Alangkah
angkuhnya anak MAHATHIR ini. Dalam usia hanya 37 tahun, kekayaan
berbillion Ringgit yang digondolnya dikatakan hasil "usahanya" sendiri.
Adakah usaha itu termasuk menipu rakyat, memaksa syarikat awam seperti
PETRONAS membeli syarikat mereka yang hampir bankrap, memaksa pegawai
kerajaan menganugerahkan tender kepada mereka dan memaksa para menteri
tunduk menyembah mereka lantas memberi kontrak jabatan yang besar-besar?
Mokhzani
kini mempunyai harta yang dianggarkan berjumlah lebih RM 2 billion
Ringgit, berdasarkan pegangan dirinya dan isterinya dalam 200 buah
syarikat tempatan. Doa merupakan orang ketiga di Malaysia yang paling
banyak memiliki syarikat-syarikat. (Orang yang kedua ialah abangnya
Mirzan bin MAHATHIR dan "orang" yang pertama ialah Kementerian Kewangan
Diperbadankan - Minister of Finance Inc.). Hartanya di luar negara tidak
dikira lagi...
Ini
bermakna Mokhzani bin MAHATHIR mengumpulkan sebanyak RM 54 juta Ringgit
bagi setiap tahun yang terkandung dalam umurnya! Semenjak dia keluar
dari universiti, purata keuntungan yang diperolehinya adalah RM 167 juta
SETAHUN. Ini adalah bersamaan dengan keuntungan MAS pada seluruh tahun
1998/9 dan lebih 350 kali ganda gaji TAHUNAN ayahandanya sebagai Perdana
Menteri!
Kekayaan
ini lebih menjijikkan apabila kita meneliti bahawa isanya tidak
termasuk kekayaan lima lagi anggota keluarga MAHATHIR-Siti Hasmah yang
paling kaya iaitu:
A. Mirzan bin MAHATHIR - tuanpunya Konsortium Perkapalan, Transmile, FOMEMA dll
B. Muhriz bin MAHATHIR - tuanpunya lebih 55 syarikat
C. Saleha binti Mohd Ali (ipar MAHATHIR) - tuanpunya lebih 20 syarikat yang terlibat dalam program francais IPT
D. Hashim bin Mohd Ali (ipar MAHATHIR) - pengelola SUKOM98 yang gagal membawa keuntungan
E.
Ahmad Razali bin Mohd Ali (ipar MAHATHIR) - pengurus Tabung Haji yang
memesong wang penyimpan untuk menyelamatkan perniagaan anak-anak
saudaranya
Siapakah Mokhzani bin MAHATHIR hingga beliau "berjaya" merompak begitu banyak wang rakyat?
Mokhzani
adalah anak ketiga MAHATHIR. Dia mendapat pendidikan di universiti luar
negara dan pernah bertugas dengan sebuah syarikat petroleum tempatan.
Sewaktu di sana, MAHATHIR mendapati anaknya ini tidak berapa pandai,
tetapi keras hati seperti ayahnya. Oleh itu MAHATHIR mengarahkan Qarun
Malaysia Daim Zainuddin supaya "menghadiahkan" beberapa kontrak kepada
anaknya. Pada masa itu, Daim merupakan Menteri Kewangan. Mokhzani diberi
peluang mendapat "saham percuma" dalam beberapa projek yang dianjurkan
oleh peniaga Cina yang baru diperniagakan di BSKL. (Ini dipanggil "pink
form")
Semua
"kekayaan" Mokhzani adalah hasil kronisme dan penipuan MAHATHIR dan
Daim Zainuddin. Daim Zainuddin melakukan pemesongan wamng rakyat ini
bukan sahaja untuk anak-anak MAHATHIR tetapi juga kepada anak perempuan
sulungnya (yang banyak mendapat habuan kontrak pembinaan kompleks
kerajaan) dan adik serta anak Sanusi Junid dan Megat Junid Megat Ayob.
Sebenarnya
Mokhzani langsung tidak ada kebolehan berniaga. Dia mengupah orang lain
untuk menguruskan "perniagaannya" dan tidak pernah membuahkan ideanya
sendiri. Apabila kemelesetan ekonomi muncul, Mokhzani kerugian besar dan
terpaksa meminta MAHATHIR merompak wang rakyat di KWSP, Tabung Haji dan
PNB.
Kebolehan
politiknya juga tidak ada. Kemenangannya sebagai Ketua Pemuda UMNO
Bahagian Merbuk adalah hasil usaha Cikgu Arzmi Abdul Hamid, Ketua
Bahagian UMNO Merbuk yang juga Setiausaha Politik Daim. Cikgu Arzmi
diarahkan membayar sebanyak RM 1.5 juta kepada calon-calon yang akan
menentang Mokhzani. Aklhirnya anak perompak bermisai tebal itu menang
tanpa bertanding!
Mokhzani
dilantik oleh Zahid Hamidi sebagai Bendahari Pemuda UMNO kerana dipaksa
oleh MAHATHIR. MAHATHIR meminta Najib Tun Razak (bekas "boss") Zahid
yang pernah mengambil Zahid sebagai Setiausaha Politiknya) untuk
melantik Mokhzani. Zahid patuh, tetapi senjata makan tuan. Kini Zahid
merupakan ahli politik yang tidak berparti, tidak berpenyokong dan tidak
berpengaruh langsung!
Mokhzani
merupakan seorang anak MAHATHIR yang lupa daratan. Sebenarnya
kekayaannya malah makanan yang disuapkan ke mulut anak dan isterinya
setiap hari hasil daripada usaha ayahnya merompak wang rakyat!
Mokhzani
harus dikalahkan dalam pilihanraya umum nanti. Dia akan bertanding
sebagai calon Parlimen Merbuk, menggantikan Qarun Malaysia Daim
Zainuddin. Pastikan Mokhzani tersungkur! Pastikan si-angkuh ini makan
tanah!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan