Rupanya Sebab Ni Bendera PAS Dan PKR Di Conteng Lambang Salib
PETALING JAYA 25 Jan: Kegagalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak
mengambil sebarang tindakan terhadap ancaman Perkasa untuk membakar
kitab Injil, menunjukkan kelemahan kerajaan, kata Ketua Umum KEADILAN,
Datuk Seri Anwar Ibrahim.“Sehingga hari ini kita tak dengar mana-mana
reaksi keras Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam
Negeri.“Ini berlaku kerana kelemahan kepimpinan di negara ini. Dia
(Najib) tak berani untuk menegur dan memberikan amaran,” kata Anwar pada
sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.Menurutnya, program
jelajah Merdeka Rakyat yang diadakan di Johor mulai petang ini turut
dicemari insiden penggantungan bendera KEADILAN dan Pas yang diconteng
dengan lambang salib.“Kamu boleh jadi tidak bersetuju dengan Pakatan
Rakyat.
Tapi kamu kena tahu batasannya. Ini juga menggambarkan pimpinan Umno dan kerajaan sangat lemah. Tidak dapat mengawal penyokong mereka sendiri.“Siapa yang sanggup lakukan ini? Mengapa tidak ada tindakan? Kita boleh bertarung di pentas politik. Tapi jangan permainkan isu perkauman dan agama,” tegasnya.“Kemudian mereka mahu perlihatkan yang diri mereka itu Islamik.
Bagaimana dengan kasino (judi), rasuah dan saham syarikat arak San Miguel?, soalnya.Tambahnya, tindakan untuk membakar Injil tujuan provokasi untuk menghina orang Kristian dan menimbulkan ketegangan.“Tindakan biadab ini sengaja dibuat untuk menimbulkan ketegangan dan tindakan Umno untuk mengelak dari membicarakan hal penyelewengan menjelang pilihan raya.
"Kalau ada orang mengambil keputusan sebaliknya, ini akan menggugat keselamatan. Orang Islam mesti menolak tindakan ini. Orang Islam tidak pernah diajar untuk merendah atau menghina agama lain,” tegas Anwar ~keadilandaily

Tiada ulasan:
Catat Ulasan