SHAH ALAM, 10 April: Pemuda PAS Selangor mendesak NGO Jaringan Melayu Malaysia (JMM) menarik balik kenyataannya yang membawa pengertian pegawai Kastam, Ahmad Sarbani terlibat dengan rasuah dan sanggup membunuh diri kerana ia satu kenyataan yang melampauai batas-batas nilaian kemanusian.
"Kenyataan JMM mempunyai agenda jahat dan tidak bertamadun," kata timbalan ketuanya, Zaidy Abdul Talib.
Sebelum ini Yang Dipertua JMM Azwanddin Hamzah telah menimbulkan kenyataan yang melampau terhadap mangsa melalui Berita Harian tempoh hari dengan menyatakan ketegasan SPRM menangani jenayah rasuah sudah mula menunjukkan kesan positif kerana ia memberi tekanan jiwa yang hebat terhadap penjenayah rasuah sehingga ada sanggup membunuh diri.
Sepatutnya, bagi Pemuda PAS Selangor, dia mesti menunggu hasil dari siasatan terperinci yang dilakukan oleh pihak polis sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan yang boleh mencetuskan polimik, bukan dengan menuduh tanpa sebarang bukti.
Perkara ini, bagi Zaidy, boleh menaikkan kemarahan rakyat dengan membuka aib mangsa dan keluarganya.
Pemuda Pas Selangor menyifatkan kenyataan tersebut bermotifkan politik jahat yang menidakkan proses keadilan dan mempengaruhi masyarakat dengan membuat andaian buruk kepada mangsa.
“JMM terlalu kurang ajar, tidak menghormati mangsa dan keluarganya. Saya pun tak faham kenapa ada persatuan Melayu yang tidak tahu tentang soal adab dan tata susila orang-orang melayu. Mereka sanggup untuk menuduh bukan-bukan,” kata Zaidy (gambar bawah) dalam kenyataannya.
Zaidy menambah “sebagai Melayu dan beragama Islam kita wajib mempertahankan mangsa dan keluarganya dari tohmahan jahat yang boleh menjatuhkan integiriti agama Islam dan bangsa Melayu yang penuh dengan maruah dan adat. Kita sepatutnya berusaha untuk memastikan keadilan dan siasatan yang dijalankan dengan telus dan saksama”.
Menurut Zaidy, allahyarham adalah seorang yang beragama, seorang yang sentiasa berada dan berjemaah di surau di kawasan kediamannya, juga difahamkan akan menunaikan haji di Makkah pada tahun ini.
Beberapa jam sebelum kematiannya beliau menunaikan solat subuh berjamaah bersama kawannya dalam perjalanan ke Pejabat SPRM, Kuala Lumpur.
"Mana mungkin seorang Melayu beragama Islam yang taat beragama mampu melakukan perkara sekeji dan yang dikutuk oleh agamanya iaitu membunuh diri," kata Zaidy. 6 April lepas, kira-kira pukul 10.15 pagi, Ahmad Sarbani, 56, yang ditahan semalaman pada 1 April bagi membantu siasatan rasuah dan aktiviti pengubahan wang haram, ditemui mati di tingkat satu, pejabat SPRM Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane.
Sebelum itu, Ahmad Sarbani yang datang sendiri ke pejabat itu telah diiringi seorang pegawai untuk bertemu pegawai penyiasat namun pegawai tersebut telah meninggalkan mangsa dan keluar sebentar bagi mendapatkan pegawai penyiasat.
Namun dalam beberapa minit kemudian, pegawai tersebut telah kembali ke pejabatnya dan mendapati mangsa tiada dalam bilik berkaitan dan setelah mencari di kawasan itu, terlihat satu tubuh manusia terlantar di tingkat 1 bangunan pejabat berkenaan. JMM sebelum ini juga pernah memburukkan imej Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan menyamakan beliau sama seperti pengamal ajaran sesat Ayah Pin. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan