PARTI ISLAM SEMALAYSIA

PARTI ISLAM SEMALAYSIA
PAS KAWASAN LENGGONG

Selasa, 3 April 2012

DEDAH ISU MURTAD - HASSAN JATI SINDIR SULTAN KERANA GAGAL TADBIR UGAMA?

Oleh: WFAUZDIN NS

BILA aku tengok TV3 suku malam tadi, kelihatan Hassan Jati muncul sambil bercerita pasal murtad. Kononnya beliau amat peka dengan kes murtad yang berlaku di negara ini. Malangnya, Hassan Jati yang gila nak jadi MB Selangor ini bak kata YB Khalid Samad silap tempat untuk mengadu.

Betapa bengapnya Pakar Motivasi yang ada PHD ini. Isu murtad beliau boleh mengadu kat TV 3 suku. Masakan Hassan Jati tidak kenal TV3 suku ini? Semenjak bila TV3 suku suka pada Islam? Jika TV3 suku ini pro Islam, mustahil media pencacai lidah syaitan ini mahu siarkan video dan cerita seks yang dicipta oleh Datuk T itu? Media ini kah yang Hassan Jati harapkan untuk banteras murtad? Mengapa tidak pilih saluran TV Hijrah sekurang-kurangnya? Sebabnya, Hassan Jati mahu glamour dengan isu murtad ini. Maklumlah, rakyat semua sudah tahu tembelang Hassan Jati yang kecewa tidak boleh jadi MB Selangor.

Mengapa Hassan Jati tidak laporkan kepada Jamil Khir tentang isu ini? Bukankah sekarang ini Umno yang berkuasa di negara ini? Bukankah agama Islam adalah di bawah Raja-Raja Melayu? Mengapa Hassan Jati tidak mengadap Raja-Raja untuk tunjukkan betapa teruknya Raja-Raja mentadbir agama di negara ini sehingga kononnya begitu ramai yang murtad? Mengapa PAS juga yang dipersalahkan oleh orang yang gila nak jadi MB ini? Paling pelik, masa Sultan Selangor dan JAIS mengendalikan siasatan kes serbuan gereja di Selangor dulu, mengapa Sultan Selangor kata kes ditutup kerana ketiadaan bukti? Ketika itu, Hassan Jati masih Exco Agama di Selangor dan mengapa beliau tidak tunjukkan bukti yang beliau tunjukkan di dalam media lidah syaitan seperti malam tadi?

Ertinya, ini semua adalah kelentong Hassan Jati untuk tunjukkan beliau adalah pejuang isu murtad walaupun sedikitpun beliau tidak bawa rakaman video ucapan Mahathir Kutty yang kata hukum Hudud itu adalah ciptaan manusia, tiada di dalam Al-Quran. Tidak murtadkah itu? Mengapa Hassan Jati membisu? Sebabnya mudah, kerana Hassan Jati adalah `Sub Kontrak' Umno. Justeru itu, beliau semenjak ditendang keluar oleh PAS, beliau perlu cari makan dengan cara itu untuk membesarkan anak-anaknya. Itu saja

Tiada ulasan:

Catat Ulasan