Pakar Matematik Anggarkan 700,00 Di HKR #KL112.. Apa Komen Rais Yatim?
KUALA LUMPUR 13 JANUARI: Pakar matematik, Prof Dr Shahrir Md Zain
menganggar lebih 700,000 orang menyertai Himpunan Kebangkitan Rakyat di
Stadium Merdeka, semalam.Memetik Penang Insight, bekas profesor
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu dilapor membuat anggaran itu di
laman facebook beliau.“Kalau berjalan 20 orang melebar sepanjang satu
kilometer (km), jumlahnya 100,000.“Andaiannya ialah 10,000 kaki sama
dengan satu kilometer, seseorang memerlukan dua kaki persegi untuk
bergerak dengan selesa.“Jadi, lebar jalan 40 kaki dan 5,000 orang boleh
memanjang jalan.
Lalu, 5,000 (orang) darab 20 (orang) ialah 100,000 (orang per
kilometer).“Pertanyaan saya, berapa kilometerkah seluruh orang yang
datang HKR. Jawapannya ialah 700,000,” katanya dengan mengambil kira
pandangan dari atas pada lingkungan tujuh kilometer.
Nyata, ia bertentangan dengan kenyataan Ketua Polis Daerah Dang Wangi,
Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad dalam Buletin Utama TV3 yang hanya
menganggar 40,000 orang sahaja menyertai HKR.Sedangkan twitter rasmi
PDRM pula menyebut 80,000 orang menyertai HKR tetapi kemudian membuat
pembetulan. ~kd
Addin :
Addin bersetuju kenyataan prof. dr. shahrir.Addin yang bersama-sama berarak dari masjid menggangarkan tidak kurang 200,000. Kita lihat pula selepas ini apa pula komen menteri kira-kira umno iaitu rais yatim.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan