PARTI ISLAM SEMALAYSIA

PARTI ISLAM SEMALAYSIA
PAS KAWASAN LENGGONG

Ahad, 10 April 2011

TULISAN ZUL KULIM - 110 PERATUS PEGUAM INI BENGONG

Oleh: WFAUZDIN NS

TERBACA saya tulisan dari MP Kulim Bandar Bharu, YB Zul satu artikel bertajuk "Keliru Yang Mengelirukan". Artikel tersebut ada disiarkan diruangan forum di Tranungkite di sini, dan apabila saya membacanya maka saya 110 % percaya yang keliru dan mengelirukan itu adalah MP yang dipecat dari PKR ini.

Saya tidak perlu belajar rajin-rajin untuk mendapatkan ijazah peguam bagi menjawab hujah YB Zul ini yang pada saya budak tidak lulus SRP pun boleh jawab, yob!! Beliau menyebut, mengapa perlu kecuh dengan isu Qazaf, fitnah zina dan sebagainya sedangkan kes video lucah tersebut masih belum selesai disiasat. Wahai Zul Kulim, kamu mahu rakyat jadi bisu seperti kamu apabila melihat seluruh media menunjukkan aksi dan berita lucah itu? Di mana sekelumit iman kamu wahai Zul, masakan hilang terus semenjak berada di bawah ketiak Bik Mama?

Zul Kulim berkata, ada 5 perkara yang perlu diselesaikan dan katanya pihak Polis baru melakukan satu perkara iaitu perkara 1 : mengesahkan video itu tulen. Kelima-lima yang digariskan oleh Zul Kulim seperti berikut:

1. adakah videoklip itu tulin, maksudnya bukan superimpose dan lain-lain? 2. jika tulin, siapa watak-watak yang ada didalam video itu? 3. setelah dikenal pasti, barulah kita siasat apa yang berlaku dalam videoklip itu? Adakah mereka main gasing atau pun main guli? 4. jika kandungan videoklip itu menunjukkan berlaku satu perlakuan jenayah, maka kesalahan itu hendaklah disiasat; dan jika cukup bukti, pendakwaan bolehlah dikenakan samada di Mahkamah Sivil atau Mahkamah Syariah. 5. dan jika pemilikan, penyebaran dan pendedahan itu juga satu kesalahan, maka jika cukup bukti, pendakwaan bolehlah dikenakan terhadap mereka yang berkaitan samada di Mahkamah Sivil atau Mahkamah Syariah.
Di dalam perkara 5, mengapa dibiarkan? Mengapa Zul Kulim sebut `JIKA pemilikan, penyebaran dan pendedahan itu juga satu kesalahan'? Mahu `backing' lagi ke `three strooges' itu? Masakan seorang peguam tidak tahu undang-undang berkaitan pemilikan dan tayangan video lucah? Dan, paling lucu Zul Kulim sebut JIKA CUKUP BUKTI, pendakwaan boleh dikenakan. Wahai Zul, kamu ketinggalan bas lagi ke? Kamu tidak tahukah bahawa `three strooges' atau Datuk T itu mengaku terlibat di dalam penayangan video lucah. Kamu tidak menonton TV 3 suku yang mendedahkan pengakuan `kumpulan kepala otak biru' itu? Bukankah kamu sebut 110 % percaya?

Apabila `three strooges' sudah membuat pengakuan dan satu dunia tahu mereka yang memiliki dan menayangkan video lucah tersebut di Seri Carcosa, mengapa perlu tunggu bukti lagi? Bukti apa lagi? Zul Kulim nampaknya begitu bersunguh-sungguh untuk menyelamatkan si penayang video lucah berkenaan. Beginilah jadinya jika ilmu begitu mudah untuk dilacurkan.

Saya kesihan melihat perangai Zul Kulim yang nampaknya semakin berserabut dengan isu video seks yang beliau dakwa 110 % percaya itu. Putar belitnya semakin ketara memperlihatkan kebodohan beliau sendiri. Di dalam tulisannya itu juga, Zul Kulim mempertahankan Najib mengalungkan bunga di makam Kamal An-Tarturk atas `nas atau dalil' bahawa Tayyeb Erdogan juga berbuat begitu. Semenjak bila Islam mengambil dalil atau nas hukum dari Erdogan, wahai Zul Kulim? Jika Erdogan kencing berdiri, maka Zul Kulim akan kata tiada masalah kita kencing berdiri, tak begitu Yob?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan