Akhirnya.. Mahathir Mengakui Beri IC Kepada Pendatang Asing
SHAH ALAM 17 Jan: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari
ini mengaku bertanggungjawab memberi kewarganegaraan kepada pendatang
asing di Sabah semasa mentadbir negara.Mahathir akhirnya mengaku beri IC
pada pendatang asingBeliau bagaimanapun cuba mengalih kesalahan
tersebut dengan mendakwa bapa kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman melakukan
perkara “lebih teruk” dalam tindakan berkenaan.“Kita patut tengok balik
dan ingat. Tunku Abdul Rahman lebih teruk daripada saya. Dia beri sejuta
kewarganegaraan kepada mereka yang tidak layak. Jadi kenapa apa yang
dia (Tunku Abdul Rahman) buat tak salah dan apa yang saya buat ini
salah?“Ya saya memang buat (beri kad pengenalan), tetapi mengikut
undang-undang,” katanya dalam sidang media selepas program Bicara Minda
Tun Mahathir di Shah Alam, lapor Malaysiakini.
Turut hadir pada program itu ialah bekas ketua polis negara Tan Sri Musa
Hassan dan bekas menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat,
Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.Semalam, dua bekas orang kanan Mahathir
ketika memberi keterangan dalam siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja
(RCI) berhubung pendatang asing di Sabah, mengaku memberi
kewarganegaraan kepada mereka untuk menjadi pengundi.
Bekas ketua Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Tamparuli, Yakup Damsah
memberi keterangan dia dan beberapa orang lain menginap di rumah Tan Sri
Abdul Aziz Shamsuddin, yang merupakan setiausaha politik kepada
Mahathir pada masa itu untuk mengeluarkan kad pengenalan biru kepada
pendatang asing.
Seorang lagi saksi, bekas pengarah Jabatan Pendaftaran Sabah, Ramli
Kamaruddin mengaku menerima arahan dari timbalan menteri dalam negeri
ketika itu, Tan Sri Megat Junid Megat Ayub untuk mengeluarkan resit kad
pengenalan sementara (resit JPN) dengan tarikh luput kepada warga asing,
semata-mata untuk tujuan pilihan raya. ~keadilandaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan