Selangor Bubar DUN Hujung Februari
SHAH
ALAM 30 Jan: Kerajaan Selangor pertimbang untuk membubarkan Dewan
Undangan Negeri (DUN) jika Perdana Menteri enggan membubarkan Parlimen
selepas perayaan Chap Goh Meh pada 24 Februari ini.Menteri Besar, Tan
Sri Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri akan mengadakan perbincangan
dengan Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat berhubung perkara
itu.“Jika PM belum buat pengumuman berkenaan tarikh PRU 13 selepas Chap
Goh Meh, kami akan pertimbangkan pembubaran DUN lebih awal dari
Parlimen,” katanya dalam twitter.
Bercakap
pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco hari ini,
Khalid berkata, beliau sebelum ini enggan membubarkan DUN serentak
dengan Putrajaya jika pembubaran berlangsung pada Jun tahun lalu, kerana
mahu menguruskan belanjawan tahunan kerajaan negeri yang masih belum
selesai.
“Tapi kita rasa kita perlu bubar
lebih awal sekiranya Pusat masih belum bubar sebelum Chap Goh Mei. Kita
memikirkan untuk pembubaran lebih awal untuk mendapat mandat baru demi
kepentingan rakyat,” jelas Khalid.Perkembangan ini pasti mencemaskan
Najib dan pimpinan BN yang bermati-matian untuk merampas Selangor
setelah dimenangi Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum 2008.
Khalid sebelum ini menyatakan,
sebab utama Selangor membuat keputusan sama ada bubar DUN serentak atau
tidak kerana mahu memastikan pengundi dalam daftar pemilih Suruhanjaya
Pilihan Raya (SPR) benar-benar bersih.Oleh sebab itu, kerajaan negeri
mewujudkan Program Pengukuhan Demokrasi.
Program Pengukuhan Demokrasi
dilaksana Kerajaan Selangor bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai
hak demokrasi rakyatnya termasuk membantah pengundi tidak sah atau
diragui dalam daftar pemilih SPR.Kerajaan BN sebelum ini didakwa membuat
pelbagai taktik kotor untuk merampas negeri itu termasuk memberi kad
pengenalan kepada warga asing yang diarah mengundi BN. ~keadilandaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan