PARTI ISLAM SEMALAYSIA

PARTI ISLAM SEMALAYSIA
PAS KAWASAN LENGGONG

Isnin, 18 Julai 2011

Serikandi Pertiwi
RD Hanim

Serikandiku telah pergi
Kali ini sukar diganti
Biar seribu
Serikandi ini istimewa sekali
Tabah tidak pernah gentar
Sabarmu, tumpas angkuh pendekar
Cekal tidak kenal takut
Lembutmu, tewas para pengecut

Serikandi sejati,
Ayu wajah berseri
Indah budi pekerti
Besar diri tiada setitis
Harga diri tiada terhakis
Pada ayu wajah, terpancar Mithali bonda
Pada pekerti indah, terpancar Serikandi bangsa
Dalam lunak suara, bersulam Kata Nabi
Dalam petah bicara, berselang Firman Illahi

Serikandi Pertiwi,
Senang dalam payah perjuangan
Tenang dalam ranjau keislaman
Tinggalkanlah medan bakti
Pergilah ke medan abadi
Katakan pada Tuhanmu
Telah kau luruskan jalan berliku
Telah kau lunaskan perintah amanah
Tuntutlah hakmu, Ketenangan hakiki di Jannah

18Julai11. Mengenang Dr Lo'Lo'.

Serikandi yang menemui Illahi. Al Fatihah


Tiada ulasan:

Catat Ulasan