PARTI ISLAM SEMALAYSIA

PARTI ISLAM SEMALAYSIA
PAS KAWASAN LENGGONG

Selasa, 19 April 2011


Hantu Altantuya menjelma lagi
Subky Abdul Latif

HANTU sememangnya tidak pernah mati. Cuma ia pergi dan kemudian datang semula.

Itulah kepercayaan orang tentang hantu.

Begitulah tentang pembunuhan wanita Altantuya. Dia sudah mati dibunuh. Ia hidup semula sebagai hantu. Sebagai hantu banyak yang percaya ia menghantuai Perdaya Menteri Najib dan isterinya.

Sebabnya tidak payah dicerita. Semua orang tahu. Orang-orang Najib tahu dan orang tidak suka Najib lagi tahu. Cerita hantu Altantuya ini mungkin hidup beratus-ratus lagi sebagai cerita rakyat.

Sejak gema 1Malaysia merong-rong pagi dan petang di semua persada dunia, hantu Altantuya ini lenyap dan senyap. Tidak begitu diingat lagi.

Tetapi dihidupkan semula oleh TV3. TV3 itu terkenal suara dan penyambung lidah Najib. Ia berbuat apa saja asal Najib selesa dan bahagia.

TV3 kejar Raja Petra yang berlindung di atas angin, minta persetujuannya untuk ditemu ramah. Dan TV3 siar bahagian yang ia hendak siar dari perbualan dengan Raja Petra.

Yang ia siar ialah tentang apa yang Raja Petra tahu tentang hantu Altantuya dan saat wanita itu ditukar menjadi hantu di tempat letupan itu berlaku.

Ditanyakan pada Raja Petra betulkah letupan itu disaksikan oleh Wanita Pertama yang belum bergelar Wanita Pertama lagi ketika itu.

Untuk apa TV3 siarkan adegan hantu itu? Untuk seronokkan Perdana Menteri Najib dan isterinya sekarang. Ia juga adalah untuk menyelamatkan Najib dan isterinya serta kerajaannya.

Raja Petra dijadikan umpan perangkap. Dengan umpan dan perangkap itu Anwar Ibrahim dapat dipukul bagi dibinasakan. Sekali gus ia memukul dan menghapuskan Raja Petra.

Kebetulan ketika ia disiar, Anwar datang untuk menawan Sarawak. Moga-moga siaran itu menjadikan Anwar balik dengan tangan kosong. Selamat Najib dan isteri, selamat Taib si pengantin baru.

Seronoklah Najib suami isteri, Seronok benarkah? TV3 dikira sudah berjasa lagi kepada Najib dan isteri.

Berapa hatikah pasangan itu seronok dengan siaran yang memperalatkan Raja Petra?

Yang keluar dari wayang itu ialah hantu Altantuya menjelma semula dalam ingatan sekalian penonton. Sudahlah hantu itu menjelma semula. Timbul pula persoalan betulkah isteri Najib ada di lokasi peletupan Altantuya bertukar menjadi hantu.

Tentunya Najib dan isteri tidak suka mahu kelibatnya ada dalam setiap pengkisahan Altantuya. Najib dan isterinya tidak mahu langsung dilibatkan dengan cerita hantu itu.

Bila dikaitkan, bukan sekadar orang ingat semula cerita hantu itu tetapi hantu itu dan ceritanya akan menghantui Perdaya menteri dan nyonyanya. Igauan dari hantu itu boleh mengganggu tidur lenyapnya.

Seronok siaran itu hanya sekejap tetapi kesan igauan itu memakan masa dan memakan hati. Tidak padan dengan seronok yang TV3 cuba hiburkan dengan seram hantu yang menyusahkan.

Sejak siaran temu bual Raja Petra itu isu pembunuhan Altantuya hidup semula. Ia kembali segar dalam ingatan semua. Orang bercakap semula mengenainya dan orang mengigatkan supaya disambung semula penyiasatan mengenainya dan bagaimana puncanya pembunuhan itu?

Raja Petra akan menulis lagi. Dia akan menjelaskan dia tidak tahu siapa yang ada di kawasan letupan itu. Dia hanya diberitahu isteri Najib ada dan orang lain juga dikatakan ada. Dia dedahkan dalam akuan bersumpahnya tentang apa yang orang beritahunya.

Akuan bersumpah mesti disiasat. Bila disiasat isteri Najib pun perlu disiasat. Semua itu sudah cuba didiamkan. Tiada inisiatif orang-orang disebut dalam akuan bersumpah hendak disiasat. Tetapi selepas siaran TV3 dan Raja Petra gesa supaya ia disiasat, maka nama isteri Najib akan disebut lagi.

Adakah ia hendak diredakan lagi?

Gara-gara gatal TV3 memburu Raja Petra dan cuba memperdaya Raja Petra, menyebabkan pembunuhan Altantuya bergema semula. TV3 tidak pernah fikir ia mahu menyusahkan Perdana Menteri dani isterinya, tetapi itu gara-gara tidak cermatnya perkiraan hendak menyelamatkan Najib dan keluarganya.

Itulah yang dinamakan salah ampu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan