PARTI ISLAM SEMALAYSIA

PARTI ISLAM SEMALAYSIA
PAS KAWASAN LENGGONG

Ahad, 17 April 2011


PRN Sarawak indikator penting PRU 13
Zulkifli Sulong

KUALA LUMPUR, 16 April: Apakah kemenangan Barisan Nasional (BN) di Sarawak dalam pilihan raya ini akan menjadi penanda aras untuk menentukan bilakah pilihan raya umum ke 13 akan dipanggil oleh Datuk Seri Najib Razak.

Bagi Pengerusi DAP, Karpal Singh, dengan kejayaan Pakatan Rakyat menambahkan bilangan kerusinya di Sarawak, BN tidak akan berani memanggil pilihan raya umum untuk beberapa bulan ini. "Saya tak fikir kepimpinan BN berani membuat pilihan raya umum untuk beberapa bulan ini," kata Karpal dalam satu kenyataannya. Pakatan dijangka akan berjaya menambahkan kerusinya dari sembilan dalam PRN 2006 ke sekurang-kurangnya 15 dalam pilihan raya kali ini. Pencapaian terbesar Pakatan adalah di kerusi-kerusi kawasan bandar iaitu di kalangan pengundi Cina. DAP dijangka akan mendapat 12 kerusi manakala PKR sekurang-kurangnya tiga kerusi. Ini bermakna, BN tidak akan membuat pilihan raya umum sehinggalah mereka mempunyai formula yang jelas untuk mengekang pengaruh Pakatan di kawasan bandar ini.

Senjata ampuh yang ada pada BN setiap lapan tahun ialah persempadanan semula kawasan pilihan raya. Yang terakhir ia diadakan pada tahun 2003. Ini bermakna, ia boleh dibuat lagi selepas 2011 iaitu seawalnya 2012.

Selepas kalah teruk kepada PAS dalam pilihan raya umum 1999, kerajaan BN melalui Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah membuat perubahan besar-besaran kepada sempadan kawasan pilihan raya di seluruh Semenanjung.

Melalui persempadanan semula kawasan pilihan raya 2003 itu, BN telah menambah kerusi Parlimen di kawasan Cina setelah bimbang dengan sokongan Melayu kepada PAS pada PRU 1999.

Ekoran itu, negeri-negeri Melayu iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis tidak mempunyai sebarang penambahan kawasan Parlimen dalam persempadanan itu untuk menyekat penguasaan PAS melalui kerusi Melayu.

Kawasan-kawasan Parlimen PAS juga dipecahkan dengan memasukkan pengundi Cina ke kawasan mereka. Yang paling terasa dengan pendekatan ini adalah Mohamad Sabu (Kuala Kedah) dan Datuk Mahfuz Omar (Pokok Sena).

Hasilnya kedua-dua tokoh PAS itu kalah dalam pilihan raya umum 2004.

Jika pendekatan ini diyakini oleh BN, pilihan raya umum ke 13 hanya akan diadakan selepas seawalnya tahun 2012 iaitu selepas tempoh matang untuk persempadanan semula kawasan pilihan raya tiba.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan