PARTI ISLAM SEMALAYSIA

PARTI ISLAM SEMALAYSIA
PAS KAWASAN LENGGONG

Jumaat, 8 April 2011

Assalamu'alaikum...

LIWAT DAN VIDEO SEKS - KEJAYAAN GERAKAN ZIONIS YAHUDI

Dalam USRAH di sebuah surau bersama gabungan dua cawangan PAS minggu lalu saya sempat menjelaskan isu Vedeo Seks (yang menjadi isu semasa sebagai bahan bahasan malam itu) dari sudut yang tidak disentuh oleh dua sahabat lain sebelum giliran saya.
Saya menyentuh isu itu dengan mengaitkannya sebagai satu lagi kejayaan besar gerakan Zionis Yahudi selepas kejayaan isu LIWAT dulu. Isu liwat yang telah tidak menjadi (tidak berjaya melumpuhkan orang yang difitnah) sebagai FITNAH 1 DAN FITNAH 2, kini disusuli FITNAH 3 melalui Vedeo Seks pula yang kononnya dikatakan pelakunya Ketua Pembangkang.
Saya tidak mahu ulas panjang mengenai kedua-dua kes yang sehingga memasuki fasa FITNAH 3 itu. Saya hanya mahu mengatakan bahawa kanak-kanak seusia awal remaja kebanyakannya mulai mengenali apa itu LIWAT selepas FITNAH 1 dan FITNAH 2. Buktinya cuba masuk tandas awam di stesen-stesen bas. TENGOK APA YANG ADA PADA DINDING DALAM TANDAS.
"Tuddia ... Berceretet (loghat oghang kampung saya) nombor telefon gay, nyah dan bohsia, bohjan ... "
Budaya selak tabir belakang dah jadi budaya orang Melayu - kejayaan bagi Zionis Yahudi untuk meleburkan IMAN orang Melayu sejak zaman kanak-kanak lagi.
Fitnah 3 - Video Seks juga merupakan satu lagi kejayaan Zionis Yahudi yang tak perlu bekerja keras, cukup dengan diusahakan oleh Orang MELAYU sendiri yang TERPESONA dengan kata-kata Hang Tuah; TAK MELAYU HILANG DI DUNIA. tAK MEMADAI DENGAN KERJA KERAS, BAGI upah PULAK KEPADA AGEN ZIONIS YAHUDI bernama UPCO WILDWIDE sebanyak RM77 juta.
Bayangkan! Apa kesannya kepada anak-anak kita yang sedang meningkat usia remaja sekarang ini dan akan datang.
Sekarang ini anak-anak zaman awal remaja (sekolah kebangsaan) telah kenal SEKS - PERSETUBUHAN...
Bayangkan lagi! Kalau sekarang ini pun sudah ratusan ribu lahir anak hasil hubungan terlarang, betapa apabila pendedahan mengenai seks menjadu perkara lumrah.
Bayangkan lagi! Merekalah bakal pemimpin masa depan negara...

KESIMPULANNYA - mudah saja musuh Islam hendak menghancurkan umat Islam. Guna orang Islam sendiri yang GILA KUASA, GILA PANGKAT dan TAMAK KEPADA HARTA DUNIA,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan