PARTI ISLAM SEMALAYSIA

PARTI ISLAM SEMALAYSIA
PAS KAWASAN LENGGONG

Selasa, 12 April 2011

Peguam: Pegawai kastam mungkin tak bunuh diri
Apr 12, 11 7:05pm
Kongsi 19
Polis telah diberikan beberapa maklumat yang dipercayai dapat membantu siasatan terhadap punca kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane, Kuala Lumpur 6 April lalu.

NONE“Terdapat beberapa perkembangan baru yang berkaitan dengan kematian Allahyarham khususnya terdapatnya klu dan keterangan bahawa kemungkinan besar Allahyarham tidak membunuh diri,” kata Ghazali Mohd Ramli, peguam yang mewakili keluarga Ahmad Sarbaini Mohamed.

Ahmad Sarbaini, 55, yang dijumpai mati di kawasan bangunan pejabat SPRM adalah seorang daripada 62 pegawai kastam yang menjadi tumpuan Operasi 3B kendalian SPRM dan beberapa agensi kerajaan yang lain berhubung kegiatan rasuah dan aktiviti penggubahan wang haram.

Bercakap pada sidang akhbar di pejabatnya di sini, Ghazali berkata, beberapa petunjuk dan keterangan daripada orang perseorangan itu telah diserah kepada polis Ahad lalu.

Beliau berkata, berdasarkan daripada maklumat dan petunjuk yang diserahkan kepada polis itu terdapat percanggahan dengan apa yang telah dinyatakan oleh SPRM.

"Polis sedang menyiasat dengan mendalam dan pihak keluarga memberi penuh kepercayaan kepada polis...keluarga Allahyarham kini tenang selepas menerima petunjuk-petunjuk baru itu dan mendoakan kebenaran akan terserlah," katanya.

Berhenti spekulasi

Ghazali berharap semua pihak akan berhenti membuat pelbagai spekulasi berhubung punca kematian Ahmad Sarbaini sehingga selesai siasatan polis.

NONE"Pihak kami memberi sepenuh kepercayaan kepada PDRM untuk menyiasat punca kematian Allahyarham dengan menentukan fakta yang sebenar dan seterusnya membawa individu yang bertanggungjawab ke atas kematian Allahyarham ke muka pengadilan sekiranya ada pihak lain yang terbabit," katanya.

Ghazali yang mempunyai pertalian persaudaraan dengan Allahyarham berkata selain itu, semua pihak terutama media juga diharap tidak meneruskan laporan yang memberi gambaran seolah-olah Allahyarham terlibat dengan rasuah dan hidup dalam kemewahan serta mempunyai banyak aset.

Tiga buah rumah

"Harta yang dimiliki Allahyarham adalah harta yang biasa dimiliki oleh kakitangan awam...isteri Allahyarham bekerja sebagai penyelia di sebuah syarikat multinasional," katanya.

Beliau berkata laporan bahawa Allahyarham mempunyai tiga buah kereta memberi gambaran tidak berasas kerana kereta yang dimilikinya hanyalah sebuah kereta Kancil yang dibeli pada 2001, sebuah Honda CRV terpakai yang dibeli pada 2004 dan Proton Pesona yang dibeli beberapa bulan lalu.

NONEGhazali turut menyenaraikan tiga rumah milik keluarga Allahyarham iaitu dua apartment berharga kira-kira RM65,000 dan RM68,000 serta sebuah rumah berkembar berharga RM230,000, kesemuanya di Selangor.

Beliau berkata selepas ditahan oleh SPRM pada 1 April lalu atas alasan membantu siasatan rasuah dan aktiviti pengubahan wang haram dan dibebaskan keesokannya, Ahmad Sarbaini dipanggil semula ke pejabat SPRM pada Isnin dan Selasa.

Ditanya sama ada Ahmad Sarbaini turut dipanggil semula pada hari Rabu kerana laporan akhbar menyatakan beliau pergi secara sukarela, Ghazali berkata perkara itu masih disiasat polis.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan