Oleh: WFAUZDIN NS
|
Kehadiran BERSIH 3.0 berganda dari BERSIH 2.0 |
AGAK lama blog ini terbiar tanpa kemaskini sejak bermula BERSIH 3.0
kelmarin. Tidak tahu apa puncanya, semua blog aku tidak boleh masuk
untuk dikemaskinikan. Alhamdulillah, hari ini semua sudah kembali
seperti biasa, mungkin BERSIH 3.0 sudah berjaya mencapai matlamat iaitu
untuk membuktikan rakyat sudah benci dan meluat dengan segala penipuan
SPR yang semakin terserlah.
|
Bersama segelintir anak muda dari Pahang |
|
Dihalang.... |
|
Penyelaras SAMM Pahang, Bung Hatta bersama anak buahnya tidor ditepi kawat berduri |
Alhamdulillah, rakyat telah bangun untuk buktikan bahawa tidak semua
rakyat boleh diperbodohkan sepertimana Shahrizat dan keluarganya
memperbodohkan ahli-ahli Umporno tentang isu NFC. Rakyat juga tidak
mudah tertipu dengan gelagat pimpinan Umporno yang mendakwa PTPTN itu
adalah tindakan untuk membantu para Mahasiswa melalui budaya berhutang.
Media berlidah syaitan dan Iblis tentunya kecewa apabila propaganda
mereka untuk menunjukkan peserta himpunan BERSIH 3.0 adalah ganas
ternyata ditolak mentah-mentah oleh rakyat. Ini adalah kerana di dalam
otak masing-masing, mereka sudah `set' di dalam pemikiran mereka
semenjak bila TV3 suku dan Utusan Meloya tidak pernah berbohong dan
berhenti dari melakukan fitnah?
|
YB Azmin berucap dikelilingi para Mahasiswa |
|
Hero Mahasiswa Adam Adli |
|
YB Husam Musa |
Tahniah dan syabas kepada semua peserta Himpunan BERSIH 3.0. Apa pun
yang berlaku kelmarin tidak akan berlaku jika Najib mempunyai otak dan
hati yang bersih. Contoh terbaik Himpunan Aman adalah seperti di
Kuantan baru-baru ini di mana Himpunan Hijau di Padang Kemunting yang
dihadiri puluhan ribu berjalan dengan aman, baik dan penuh semangat
kesopanan. Mengapa Himpunan Hijau aman?
Himpunan Hijau berjalan dengan aman walaupun diadakan di lokasi sekitar
bandar Kuantan iaitu di Padang MPK 4, Kemunting. Himpunan ini dikawal
dengan baik oleh pihak Polis dan juga turut dibantu oleh Unit Amal dan
petugas-petugas. Hasrat penganjur Himpunan Hijau tercapai iaitu
berhimpun di Padang MPK, dan hasrat pihak berkuasa juga tercapai apabila
perhimpunan berjalan aman tanpa sebarang kekecohan. Ertinya apa?
Ertinya, perhimpunan aman boleh dicapai apabila tiada niat jahat untuk
menafikan hak dan suara rakyat.
|
Media pencacai kata peniaga rugi hari itu.....lihat saja dan fikirkan.. |
Mengapa Himpunan BERSIH 3.0 berlaku kekecohan? Semua ini berlaku adalah
kerana hasrat Penganjur untuk DUDUK DAN BANTAH sahaja di Dataran
Merdeka dinafikan. Mereka membuli Penganjur apabila menawarkan Stadium
Merdeka, sedangkan sewaktu Himpunan BERSIH 2.0 dahulu mereka melarang
keras penggunaan stadium bersejarah itu. Apa yang BERSIH minta pasti
mereka halang tanpa alasan yang boleh diterima akal. BERSIH 2.0 mohon
untuk berhimpun di Stadium Merdeka, mereka beri alasan kononnya stadium
itu amat bersejarah dan tidak boleh dicemari oleh perhimpunan. Mengapa
pula kali ini, apabila Penganjur mohon untuk berhimpun di Dataran
Merdeka, secara tiba-tiba Stadium Merdeka tidak lagi mereka anggap
`bersejarah' dan mereka mahu BERSIH 3.0 berhimpun di situ? Tiba-tiba
kali ini Dataran Merdeka pula dikatakan `bersejarah' dan tidak boleh
dicemari? Alasan yang langsung tidak konsisten menggambarkan memang ada
niat jahat untuk menghalang rakyat dari menyuarakan bantahan mereka.
|
Mereka tutup
jalan, mereka mahu lalu terpaksa redah tempat peserta BERSIH tengah
duduk...Tapi kenderaan Polis ini dibiarkan lalu dengan selamat... |
|
Pada Perhimpunan HIJAU di Kuantan, tiada mereka maka semuanya selamat... |
Sejak dari awal lagi kita sudah membaca putar belit dan helah mereka.
Bermula dari kenyataan Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin bahawa Kerajaan
tiada masalah dengan cadangan BERSIH 3.0 untuk berhimpun kerana tidak
akan menjejaskan keselamatan. Kemudiannya, beliau menyerahkan kepada
DBKL samada memberikan kebenaran untuk berhimpun. DBKL pula memberikan
berbagai alasan dan menolak permohonan BERSIH untuk berhimpun. Kita
semua tahu Dataran Merdeka adalah satu tempat yang sering orang ramai
berhimpun, bukan sahaja duduk malahan melompat, berlari dan berjoget
pernah diadakan di situ termasuk menjadi kawasan pendatang asing
berkumpul. amat tidak masuk akal, Himpunan BERSIH 3.0 yang mahu DUDUK
DAN BANTAH boleh mencemarkan Dataran Merdeka.
|
minum teh dulu bro... |
Rakyat tidak boleh terima hak mereka dipermainkan begitu sahaja. Maka,
pada 28 April baru-baru ini rakyat hadir beramai-ramai untuk menunjukkan
mereka memang serius untuk membantah penipuan SPR di dalam
Pilihanraya. Usah ditanya tentang bukti penipuan, kerana semuanya telah
didedahkan melalui media kita bahkan didedahkan juga melalui PSC yang
ditubuhkan oleh Parlimen. Akhirnya, Pengerusi SPR sendiri akui memang
ada keraguan terhadap puluhan ribu pengundi dalam Daftar Pemilih.
Tetapi, katanya hanya 0.3 % sahaja daripada jumlah kesemua pengundi
berdaftar. Walaupun kita lihat jumlah itu sedikit, tetapi tahukah SPR
bahawa dengan jumlah itu jika sebanyak 2,000 pengundi meragukan itu
diagih-agihkan kepada beberapa kawasan Parlimen, ianya boleh membantu
lebih dari 20 kawasan Parlimen untuk menang secara kotor?
Paling mengejutkan, dibuktikan bahawa Pengerusi SPR dan Timbalannya
adalah ahli UMNO. Kita membantah bukan kerana ianya ahli Umno, tetapi
sewajarnya selaku pihak pengendali mereka patut tidak menyertai
mana-mana parti politik, cuma mereka berhak untuk mengundi. Bayangkan,
Pengadil Bolasepak memasuki padang dengan memakai jersey Pahang sewaktu
mengadili perlawanan Bolasepak di antara Pahang melawan Selangor.
Apakah penonton dan penyokong boleh terima keadaan sedemikian?
Ini yang BERSIH 3.0 bantah. Ini yang rakyat mahu beritahu kerajaan.
Apa jua yang terjadi pada 28 April yang lalu berpunca dari kesemuanya
ini. Asasnya adalah hak rakyat dinafikan malahan dipersendakan. Itu
isu pokok kepada apa yang berlaku, usahlah masing-masing menuding jari
untuk mendakwa kumpulan ini dan kumpulan itu ganas. Apa yang jelas,
kerajaan di bawah Najib ternyata gagal untuk melakukan transformasi
seperti yang dicanang-canangkannya. Apa yang ada hanya `Robot
Transformer' yang sentiasa berubah-ubah menjadi berbagai bentuk dan
rupa. Kita simpati kepada nasib yang menimpa kepada kesemua peserta
perhimpunan termasuk pihak keselamatan yang berterusan di`buli' oleh
rejim Umporno.
Tiada pilihan lain lagi. Rejim ini wajib ditumbangkan segera.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan