PARTI ISLAM SEMALAYSIA

PARTI ISLAM SEMALAYSIA
PAS KAWASAN LENGGONG

Ahad, 17 April 2011

Polis Sahkan Bukan Anwar Dalam Video Itu



14 Jamadilawal 1432H. [MOD] -



KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan bahawa lelaki di dalam video bukan Datuk’ Seri Anwar Ibrahim seperti yang didakwa oleh BN dan media milik mereka.

Bernama melaporkan kenyataan Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani yang berkata bahawa siasatan mengenai video seks itu telah siap dan siasatan kini menjurus kepada Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah.

“Bagi pihak kami (polis), siasatan telah lengkap dari setiap sudut menjurus kepada Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan (kerana kesalahan mengedar bahan lucah).

“Terpulang kepada Peguam Negara untuk mengambil sebarang tindakan susulan terhadap kes ini dan sekiranya ada mana-mana perkara yang perlu disiasat semula (atas arahan Peguam Negara), kita akan siasatlah,” kata Acryl seperti yang dipetik Bernama.

Pengedar dan pemilik video lucah itu ialah bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim.

Dengan kenyataan ini, polis dengan sendirinya mengesahkan bahawa pelakon dalam video tersebut bukan Anwar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan