PARTI ISLAM SEMALAYSIA

PARTI ISLAM SEMALAYSIA
PAS KAWASAN LENGGONG

Rabu, 13 Julai 2011

Undian tajuk Amaran Rakyat
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 13 Julai: Mulai hari ini, undian dilakukan terhadap tajuk muka depan Harakah wajarkah perkataan ‘Amaran Rakyat’ ekoran demonstrasi Bersih 2.0 pada 9 Julai lepas digunakan sebagai tajuk berita utama.

Sejauh mana popularnya tajuk ini digunakan sebagai tajuk utama akhbar Harakah akan dilihat dalam tempoh dua hari lagi, manakala pada hari Sabtu nanti, kita akan mengundi tajuk lain pula.

Undian ini terbuka kepada semua pembaca dan mereka boleh mengundi sekali sahaja sama ada untuk setuju atau tidak setuju atau tidak pasti dengan pilihan tajuk berkenaan.

Untuk membuat undian tinjauan@harakah, boleh terus kepada link http://myharakah.net.

Peratus keputusan undian tajuk Harakah ‘Bersih Akur Umno derhaka’ telah meningkat kepada tahap 96.39 peratus atau 507 daripada 526 undian bersetuju dengan tajuk tersebut.

Terdapat 14 undian (2.66%) yang tidak bersetuju dan juga 5 undian (0.95 %) yang berkecuali.

Untuk melihat keputusan terperinci terhadap undian semasa dan yang telah dilakukan sebelum ini, boleh terus kepada link http://myharakah.net/polls.php.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan