PARTI ISLAM SEMALAYSIA

PARTI ISLAM SEMALAYSIA
PAS KAWASAN LENGGONG

Isnin, 4 April 2011

Post subject: Video Seks: Trajedi seorang Pejuang Perubahan Reply with quote

Ftinah yang mencurah-curah menimpa Anwar Ibrahim selama ini adalah hasil tekanan hebat Anwar terhadap UMNO dalam usaha berani beliau mendedahkan segala kepincangan isu rasuah dan salahguna kuasa yang berlaku didalam UMNO selama ini.Hasil tekanan yang diberikan Anwar ini maka UMNO dilihat amat rimas akan manusia bernama Anwar ini selagi dia hidup dalam dunia politik negara.Maka UMNO hakikatnya amat terdesak serta takut dengan segala pendedahan yang dibuat oleh Anwar oleh itu satu perancangan besar terpaksa direkayasa walaupun mereka tahu akan akibatnya.Namun pilihan lain sudah tiada bagi UMNO untuk berhadapan dengan mantan panglima UMNO ini.
UMNO terpaksa mengganyang Anwar dengan isu-isu seks,rasuah, pengkhianat agama dan bangsa,ejen yahudi dan banyak lagi.Namun ternyata Anwar begitu liat untuk ditewaskan.Sudah tahap nyawa ikan pun Anwar mampu bangkit dan terus menentang secara berhabisan walaupun kecedaraan teruk yang dialaminya.Inilah kehebatan Anwar yang amat merunsingkan UMNO. Anwar lebih liat dan kuat dari Hadi Awang,Nikk Aziz,Mat Sabu, Azmin Ali,Lim Kit Siang,Karpal Singh dan satu ketika yang pernah menetang UMNO iaitu Tengku Razali mereka-mereka ini tidak seliat Anwar dan tidak begitu mengancam UMNO.
Anwar berjaya mengubah lanskap politik Malaysia setelah dibuang dari UMNO dan kerajaan.Trajedi yang menimpa beliau telah membuatkan rakyat Malaysia mula celik serta matang dalam menelaah isu-isu politik negara dan sudah berani melakukan protes secara berdepan dan berkumpulan besar.Perubahan-perubahan besar rakyat terhadap isu-isu politik dilihat begitu mengancam kedudukan UMNO yang mahu terus berkuasa sehingga akhirnya.Anwar adalah penyebab perubahan ini maka Anwar perlu terus diserang secara bertali arus hingga hancur ranap supaya beliau mengangkat bendera putih.
Namun sangkaan UMNO jauh meleset Anwar masih bangkit dan terus bersemangat dalam meneruskan perjuangan beliau untuk berperang dengan UMNO walaupun tinggal satu tangan dan kaki asalkan selagi Anwar bernyawa perjungan menentang segala kemungkaran UMNO wajib ditegakkan hingga menang.Itulah kehebatan bekas panglima besar UMNO ini yang mempunyai semangat juang yang begitu kental dan tinggi sekali.
Untuk fitnah terbaru iaitu isu rakaman video seks yang didakwa bahawa pelakunya adalah Anwar kali ini kita dapati keadaannya begitu sukar sekali memandangkan ia sudah berada di peringkat kemuncak dengan strategi pelbagai untuk meyakinkan pelakunya memang Anwar.Untuk kali ini kita dapati ujian terhadap Anwar semakin dasyat dan hebat dalam usaha menumbangkan beliau serta perjungannya.Namun segalanya dalam ketentuan Allah dalam menentukan situasi yang seterusnya.Kita lihat kali ini bagaimana Anwar menggunakan kekuatannya dalam menghadapi serangan fitnah yang terbaru ini.Adakah UMNO berjaya membuatkan Anwar hingga sampai nyawa-nyawa ikan atau mengalah? Hanya pada Allah kita mampu berdoa selain bersama berusaha menghentikan fitnah dasyat ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan