Polis bongkar sindiket jual bayi, kanak-kanak
Mereka yang ditahan dalam operasi hasil risikan dan maklumat awam sejak awal Disember hingga minggu ini, berusia antara 23 dan 52 tahun, dan antaranya ialah penjawat awam di Jabatan Pendaftaran Negara serta doktor pusat perubatan swasta.
Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan secara terperinci mengenai operasi dan lokasi serbuan kerana kes itu masih disiasat.
Siasatan awal polis mendapati bayi dan kanak-kanak itu dijual dengan harga antara RM18,000 dan RM30,000 berdasarkan fizikal, rupa paras dan jantina, lengkap dengan pakej dokumen pendaftaran serta perubatan. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan