Akhirnya Tembelang Kementerian Pertahanan Terbongkar..
PETALING JAYA 22 Jan: Bekas Timbalan Panglima Angkatan Tentera Darat
Malaysia, Lt Jen (B) Datuk Ghafir Abdul Hamid hari ini pertama kali ke
program dihadiri Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi
membongkar kepincangan dasar keselamatan negara di bawah Kementerian
Pertahanan (Kementah).Pada sidang media bermula jam 11 pagi ini di ibu
pejabat KEADILAN, Ghafir mendedahkan pelbagai penyelewengan dan
kelemahan urustadbir kementerian itu.Sebahagiannya disebut Pengarah
Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli dalam twitternya sejurus didedah Ghafir.
Rafizi turut hadir mendengar penjelasan tersebut.Menurut Ghafir,
kebanyakan kem di Malaysia adalah kem sementara peninggalan British dan
tidak dinaiktaraf.Tentera juga katanya tidak diberi kelengkapan
cukup.Tulis Rafizi, Ghafir semasa bertugas di Namibia, dalam cuaca
sejuk, Kerajaan Malaysia tidak bekalkan baju sejuk kepada petugas,
tetapi mereka dipaksa menggunakan tuala untuk menahan sejuk.
“Datuk Ghafir persoalkan kenapa kerajaan Malaysia yang kaya, tetapi
kelengkapan dan kem tentera sangat daif sedangkan RM75 bilion sudah
dibelanjakan ikut belanjawan,” kata Rafizi.Ghafir berkata, punca utama
perkara itu berlaku kerana amalan kepimpinan Mindef (Kementah) yang beli
senjata mahal melalui rundingan terus, terdedah kepada rasuah
menyebabkan kos pembelian mahal.
“Amalan beli senjata rundingan terus yang ada rasuah, jejaskan persiapan
tentera kita dan abaikan kebajikan tentera,” kata Ghafir.Tulis Rafizi
lagi, Ghafir berkata, pembelian senjata melalui rundingan terus hanya
untungkan sesetengah pihak, akibatnya tidak mendapat senjata
terbaik.“Bila Malaysia beli senjata, tiada pemindahan teknologi.
Negara lain macam Pakistan lebih miskin tetapi mereka beli termasuk
teknologi,” kata Ghafir dipetik.Tambahnya, Pakistan beli kapal selam
pertama dibuat oleh Perancis, kedua dibuat (syarikat) Perancis di
Pakistan; menjelang kapal selam kelima, negara itu mampu menghasilkannya
sendiri. ~keadilandaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan