| Harakahdaily |
|
Turut bersama beliau ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria, Ketua Penerangan PAS Sabah, Hishamudin Sulaiman, Naib Pengerusi Anak, Aris Fezul Ismail dan Setiausaha Akhbar Presiden PAS, Mohd Nasaie Ismail. Ketika dihubungi sebantar tadi, Nasaie meberitahu pihak Imigresen memaklumkan Mazlan yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat ditahan atas arahan Ketua Menteri yang menyekatnya memasuki Sarawak. (Gambar: Mazlan menunjukkan surat sekatan beliau memasuki Sarawak.) Mazlan masih berunding dengan pihak Imigresen berikutan tindakan itu sama ada berlepas ke Kuala Lumpur atau Kota Kinabalu semula. Mazlan dalam rangka lawatan memberi penjelasan berhubing isu tanah di Sarawak bersama Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang Nasaie yang mengiringi Tuan Guru Abdul Hadi bagi menjayakan beberapa program yang telah diatur di Sabah dan Sarawak berkata, beliau kebetulan bersama Mazlan sewaktu ditahan. Katanya, Tuan Guru Abdul Hadi tidak terbabit dengan sekatan itu dan terus dibawa dengan kenderaan yang menunggu di Lapangan Terbang Miri bagi menjayakan beberapa majlis yang telah disusun. Bagaimanapun, kenderaan yang membawa beliau diekori pihak tertentu dipercayai polis. Nasaie menyifatkan sekatan Mazlan yang juga Pengerusi Anak daripada memasuki Sarawak melambangkan ketakutan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud di atas penyelewengan tanah yang dilakukannya. "Dia (Taib) sedang di ambang kejatuhan," katanya.
|
Kesusahan Menghafal Al-Quran bagi Anak Usia 11 Tahun
-
Melihat angah struggle menghafal Quran membuatkan air mata saya kerap
tumpah. Tapi angah sangat bersemangat. Moga Allah mudahkan angah, umi
sentiasa di sis...
KUALA LUMPUR, 6 Julai: AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman ditahan pihak Imigresen di Lapangan Terbang Miri sekitar jam 10.15 pagi ini.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan