"POLIS MERUSUH" - SEPATUTNYA ITU TAJUK UTAMA AKHBAR-AKHBAR HARIAN
"POLIS MERUSUH". Itulah yang sepatutnya ungkapan yang menjadi tajuk utama akhbar-akhbar harian sehari selepas Himpunan Aman BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu.
Bagaimana suasanaya sebenarnya sekiranya himpunan itu diberi laluan aman. Polis hanya berada di kiri kanan jalan dengan melihat sahaja sambil mengawal kalau-kalau ada mana-mana pihak yang cuba mensabotaj himpunan itu.
Sekiranya ada provokasi barulah polis berusaha menanganinya tanpa membiarkan himpunan aman itu menjadi kecoh.
Tetapi sayangnya apa yang berlaku, himpunan aman itu tiba-tiba menjadi seperti suatu rusuhan apabila polis memulakannya dengan menembak peluru-peluru gas pemedih mata. Himpunan aman itu akhirnya menjadi medan penangkapan beramai-ramai.
Malah sebelum tarikh itu pun telah berlaku penangkapan-penangkapan sehinggalah ke saat-saat sebelum masa himpunan sebenarnya dengan tujuan untuk menggagalkan Himpunan Aman BERSIH 2.0.
Kesusahan Menghafal Al-Quran bagi Anak Usia 11 Tahun
-
Melihat angah struggle menghafal Quran membuatkan air mata saya kerap
tumpah. Tapi angah sangat bersemangat. Moga Allah mudahkan angah, umi
sentiasa di sis...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan