Bila Muncul Kesedaran, Anak Muda Sudah Bersuara...
(Sebahagian peserta mendaki tapak tinggalan Ladang Teh Lenggong.) |
Bahaya Pokok Ditanam (Klik Sini)
Layan Lagu Konvoi Mendaki Bukit Ladang Teh Leggong (KLIK SINI)
LENGGONG: 8 Jan - Buat kali kedua selepas konvoi melawat tanah-tanah yang diselewengkan oleh pimpinan kerajaan, sebuah Badan NGO, Gabungan Anak Muda Lenggong, (GAML), dipengerusikan oleh sdr.Ahmad Ramdzi, 41, yang baru ditubuhkan, mendedahkan kepada ahli-ahlinya mengenai pencerobohan tanah bekas tinggalan ladang teh di kawasan hutan rezab 'Bintang Hijau' dalam tinjauannya bersama NGO Sahabat Alam Malaysia (SAM.)

(Pendakian konvoi GAML ke peninggalan ladang teh diganti dengan tanaman pokok Euclyptus oleh syarikat pekilangan kayu.) |
Pendakian konvoi
seramai 100 ahli GAML dan SAM, bersama beberapa orang wartawan akhbar
perdana mendapati, kemusnahan hutan yang tidak terkawal mengakibat
kejadian tanah runtuh dan kesan daripada hakisan itu juga, telah
mengakibatkan kejadian banjir kilat di beberapa buah kampung, dipercayai
berpunca daripada kemusnahan hutan dengan pengambilan balak secara
berleluasa.
(Mr. Lardia, memberikan penerangan kepada wakil SAM mengenai pencerobohan berlaku.) |
Berikutan itu,
kawasan bukit terhakis dengan runtuhan tanah dan menjadi semakin teruk
setelah tanah-tanah berbukit itu di tanam dengan pokok balak kayu putih (Eucalyptus) untuk tujuan pembalakan jangka pendek.
(Sebahagian anak muda penuh bersemangat.) |
Menurut seorang pengusaha tanaman herba secara organik, yang mahu dikenali sebagai Mr, Lardia, tanaman pokok 'Eucalyptus'
untuk dijadikan bahan papan lapis itu., telah diharamkan tanamannya di
beberapa buah negara seperti, Australia dan Brazil dan beberapa buah
negara lagi. Berikutan pokok berkenaan boleh mendatangkan bahaya
kebakaran besar hutan-hutan di negara-negara yang telah mengharamkan
penanaman jenis pokok ini.
(Tanah yang baru di gondolkan untuk tanaman Eucalyptus.) |
Disamping itu, wakil
NGO SAM, sdr. Meor menjelaskan, kerakusan pihak-pihak yang tidak
bertanggungjawab menebang balak di banjaran bintang hijau yang telah
digazetkan untuk laluan dan penempatan hidupan liar, menyebabkan
gangguan terhadap haiwan yang dilindungi ini bebas bergerak tanpa
mengganggu kehidupan manusia.
Diakhir-akhir ini,
banyak kejadian hidupan liar seperti gajah memasuki penempatan manusia
seperti kampung-kampung disebabkan laluan dan tempat hidupan liar ini
mencari makanan telah hilang daripada hutan asal sejak bertahun-tahun
mereka melaluinya sebelum ini, jelas Meor.
(Timbunan balak yang ditinggalkan oleh penceroboh.) |
Sementara itu, sdr
Ramdzi, berkata; "pada hari ini sebahagian dari anak muda yang mengikuti
lawatan ini dapat melihat sendiri tanah-tanah lebih 800 ekar ini
diberikan kepada sebuah syarikat untuk di majukan."
Semoga dengan
pendedahan ini, lebih ramai anak muda dapat menilai, apakah yang boleh
dimanfaatkan oleh mereka seandainya tanah-tanah ini diberikan kepada
anak muda tempatan seperti mereka yang hendak bermastautin tinggal di
kampung.
(Kemusnahan hutan mengakibatkan malapetaka banjir sekitar Lenggong.) |
Buat masa ini, masih
ramai anak muda yang tidak mempunyai tanah untuk pertanian atau sebidang
tanah untuk dijadikan tapak rumah. Apa yang lebih penting bagi
anak-anak muda, mereka sepatutnya diberikan keutamaan, kerana kebanyakan
dari mereka hanya bekerja kampung dan tidak mempunyai pendapatan tetap.
(Sidang Media Selepas Lawatan.) |
Menurut Ramdzi,
peluang pekerjaan yang ditawarkan melalui projek pembangunan di daerah
ini, tidak dapat membantu anak-anak muda untuk memastikan masadepan
mereka terjamin, kerana ia bersifat sementara dan akhirnya, kerja-kerja
bersifat sementara itu hanya akan dilakukan oleh pekerja-pekerja asing.
(Sebuah Kenderaan 4x4 Hitam Yang Cuba Menghalang Konvoi GAML meneruskan Pendakian.) |
Tambah Ahmad Ramdzi,
anak-anak muda sekarang sudah mula sedar setelah melihat sendiri
tanah-tanah di sekitar daerah ini dilepaskan atau diserahkan kepada
orang-orang tertentu sahaja berbanding anak-anak muda tempatan yang
terus dipinggirkan tanpa sebarang perhatian.
Desakan daaripada
Gerakan Anak Muda Lenggong (GAML) supaya pemimpin dan kerajaan dapat
menyelesaikan masalah anak-anak muda yang mahu tinggal di
kampung-kampung agar mendapat pengiktirafan dan layak dianugerah
sebidang tanah untuk pertanian supaya, mereka tidak perlu lagi berhijrah
kebandar untuk meneruskan kehidupan.
Tambah Ahmad Ramdzi,
GAML akan terus memperjuangkan hak anak muda yang tinggal di kampung dan
akan terus memberikan semangat kepada golongan ini untuk menuntut hak
mereka dan dapat berbakti kepada tanah dimana mereka ini kekal di
kampung halaman mereka sendiri.
Anak muda pada hari ini digesa bangkit untuk menjadi golongan pendesak kepada pihak kerajaan supaya kebajikan mereka tidak diabaikan begitu sahaja.
Jelas Ahmad Ramdzi, pejabat Tanah dan Daerah Lenggong baru kini mengeluarkan borang permohonan tanah kepada golongan anak muda.
Selaku Pengerusi Badan NGO GAML, beliau mengharapkan pihak kerajaan yang bertanggungjawab tidak bermain-main dengan tawaran yang dibuat oleh pihak yang terlibat mengeluarkan borang tanah ini, ketika PRU 13 semakin hampir sebagai umpan untuk memancing undi pilihanraya.
Anak muda generasi baru tidak mudah untuk diperbodohkan lagi, katanya.
Beliau juga menyeru semua anak muda khususnya yang menetap di kampung-kampung khususnya didaerah ini, pergi mengambil borang yang akan tamat tempohnya permohonannya pada 14 Jan 2013 ini di pejabat Daerah.
Pihak GAML akan terus memantau dari masa ke semasa pengagihan tanah-tanah yang baru dibuka ini, supaya tidak diberi kepada rakan-rakan atau saudara-mara atau orang-orang yang berkepentingan sahaja.
Kenyataan Media: Tuntutan GAML (KLIK SINI)

(Nasib Anak Muda Bermastautin Di Kampung Yang Dipinggirkan Dari Pembahagian Harta Negara.) |
(Pemandangan Pekan Lenggong dan Sungai Perak Dari Puncak Bukit ,Sekitar Bekas Ladang Teh.) |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan