Harakahdaily |
Ketuanya, Hasbullah Mohd Ridzwan (gambar) berkata, ini kerana banyak lagi maklumat dan tuntutan Bersih tidak sampai kepada mereka sehingga masyarakat luar bandar tidak berapa ambil peduli tentang perkara tersebut. “Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor merasakan pimpinan Pakatan Rakyat di semua peringkat perlu menggerakkan usaha bersama secara bersepadu untuk menangani permasalahan ini dan tidak lagi membiarkan masyarakat luar bandar ini berterusan dibuli dan dipergunakan Umno dan Barisan Nasional,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily. Katanya, kempen-kempen penerangan tentang kejayaan Kerajaan Pakatan Rakyat berbanding Kerajaan Barisan Nasional perlulah diperkasakan gerakannya, program-program kebajikan kepada rakyat diteruskan tanpa prejudis dan wakil-wakil Rakyat Pakatan Rakyat mestilah dilihat mesra rakyat sepanjang masa dan tidak dilihat sebagai orang yang eksklusif. Menurutnya, Dewan Pemuda PAS negeri sehingga kini telah mengarahkan seluruh jentera pemuda PAS di kawasan-kawasan untuk meneruskan agenda penerangan Bersih dengan menganjurkan ceramah berterusan, sebaran risalah dan pelbagai aktiviti lain yang menjurus kepada memberikan kefahaman masyarakat berkenaan 8 tuntutan yang diperjuangkan oleh Bersih. “Semoga dengan komitmen dan kerjasama semua pimpinan Pakatan Rakyat untuk meneruskan agenda Bersih ini secara bersepadu akan dapat meneruskan gelombang kebangkitan rakyat untuk menolak Umno BN di dalam pilihan raya umum ke 13 akan datang,” ujarnya lagi.
|
Tips masuk MRSM/SBP
-
Assalamualaikum, Saya terbaca hantaran ini dan saya mohon izin untuk cnp di
sini supaya ramai lagi ibubapa yang dapat membacanya. Semoga bermanfaat.
Tips u...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan