PARTI ISLAM SEMALAYSIA

PARTI ISLAM SEMALAYSIA
PAS KAWASAN LENGGONG

Ahad, 1 April 2012

Berita Shahrir keluar Umno kerja budak nakal’
Wartawan Sinar Harian
2 April 2012
Khalid Abdul Samad

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abd Samad berkata, tulisan sebuah laman blog semalam, yang mendakwa abangnya, Datuk Seri Shahrir Abd Samad keluar Umno dan menyertai komponen Pakatan Rakyat (PR) itu sebagai satu bahan sensasi dari individu nakal.

Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat ini berkata, sekiranya Shahrir, Ahli Parlimen Johor Bahru ingin menyertai Pas, sudah pasti beliau orang pertama mengetahuinya.

“Kalau dia (Shahrir) ingin masuk Pas, saya mestilah orang pertama yang tahu. Apa yang lebih pelik takkan dia buat sidang media masuk Pas dengan lebih 2,000 ahli tanpa pengetahuan saya (Khalid).

“Hal ini sengaja dilakukan budak nakal untuk timbulkan kekeliruan menjelang pilihan raya. Lagipun, mereka (individu nakal) merasakan sempena April Fool boleh mengenakan sesiapa sahaja,” kata beliau yang juga Yang Dipertua Pas Shah Alam.

Beliau turut meminta kepada semua agar mendoakan perkara tersebut menjadi kenyataan.

“Kita doakan sajalah kalau hatinya terbuka untuk masuk Pas,” katanya.

Dalam laporan blog Perakite semalam menyebut Shahrir telah mengumumkan akan keluar Umno bersama 2,000 orang ahli untuk menyertai Pas.

www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan