 2011 di Balai Islam, Lundang dekat sini petang semalam. Johan qari dan qariah menerima hadiah wang tunai RM5,000, piala pusingan, cenderahati dan sijil penghargaan, manakala naib menerima hadiah wang tunai RM4,000, piala pusingan dan sijil penghargaan. Tempat ketiga qari dan qariah menerima hadiah wang tunai RM3,000, piala pusingan dan sijil penghargaan. Hadiah-hadiah disampaikan Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra. Turut hadir Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan dan pimpinan negeri. |
Seronoknya Aktiviti di Rumah Bersama Anak!
-
Cuti sekolah datang lagi bermula 13 Sep-21 Sep 2025. Kali ini kami tidak
merancang untuk book hotel atau ke lokasi yang jauh. Cukup merancang
aktiviti di r...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan