PARTI ISLAM SEMALAYSIA

PARTI ISLAM SEMALAYSIA
PAS KAWASAN LENGGONG

Selasa, 3 April 2012

PAS minta statistik sindiket jual bayi

Harakahdaily, 04 Apr 2012

KUALA LUMPUR, 4 April: PAS meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan statistik PDRM berkaitan sindiket penjualan bayi di negara ini bagi tempoh 2008-2011 dan nyatakan langkah mengatasi fenomena itu.

Demikian soalan bagi jawab lisan daripada Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar (gambar) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Berikut ialah pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan daripada ahli-ahli Parlimen PAS pada persidangan Dewan Rakyat yang bermula jam 10.00 pagi, hari ini.

Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan berapa banyak agensi dan jabatan Kerajaan yang mengendalikan urusan pembangunan usahawan bumiputera dan senaraikan agensi dan jabatan terbabit berserta dengan peruntukan yang disediakan.

Muhammad Husain [Pasir Puteh] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan jumlah dagangan antara Malaysia dan Indonesia dan adakah pihak Kerajaan mempunyai rancangan khas untuk merancakkan hubungan dagang dengan negara berkenaan memandangkan banyak persamaan antara dua negara ini.

Datuk Kamarudin Jaffar [Tumpat] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah jumlah wang yang dibayar kepada syarikat FBC Media Ltd. untuk penerbitan dokumentari yang disiarkan oleh BBC yang akhirnya BBC terpaksa memohon maaf.

Dr. Mohd Hatta Md Ramli [Kuala Krai] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan kaedah meningkatkan hasil bagi menampung pengurusan dan pembangunan universiti tempatan yang diberi autonomi dalam pengurusan kewangannya.

Mohd Firdaus Jaafar [Jerai] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan statistik PDRM berkaitan sindiket penjualan bayi di negara ini bagi tempoh 2008-2011 dan nyatakan langkah-langkah untuk mengatasi fenomena ini.

Datuk Mahfuz Omar [Pokok Sena] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan:-

(a) sejauh mana seriusnya serangan ulat pengorek batang padi (ulat kerbau) ke atas sawah padi di Malaysia; dan

(b) berapa peratuskah pengurangan pengeluaran padi negara ekoran serangan ulat tersebut dan apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian dalam menangani masalah tersebut.

Datuk Wan Abd Rahim Wan Abdullah [Kota Bharu] minta PERDANA MENTERI menyatakan tujuan sebenar kehadiran YAB. Perdana Menteri dan Datin Seri Rosmah Mansor pada sambutan Thaipusam di Batu Caves pada 7 Feb 2012.

Khalid Abdul Samad [Shah Alam] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah status pembinaan sekolah di Seksyen U10 Shah Alam.

Salahuddin Ayub [Kubang Kerian] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan adakah Malaysia masih berpegang kepada konsep dan pendirian Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN) untuk Asia Tenggara.

Mohd. Abdul Wahid Endut [Kuala Terengganu] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan maklumat terperinci tentang Lebuh raya Pantai Timur 2 (LPT 2) termasuk butiran berikut:-

(a) bilakah dijangka siap sepenuhnya dan jumlah kos baru keseluruhan pembinaan lebuh raya tersebut; dan

(b) pihak yang akan ditawarkan konsesi, terma-terma perjanjian, tempoh konsesi dan bentuk pulangan kepada Kerajaan Negeri Terengganu hasil dari pelaburan sebanyak 50% dari kos pembinaan.

Dr. Siti Mariah Mahmud [Kota Raja] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah langkah-langkah tegas yang akan diambil oleh Kerajaan terhadap pendatang asing tanpa izin (PATI) selepas tarikh 10 April 2012 dan apakah perubahan polisi yang akan diambil Kerajaan untuk memastikan yang Malaysia tidak perlu mengulangi lagi Program 6P ini dalam beberapa tahun akan datang.

Datuk Taib Azamudden bin Md Taib [Baling] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sejauh mana siasatan pihak polis mengenai isu kepala babi yang diletakkan di masjid di Selangor baru-baru ini dan apakah langkah-langkah penyelesaiannya.

Mohd. Nasir Zakaria [Padang Terap] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah jumlah peruntukan pembangunan yang telah dijalankan di kawasan Parlimen Padang Terap sejak 2008 hingga 2011 serta sebutkan projek-projek tersebut bersekali dengan kosnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan