PARTI ISLAM SEMALAYSIA

PARTI ISLAM SEMALAYSIA
PAS KAWASAN LENGGONG

Selasa, 12 April 2011

10,000 Terkorban Dalam Perang Libya



9 Jamadilawal 1432H. [MOD] -



LUXEMBOURG 13 April – Tentera yang setia kepada pemimpin Libya, Muammar Gaddafi telah membunuh kira-kira 10,000 orang sepanjang pertempuran di Libya, dengan 20,000 lagi hilang dan 30,000 cedera.

Angka itu diumumkan oleh wakil dari Majlis Peralihan Kebangsaan Libya, Ali Al Isawi kepada wartawan selepas beliau menghadiri rundingan dengan Menteri-Menteri Luar Kesatuan Eropah (EU) di Lexembourg, semalam.

Beliau dalam pada itu turut menggesa supaya lebih banyak usaha melindungi penduduk awam dilakukan.

Dalam pertemuan itu, EU yang dianggotai 27 negara buat pertama kalinya telah menerima Majlis Peralihan Kebangsaan itu yang beribu pejabat di Benghazi, sesuatu yang disifatkan sebagai ‘isyarat pengiktirafan’ oleh Menteri Luar Perancis, Alain Juppe.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan