Memalukan!! Lawatan Najib Ke Gaza Di Kecam Oleh Presiden Palestin
GAZA: Di tengah kehebohan Datuk Seri Najib Tun Razak melawat Gaza
semalam, Presiden Palestin, Mahmoud Abbas mengkritik lawatan Perdana
Menteri Malaysia itu.“Presiden Palestin menolak dan mengecam kunjungan
Perdana Menteri Malaysia ke Gaza,” kata kenyataan kerajaan Abbas yang
dibacakan pegawai berita WAFA.“Kunjungannya merendahkan pemerintahan
Palestin yang sah dan menyebabkan perpecahan serta tidak menguntungkan
Palestin,” tambah kenyataan itu lagi.
Pemerintah Palestin menyatakan akan meminta penjelasan dari
Malaysia.Najib adalah pemimpin kedua yang mengunjungi Gaza dalam
beberapa bulan terakhir. Sebelum ini Emir Qatar, Sheik Hamad bin
Khalifa al-Thani mengunjungi wilayah ini pada bulan Oktober dan
menjanjikan bantuan untuk infrastruktur sebesar US$400 juta.
Lawatan Najib ke Gaza semalam sebagai bentuk solidariti Malaysia pada
rakyat Gaza yang menderita akibat sekatan Israel.`Kita satu
umat’Seperti dilapor Reuters, Najib masuk Gaza melalui Rafah di sempadan
Mesir. Najib ditemani isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Luar
Negeri, Datuk Anifah Aman dan Menteri Jabatan Perdana Menteri, Datuk
Jamil Khir Baharom.Sampai di Gaza, dia disambut oleh Perdana Menteri
dari Hamas, Ismail Haniyeh. Kemudian Najib mengunjungi hospital Shifa
di Gaza City dan bangunan parlimen Gaza.
Dia juga terlibat dalam peletakan batu asas sebuah sekolah di Gaza yang
dibiayai Malaysia.Najib juga akan menerima gelaran doktor kehormatan
dari Universiti Al-Aqsa. Sementara Rosmah, mengunjungi hospital anak
Nasser dan turut serta dalam upacara pembangunan pusat trauma di rumah
sakit tersebut.
Najib juga menyatakan sokongannya atas usaha penyatuan antara Hamas dan Fatah.“Kami meyakini pemerintah Palestin akan bersatu dan kami berdoa pada Allah perundingan akan sukses dan persatuan Palestin akan terwujud di masa depan,” kata Najib. ~free malaysia today
Tiada ulasan:
Catat Ulasan