PARTI ISLAM SEMALAYSIA

PARTI ISLAM SEMALAYSIA
PAS KAWASAN LENGGONG

Ahad, 27 Februari 2011

Ada penindasan, ada perlawanan
Hishamuddin Rais
Feb 14, 11
10:57pm
Kongsi 253
Sebelum saya berkisah tentang Mesir lebih baik saya buka sedikit tentang sejarah politik yang lebih dekat dengan wilayah kita sendiri. Biar saya surahkan kepada anak anak muda yang masih amat muda ketika Presiden Marcos dari Filipina dan Presiden Soeharto dari Indonesia berada di puncak kuasa. Mereka berdua antara beberapa diktaktor ganas yang pernah muncul di arena politik Asia Tenggara.

Di zaman Perang Dingin – perang idealogi sosialis lawan kapitalis - Amerika Syarikat memelihara berpuluh-puluh ekor diktaktor. Di Amerika Latin dan di Afrika bersepah-sepah kepala negara yang merampas kuasa dan menjadi ditaktor. Bagitu juga di Asia Tenggara – Vietnam, Laos, Burma , Thailand dan Korea Selatan. Semuanya di bawah junta tentera dan ditaktor.

Di zaman inilah Marcos dan Soeharto wujud. Kedua-dua presiden ini adalah budak suruhan Amerika Syarikat yang amat setia. Mereka naik takha kerana Amerika memerlukan khidmat mereka. Amerika Syarikat memberi sokongan politik, sokongan ekonomi dan membekalkan senjata kepada para ditaktor ini. Sifat ditaktor ini sama sahaja ketika Perang Dingin: Mereka anti demokrasi, anti kebebasan yang bertopengkan anti komunis.

Akhirnya Ferdinand Marcos telah dihumbankan oleh rakyat Filipina pada tahun 1986 setelah berkuasa selama 21 tahun. Manakala Haji Ahmad Soeharto dihumbankan oleh rakyat Indonesia pada tahun 1998 setelah menjadi presiden selama 30 tahun.

Kedua-dua presiden ini telah dihumbankan ke dalam tong sampah sejarah bukan melalui pilihan raya. Rakyat Filipina dan Indonesia telah memilih jalan raya untuk menghumbankan kedua-dua ditaktor ini. Ini fakta sejarah dan bukan berita dongeng yang direka-reka.

Mari kita kembali kepada Hosni Mubarak Presiden Mesir yang ketika artikel ini ditulis sedang dikepong oleh rakyatnya. Dari segi pensejarahan Presiden Mubarak ini lebih mirip dengan Presiden Soeharto. Mereka memiliki latar belakang budaya politik yang sama. Dua-dua berlatarbelakangkan tentera. Jangan silap baca, politik moden Mesir sesudah perang dunia kedua bukan politik pro- Amerika. Mesir memiliki sejarah nasionalis Arab yang kukuh, sejarah menentang zionis Israel, dan dasar anti imperialis yang jelas. Ini sama seperti sejarah negara bangsa Indonesia.

Mesir negara Arab yang terbesar dengan 86 juta penduduk. Manakala Indonesia adalah negara penganut Islam terbesar dengan 238 juta penduduk. Dari segi strategi politik, perniagaan dan militer, kedua-dua negara ini amat penting untuk kuasa imperial dan kaum pemodal.

Kalau Indonesia moden dilahirkan bersama watak Presiden Sukarno, Mesir moden muncul bersama watak Presiden Nasser. Dua protoganis ini adalah nasionalis hebat yang mucul sesudah perang dunia kedua. Mereka telah mengemudi tanah air mereka untuk bebas dari pengaruh Amerika mahu pun Rusia.

Diracik-racik kuasa kolonial

Nasser lahir dari gerakan Free Officers Movement. Ini satu gerakan bawah tanah yang anti-British. Sebelum perang dunia kedua, Mesir sebagai saki-baki dari empayar Uthmaniah sedang diperintah oleh Raja Farouk. Mesir adalah tanah jajahan British. Sebagai pegawai tentera, Nasser telah melihat bagaimana bumi Arab diracik-racik oleh kuasa kolonial British dan Perancis. Nasser juga melihat bagaimana negara Arab tewas dan Israel dilahirkan di bumi Arab.

Pada tahun 1952 Nasser dengan gerakan bawah tanah ini telah melakukan satu revolusi dan merampas kuasa. Raja Farouk telah diturunkan dari taktha dan dilayarkan ke Itali. Mesir kini merdeka dari British. Maka bermulalah dasar Pan Arabism atau nasionalisma Arab yang disebarkan oleh Nasser dari Mesir.

Pengaruh Nasser bagitu kuat sekali. Semangat kesedaran bangsa Arab naik menjulang. Malah Mesir dan Syria pernah bersatu sebagai Republik Arab Bersatu pada tahun 1958 hingga tahun 1961. Inilah rancangan strategik Nasser untuk menentang pengaruh Zionis di bumi Arab. Ini kerana Naseer sedar bahawa Mesir ialah tembok dan kunci untuk bumi Arab melawan Israel.

Pada tahun 1955, Nasser, Chao En Lai dan Soekarno telah mengadakan Konferensi Bandung. Konferensi Bandung inilah yang melahirkan blok Negara-Negara Berkecuali. Sekali lagi kuasa imperial Amerika merasa bahawa orang yang bernama Nasser dan kaum nasionalis dari Dunia Ketiga ini amat merbahayakan. Mesir di bawah Nasser dilihat amat merbahaya buat Isreal yang baru bertapak pada tahun 1948.

Kuasa imperial British, Perancis dan Israel tidak senang tidur dengan Mesir di bawah pimpinan Nasser. Presiden Nasser telah mengambil dasar nasionalis Arab. Naseer telah memiliknegarakan Terusan Suez pada 26 Julai 1956. Kuasa kolonial Britain, Perancis dan Israel telah menyerang Mesir. Ketika ini muncul kuasa imperial baru yang mencelah masuk dan berusaha untuk menamatkan perang ini. Kuasa baru ini ialah kuasa imperial Amerika - satu kuasa yang terkuat sesudah selesai perang dunia kedua. Kuasa imperialis Amerika mencelah masuk seolah-olah menyebelahi Mesir kerana ingin mencari kawan dan sahabat di Timur Tengah.

Pada awalnya, seperti Perjanjian Bandung, Presiden Nasser telah mengambil dasar berkecuali tetapi apabila projek empangan Aswan cuba digagalkan oleh British maka Presiden Nasser telah mula berbaik-baik dengan blok Soviet Rusia. Akhirnya Rusia telah menjadi rakan setia kepada Mesir. Rusia bukan sahaja telah membantu menyiapkan empangan Aswan, malah telah membekalkan senjata terkini dan tercanggih buatan Blok Soviet untuk tentera Mesir.

Semua ini berlaku di zaman Perang Dingin. Pada ketika ini kuasa imperialis Amerika sedang ditentang oleh rakyat dunia ketiga. Di Indo-China Amerika sedang dipukul hebat oleh rakyat Vietnam. Rakyat Dunia Ketiga dengan sokongan politik dan persenjataan dari Russia telah berani bangun menentang Amerika. Di era inilah Soviet Union telah berjaya mendapat rakan yang paling berpengaruh di bumi Arab, iaitu Mesir.

Di zaman ini tidak ada seorang pun pemimpin Arab yang berani membuat hubungan sulit dengan Israel. Malah banyak negara Arab ketika ini memiliki dasar luar yang tidak pro-Amerika atau berkecuali. Saudi yang dijelmakan sebagai raja oleh kuasa British pun tidak berani menunjukan sentimen pro-Israel itu. Ini kerana sesiapa sahaja pemimpin Arab yang dilihat bersubahat walau pun secara sulit dengan Israel pasti akan digugurkan oleh rakyat.

Peranan Mossad, CIA

Di zaman Nasser kuasa imperial Amerika terdesak. Kaum buruh di Mesir mula menyusun kasatuan sekerja. Kaum tani di Mesir telah berani menuntut hak tanah mereka. Kaum pelajar dan anak muda bebas berpersatuan. Nasser juga telah memulakan dasar ekonomi sosialis. Melihatkan semua ini berlaku maka kuasa imperial Amerika malalui CIA telah mula menjalankan jarumnya.

CIA telah berjaya menanamkan bibit-bibit Islam yang anti-komunis dan anti golungan progresif. CIA telah memelihara dan mendukung parti Persaudaraan Muslim atau Ikhwan Muslimin. Parti ini pada awalnya bekerjasama dengan Nasser tetapi telah menjadi sebuah parti reaksioner yang anti kaum buruh dan anti gerakan nasionalis Arab.

Dasar-dasar Nasser yang anti-Amerika selalu mendapat tentang dari parti Persaudaraan Muslim. Amat jelas di zaman ini parti Persaudaraan Muslim ini telah diperalatkan oleh CIA untuk menentang Nasser. Dokumen-dokumen yang baru ditemui telah membuktikan jelas hubungan CIA dengan parti Persaudaraan Muslim Mesir.

Ketika ini musuh agung Mesir dan warga Arab ialah zionis Isreal. Amerika bersama Isreal terus merancang untuk menumpaskan pengaruh Nasser dari bumi Arab. Pelbagai rancangan licik dijalankan. Akhirnya perang meletus pada bulan Jun 1967. Israel terlebih dahulu secara mengejut telah menyerang Mesir. Kapal terbang tentera udara Mesir menjadi sasaran pertama Israel. Pertahanan udara Mesir lumpuh.

Perang Enam Hari atau Perang Bulan Jun ini adalah kekalahan yang amat sangat untuk umat Arab. Bukit Gholan milik Syria dirampas Israel hingga ke hari ini. Tebing Barat bumi Palestin dirampas Israel hingga ke hari ini. Sinai, wilayah Mesir dirampas oleh Isreal.

Kekalahan ini juga adalah pukulan yang maha hebat secara pribadi untuk Presiden Naseer. Ini adalah pukulan maut dari segi politik, diplomasi dan ketenteraan. Tiga tahun kemudian pada 28 September 1970 Nasser diserang penyakit jantung dan meninggal dunia. Maka sekali lagi politik Mesir berubah.

Pengganti Nasser ialah Anwar Sadat. Anwar Sadat juga adalah dari kumpulan Free Officerrs Movement. Malah pernah dipenjarakan oleh British kerana gerakan anti-penjajah. Dari segi sejarah, Anwar Sadatlah yang bertanggung jawab menghebohkan berita di radio kepada rakyat Mesir ketika gerakan Free Officer Movement melakukan rampasan kuasa dan menurunkan Raja Farouk dari takhha.

Sekali imbas, Anwar Sadat dengan sejarah politik yang baik adalah sosok yang unggul untuk menyambung dan meneruskan garis politik dan ekonomi nasionalis Presiden Naseer. Tetapi di zaman Perang Dingin, Mossad dan CIA, terus bergerak untuk memastikan negara Arab yang berpengaruh ini akan mandul.


Nota: Ini merupakan siri pertama daripada dua bahagian. Bahagian seterusnya menceritakan tentang sejarah dan politik Mesir moden.
'Tidak apa jika saya tidak dilahirkan sebagai Melayu'
Feb 27, 11 10:35pm
Kongsi 506
Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau tidak minta untuk dilahirkan sebagai seorang berbangsa Melayu.

Beliau juga berkata adalah secara kebetulan beliau lahir di negara ini.

"Kalau saya (lahir) dari kalangan masyarakat Orang Asli sekalipun tidak apa, asalkan saya Islam dan beriman dengan Allah SWT," katanya.

NONENik Aziz mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang meminta beliau bersyukur dilahirkan sebagai bangsa Melayu yang tentunya beragama Islam.

Dr Mahathir berkata Melayu adalah bangsa yang unik di dunia kerana mengikut Perlembagaan, bangsa Melayu mesti bertutur dalam bahasa Melayu, mengamalkan adab Melayu dan beragama Islam.

Nik Aziz berkata semua bangsa adalah sama dan tidak ada keistimewaan kepada satu-satu bangsa sebagaimana juga bangsa Arab sendiri kecuali seseorang itu Islam dan beriman kepada Allah SWT.

"Kalau pada bangsa, tentu bapa saudara Nabi Muhammad SAW iaitu Abu Jahal (masuk syurga) tetapi Allah SWT telah menyatakan awal-awal lagi dia (bapa saudara Nabi) adalah ahli Neraka," katanya.
NONEMengenai Islam yang diperjuangkannya, Nik Aziz berkata ia adalah Islam sederhana yang diletak di tempat yang tinggi dan menentang tindakan melampau yang bertentangan dengan agama.

Bagaimanapun, beliau mengakui agak sukar untuk mengembalikan Islam sebenar sebagaimana air yang mengalir dari hulu sungai tidak sama dengan air di muara.

"Setelah mengalir jauh, pastinya melalui pelbagai rintangan, sampah sarap dan pelbagai kekotoran, untuk minum (air di muara) kena tapis dulu, kita kena rebus (masak) dulu," jelasnya.
YELAH! UMNO INGAT HARTA MAK BAPAK MEREKA

Istilah memainkan peranan penting dalam menyedarkan penggunanya dan pendengar.

Seringkali kali media melaporkan bantuan atau belanja yang dikeluarkan oleh kerajaan digambarkan seakan itu adalah harta kerajaan atau orang politik yang terbabit. Maka bantuan yang disalurkan seakan dari sifat pemurah kerajaan seperti disebut 'kerajaan bermurah hati membantu'.

najib visit kerdau 270211 01Rakyat seakan bagaikan peminta sedekah. Begitu juga apabila ada penyelewengan ataupun pembaziran, maka rakyat yang tidak faham merasakan yang rugi hanyalah kerajaan atau duit orang politik, sedangkan mereka lupa wang tersebut adalah wang mereka.

Maka di sini disebutkan beberapa perkara;

Samada kita sedar atau tidak, setiap rakyat negara ini membayar cukar kepada kerajaan. Ini merangkumi cukai pendapatan, cukai langsung dan tidak langsung.

Harga barangan yang kita beli dalam negara ini sebenarnya kita bayar bersama harga cukai. Di Malaysia kita membeli kereta dengan harga yang tinggi disebabkan faktor cukai.

mee seller stall hawker 141006Begitu juga segala barangan, makanan dan stesyen TV yang dibeli merangkumi harga cukai. Maka, setiap rakyat kena tahu bahawa mereka sebenarnya setiap hari membayar cukai kepada kerajaan. Justeru wang kerajaan adalah wang rakyat.

Maka, wang yang dibelanja oleh mana-mana kerajaan; samada BN atau Pakatan rakyat atau istana-istana dalam negara adalah wang rakyat yang membayar cukai secara langsung atau tidak langsung, sedar ataupun tidak sedar.

Bazir wang rakyat

Istilah 'wang pembayar cukai' atau taxpayers money, atau harta awam sepatutnya sentiasa dipakai dalam media dan ungkapan rakyat. Justeru, apabila kerajaan membelanja untuk sesuatu projek atau menyalurkan harta kepada mana-mana pihak, hendaklah dilapor atau disebut “kerajaan menggunakan wang pembayar cukai atau harta rakyat untuk projek itu dan ini”.

klcc new year celebration fireworks 2Jika berlaku pembaziran, hendaklah dilapor dan disebutkan “kerajaan telah membazirkan wang pembayar cukai, atau merosakkan harta awam, merugikan wang rakyat”.

Ungkapan ini penting supaya orang-orang politik sedar bahawa bantuan dan peruntukan yang mereka salurkan kepada rakyat bukan wang poket mereka, atau harta peribadi mereka sehingga mereka boleh mendabik dada bangga. Sebaliknya, ia sememang harta rakyat.

Begitulah rakyat, mereka tidak boleh tertipu dengan merasakan seorang-olah bantuan yang diumumkan oleh orang-orang politik itu dari 'harta persendirian' tokoh politik tersebut, sebaliknya ia memang harta rakyat yang diuruskan oleh orang-orang politik.

Peminta sedekah

Ini boleh mengelakkan perasaan rakyat yang merasakan mereka bagaikan peminta sedekah kepada kerajaan dan mengelakkan orang-orang politik lupa diri terhadap wang awam yang mereka belanja atau istiharkan dalam kempen politik mereka.

malaysia poor indian community poverty 230807Sesebuah kerajaan bukan dipuji kerana mereka berbelanja dengan wang rakyat atau wang pembayar cukai itu, tetapi mereka dipuji kerana pengurusan yang cemerlang dan amanah dalam mengendalikan harta awam atau harta rakyat.

Ertinya, jika kerajaan berjaya mengendalikan harta rakyat dengan cemerlang dan amanah, maka kerajaan itu dipuji dan disokong, begitu juga sebaliknya.

Istilah 'taxpayer money', atau 'taxpayer funds' atau 'taxpayers dollars' sering digunakan dalam media negara maju apabia memperkatakan tentang pembelanjaan ataupun pembaziran oleh pihak kerajaan.

Istilah seperti ini sebenarnya boleh membantu mengelakkan kecuaian kerajaan dan dalam masa yang sama boleh menyedarkan rakyat tentang hakikat wang yang digunakan oleh pihak kerajaan. Istilah ini juga patut dihidupkan dalam negara kita.

Necmettin Erbakan mentor pemimpin gerakan Islam
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 28 Feb: PAS mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga dan ahli serta kepimpinan Saadat Partisi di atas kepulangan Almarhum Dr Necmettin Erbakan ke rahmatullah semalam.

"Sesungguhnya Allah SWT telah memanggil Almarhum pulang ke tempat asal yang dijanjikan oleh-Nya, walaupun kehilangannya akan dirasai oleh seluruh penyokong dan pendokong gerakan Islam di serata pelusuk dunia," ujarnya dalam satu kenyataan semalam.

(GAMBAR FAIL: Erbakan (kanan sekali) dalam satu majlis makan bersama para tetamu satu perhimpunan. Turut serta adalah Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi, no 3 dari kanan).

Katanya, Necmettin adalah seorang mujahid, ahli akademik, ilmua ulung dalam bidang teknologi, jurutera, mantan perdana menteri, pemimpin parti, bapa dan mentor kepada ramai pimpinan gerakan Islam di dunia ini, termasuklah pimpinan PAS sendiri.

Berikut adalah kenyataan penuh beliau.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Parti Islam SeMalaysia (PAS) dengan ini ingin menyampaikan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga dan ahli serta kepimpinan Saadat Partisi di atas kepulangan Almarhum Dr Necmettin Erbakan (gambar) ke rahmatullah pada hari ini 27 Februari 2011 bersamaan dengan 24 Rabiul Awal 1432 Hijriah.

Sesungguhnya Allah SWT telah memanggil Almarhum pulang ke tempat asal yang dijanjikan oleh Nya, walaupun kehilangannya akan dirasai oleh seluruh penyokong dan pendokong gerakan Islam di serata pelusuk dunia. Beliau adalah seorang mujahid, ahli akademik, ilmua ulung dalam bidang teknologi, jurutera, mantan perdana menteri, pemimpin parti, bapa dan mentor kepada ramai pimpinan gerakan Islam di dunia ini, termasuklah pimpinan PAS sendiri.

Kepimpinan beliau terserlah, di saat dunia Islam berdepan dengan pelbagai kemelut sejak puluhan tahun ini, termasuklah pergolakan di Asia Barat dalam isu Perang Teluk, Afghanistan, dan gerakan pembaharuan dalam dunia Islam yang dilaksanakan oleh beliau sepanjang tempoh singkat Almarhum menjadi Perdana Menteri Turki pada tahun 1996 hingga 1997.

Tentunya kehilangan beliau dari persada politik antarabangsa akan dirasai, terutamanya kepada PAS yang sentiasa menjadi tetamu Almarhum dalam pelbagai seminar dan diskusi ekonomi dan dunia Islam yang dianjurkan oleh Almarhum setiap tahun.

Semoga Allah SWT merahmati dan menempatkan ruh Almarhum di kalangan para nabi, siddiqin, syuhada dan sholihin.

AL FAATIHAH.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang,

Presiden PAS

24 Rabiul Awal 1432H / 27 Februari 2011M

'Tidak mustahil Asia jejak Mesir jika rakyat ditekan'
Feb 27, 11 5:11pm
Kongsi 22
Kebanyakan negara Asia akan berdepan dengan kebangkitan rakyat ala Mesir jika negara-negara itu terus mengekang institusi- institusi seperti badan kehakiman dan media-massa yang menjadi penanda aras demokrasi, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menurut TV Selangor, ketua pembangkang itu berkata pemerintah autokratik di rantau ini tidak lagi boleh menghalalkan kekangan sebegitu sebagai pra-syarat mengejar kemajuan kerana lambat laun rakyat akan bangkit menolak penindasan sebegitu. “Anggapan bahawa sesebuah kerajaan harus memusatkan segala kuasa pada dirinya, memerintah secara autokratik demi mencapai pemodenan dan membasmi kemiskinan, tanpa diselia oleh institusi-institusi berwibawa...amat bertentangan dengan konsep demokrasi dan kebebasan,' kata Anwar.Anwar menyifatkan Jepun, India dan kini Indonesia sebagai pengamal sistem demokrasi yang agak rancak, manakala kebanyakan negara Asia yang lain dibelit dengan pemerintahan kuku besi.
Impak besar“Pemimpin di rantau ini harus diingatkan untuk melaksanakan pembaharuan sosio ekonomi dan memperkasakan institusi-institusi demokrasi dan hak kebebasan rakyat,” kata Anwar dalam ucaptamanya mengenai forum kebangkitan Asia yang berlansung di Phonm Penh Kemboja. Anwar berkata gerakan demokrasi di Mesir, Libya, Tunisia dan dunia Islam lain mempunyai impak yang besar ke atas negara-negara Asia.Seperti di Timur Tengah, ramai pemerintah di Asia secara sistematik bertindak menghakis, malah memansuhkan institusi yang dipertanggungjawabkan untuk memastikan keseimbangan kuasa.“Sebagai pengganti, mereka memperkenalkan undang-undang zalim yang mencabul kebebasan asas rakyat dan konsep pengasingan kuasa yang menjadi prinsip asas sistem demokrasi,” katanya Anwar.Akibatnya, kata Anwar, hak dan kebebasan rakyat di negara-negara Asia berkenaan semakin terhakis, tidak kira samada mereka dari golongan miskin, suku kaum minoriti atau kelas pertengahan. “Di tengah-tengah penindasan ini, kita melihat pemimpin kerajaan begitu ghairah mencari sokongan walaupun dengan cara meniupkan api perkauman yang menggugat kestabilan negara,” katanya lagi. Lebih menjengkelkan apabila pemimpin negara penduduk majmuk mengawal penuh institusi-institusi negara temasuk media massa hanya untuk mencetuskan ketegangan kaum demi kelangsungan politik diri. Dalam ucapannya itu, Anwar menegaskan selain pilihanraya yang bebas dan adil, institusi kehakiman adalah tunjang utma untuk mempertahankan kewibawaan sesebuah negara.
Badan kehakiman tercemar“Sesebuah badan kehakiman yang tercemar boleh dan akan membawa negara ke ambang kehancuran. Ia akan membawa kepada kegagalan secara terancang proses keadilan di negara itu,” katanya. Anwar melahirkan rasa kesal dengan sesetengah pemimpin Asia yang terus engkar menghayati mesej yang dibawa menerusi kebangkitan rakyat di Timur Tengah. “Kita harus ingatkan pemimpin autokrat yang angkuh ini bahawa lambat laun mereka akan membayar harga yang tinggi kerana menolak suara rakyat menuntut kebebasan dan demokrasi.“Apa yang rakyat mahukan ialah keadilan sosial, kebertanggungjawaban untuk membanteras rasuah, urus tadbir telus dan pemberdayaan politik,” kata Anwar.
Utama Berita Kolum Surat Video Mobilekini Buku SMS Hartanah Pekerjaan Pelancongan Juadah Saham Pendidikan Kereta Feed George
Islam sederhana, ajaran baru Umno ditemplak Nik Aziz
Feb 27, 11 6:00pm
Kongsi 42
Mursyidul am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dalam blognya, melahirkan rasa terkejutnya apabila membaca kenyataan Datuk Seri Najib Razak yang membuat tuduhan liar ke atas gerakan Ikhwan Muslimin dan ulama terkenal dunia, Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi.Sambil menyifatkan kenyataan perdana menteri itu sebagai “sangat tidak manis”, beliau menasihatkan Najib supaya beristighfar banyak-banyak.“Saya kira Perdana Menteri Malaysia sudah lupa langit tinggi rendah sewaktu mengeluarkan kenyataan tersebut. Saya khuatir, pemergian ke Turki hanya untuk berguru dengan tokoh sekular Turki yang jasadnya berkubur di situ.“Sudahlah beberapa minggu lepas, salah seorang bekas perdana menteri Malaysia menulis menyerang saya dengan melabelkan Kamal Attarturk sebagai tokoh yang banyak berjasa kepada Islam, hari ini perdana menteri pula menziarahi pusara Kamal Attarturk dan meletakkan kalungan bunga di situ, satu amalan yang telah difatwakan haram di Malaysia.“Barangkali itulah Islam sederhana, ajaran baru Umno,” tulis Nik Aziz.Beliau mengulas laporan berita dalam laman web National Review Online di mana Najib dilaporkan mengeluarkan kenyataan bernada kesal dengan keterlibatan Ikhwanul Muslimin dengan protes mendesak pengunduran Hosni Mubarak di Mesir yang berunsur keganasan dan melampau (violence and extremism).
Bukan IslamSelain itu, pada ucapannya di Istanbul baru-baru, Najib juga dilaporkan menggambarkan Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi selaku seorang yang menyokong keganasan.
Sehubungan itu,Nik Aziz yang juga menteri besar Kelantan mengingatkan bahawa “tiada Islam sederhana, Islam melampau atau Islam kedai kopi. Semuanya Islam yang datang dari Rasulullah SAW. Setiap yang berbeza, itu bukannya Islam.”Secara panjang lebar, Nik Aziz kemudiannya menyoal neraca mana nama ganas itu mahu ditampal dan mempersoalkan sama ada setiap perbuatan menuntut hak setelah dinafikan itu didakwa sebagai ganas.“Dalam Islam, neraca yang paling tepat ialah sunnah Rasulullah SAW dan bukan neraca Hillary Clinton. Baginda dan para sahabat telah berada di bumi tempat tumpah darah: Makkah al-Mukarramah selama 13 tahun, selama tempoh itulah umat Islam di Madinah dizalimi, dinafikan hak mereka bahkan pernah dipulau selama tiga tahun di Syi'ib Ali.
Bersedia jadi pengganas!“Mereka tidak dibenarkan berjual beli dengan sesiapa, salam mereka tidak berjawab, sapa mereka tidak berbalas. Mereka ditekan dengan pelbagai tekanan namun tidak sekalipun mereka melawan kerana belum menadapat keizinan daripada Allah SWT.“Hanya di Madinah, barulah Allah SWT memerintahkan agar umat Islam berperang membela diri dan menjaga maruah.Jelas Nik Aziz lagi, di Madinah, umat Islam akhirnya dibenarkan melawan dan mengangkat pedang memerangi kezaliman ke atas mereka. “Tiga belas tahun mereka bersabar di Mekah, namun kesabaran manusia ada hadnya. Jika binatang sekecil kucing pun boleh melawan jika ditindas, apatah lagi makhluk yang berakal seperti manusia?
“Adakah Rasulullah SAW dan para sahabat itu ganas? Suka saya nyatakan, jika Rasulullah SAW itu disifatkan ganas, maka semua muslim seharusnya bersedia untuk menjadi pengganas!”Menurut Nik Aziz, Hosni Mubarak telah menzalimi rakyat Mesir selama 30 tahun dan bila pilihan raya diadakan pula, diktator itu akan mendapat kemenangan hampir 99.99 peratus.“Adakah menjatuhkan pemimpin seperti ini dianggap sebagai ganas? Janganlah pula membuat tuduhan bahawa Ikhawanul Muslimin yang terlibat sedangkan apa yang jelas berlaku di Mesir ialah kebangkitan rakyat.
Palitkan getah kepada Ikhwan
“Tidakkah Perdana Menteri Malaysia mengetahui bahawa mereka yang terlibat dengan protes ini terdiri daripada segenap lapisan rakyat Mesir. Muslim, Kristian, kelas bawahan, menengah bahkan atasan sekalipun berdiri satu barisan menuntut pengunduran Mubarak. Isunya ialah penyelewengan, penindasan dan kezaliman rejim Hosni Mubarak, jangan pula getahnya dipalitkan kepada Ikhwan!”Menurut Nik Aziz, Islam tidak mengajar umatnya untuk melakukan keganasan, tetapi Islam tidak pula membenarkan umatnya menghina diri dan merelakan perlakuan zalim ke atas diri mereka. “Peliknya, ketika Hosni Mubarak menzalimi rakyatnya sendiri, mulut-mulut ini diam seribu bahasa, apabila rakyat Mesir bertindak menuntut hak, mereka pula dilabelkan sebagai ganas.“Demikianlah juga ketika Iraq dan Afghanistan dihancurkan oleh Amerika Syarikat, mana perginya perkataan ganas itu? Begitu juga dengan tindakan PBB membelah bahagikan bumi Palestin demi kepentingan Israel, PBB dan Israel tidak dilabelkan ganas.
Neraca senget“Apabila rakyat Palestin bertindak walaupun hanya dengan melontar batu, mereka sudah dianggap ganas! Alangkah sengetnya neraca yang mereka gunakan,” kata Nik Aziz.Menurut Nik Aziz, Al-Qaradawi adalah ulama berjasa yang pernah dipenjarakan ketika perdana menteri Malaysia hari ini belum lagi lahir ke dunia.Katanya, beliau telah mengarang puluhan kitab dalam pelbagai disiplin ilmu dan pemikirannya dijadikan kajian oleh ratusan sarjana di seluruh dunia bahkan kerajaan Malaysia sendiri menganugerahkan Tokoh Maal Hijrah kepada beliau.“Istighfarlah banyak-banyak. Ingatlah kepada Allah SWT sebelum melabelkan ulama yang mulia dengan tuduhan seperti itu. “Harapan saya Perdana Menteri sekarang tidak berguru dengan salah seorang bekas perdana menteri yang semakin mengarut kenyataannya. Saya simpati dengan bekas perdana menteri itu,” akhiri tulisan Nik Aziz itu.
Begitulah nasib masjid-masjid zaman oghang Islam tolak Islam sepenuhnya. Oghang Islam yang mengikut sepenuhnya ISLAM ACUAN PENJAJAH memang berpegang kepada konsep Politik Tidak Ada Dalam Islam - sebab itulah tak boleh berpolitik dalam masjid.

Tongoung... Umno la tongoung...


Jaip ambil alih sementara masjid di Dun Kerdau
Harakahdaily
TEMERLOH, 27 Feb: Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) mengambil alih semua pentadbiran masjid dalam Dewan Undangan Negeri Kerdau daripada ahli jawatankuasa yang dilantik secara sah oleh anak-anak kariah.
Jaip dkatakan telah menghantar Pegawai Agama Islam Daerah ke setiap masjid dalam Dun Kerdau sebagai pegawai sementara masjid di situ.
Sementara itu, Harakahdaily turut mendapat pengesahan mengenai perkara tersebut daripada Imam Masjid Desa Purun, salah sebuah masjid dalam Dun Kerdau, Ustaz Ahmad Nafiri Md Fauzi.
Kata beliau, AJK masjidnya telah dimaklumkan mengenai perkara itu oleh pegawai JAIP bagaimanapun tidak ada sebarang arahan rasmi (bertulis) dikeluarkan.
"Saya diberitahu pegawai itu juga mengarahkan semua program kuliah yang telah (oleh AJK asal masjid) di atur dibatalkan," kata beliau.
Ditanya sehingga bila arahan tersebut, Ahmad Nafiri berkata beliau tidak diberitahu tetapi tidak menolak kemungkinan sehingga berakhir pilihan raya.
Dalam Dun Kerdau terdapat 22 buah masjid, antaranya Masjid Bandar Kerdau, Masjid Seri Ketumbit, Masjid Jengka 22, Masjid Jengka 23, Masjid Jengka 25, Masjid Rumpun Makmur, Masjid Teluk Sentang dan Masjid kampung Desa Purun.
Di Masjid Rumpun Makmur, hasrat beberapa AJK masjid itu untuk meminta Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat menyampaikan tazkirah sebelum solat Jumaat, kelmarin turut tidak kesampaian ekoran perkembangan itu.
Bagaimanapun mereka berjaya meminta Nik Aziz membaca doa dan menyampaikan tazkirah ringkas sejurus selepas sembahyang Jumaat selesai (gambar).
PAS dijangka akan memberi respons berkenaan perkembangan tersebut dalam sidang media sebelum tengah hari ini.
Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Syed Hamid Syed Mohammad dalam reaksi awalnya turut menyelar tindakan itu dengan menyifatkan merampas hak AJK yang dilantik oleh anak-anak kariah.
"Sepatutnya JAIP beri kepercayaan lah kepada AJK masjid-masjid tersebu menguruskan masjid mereka, kalau betulpun hendak ambilalih sementara berbincanglah dahulu dengan AJK untuk mendengar pandangan mereka, bukan dengan keluar arahan seperti sahaja," ujar beliau.
P/S:
Macam cerita di Lenggong jugak la mika weh... Pemimpin2 UBN Lenggong kata PAS Lenggong BERPECAH... Hah hah ha... Tingga Haji Razman soghang dah la ni dok tekoteng-koteng... takdak pengikut... Yang lain semua dah masuk UBN - Umno cabOk...

Seluruh Malaysa pun dah tinggal Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Haji Hadi je dah...

Umno tak payah kempen dah, semua dah masuk Umno...


Sertai Umno: 1,800 atau 18 orang
M Faqih
PASIR PUTEH, 27 Feb: Seramai 1,800 orang atau 18 orang bekas penyokong PAS yang dikatakan menyertai Umno. Inilah gimik yang berjaya dicetus ketua Umno bahagian ini, Zawawi Othman.
Atau beliau sekadar mahu menutup 300 penyokong Umno yang kecewa dengannya sehingga bertindak meninggalkan Umno di Dun Selising baru-baru ini.
Naib Yang Dipertua PAS Pasir Puteh, Wan Hassan Wan Ibrahim berkata, Ketua Umno sekarang terpaksa mencipta gimik yang keterlaluan bagi mengatasi pencabarnya dalam Umno sendiri.
“Sebab itulah cerita yang tidak masuk pun hendak disumbat dalam media massa bagi menggambarkan Umno bahagian ketika di bawahnya sekarang kuat.
“Sedangkan Zawawi sedang berdepan dengan situasi agak mencabar apabila beberapa nama besar Umno di Pasir Puteh sedang berusaha menjatuhnya,” katanya di sini.
Sebuah akhbar hari ini melaporkan seramai 1,800 penyokong PAS sertai Umno di Pasir Puteh dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini kononnya menyedari mereka ditipu.
Malah retorik itu beberapa kali diulang tayang sehingga seorang wanita yang memakai purdah dikenali sebagai Noriah Salleh disebut sebagai ketua muslimat PAS, sedangkan tiada ahli bernama seperti itu di Semerak.
Wan Hassan yang juga Adun Semerak berkata, Zawawi terpaksa mencipta pelbagai gimik yang tidak masuk akal untuk menggambarkan kekuatannya sekarang.
“Sepatutnya beliau menjawab mengapa 300 penyokong Umno di Dun Selising meninggalkan parti itu baru-baru ini. Ini realiti yang berlaku dan cuba disembunyikan Zawawi.
“Di Dun Semerak pula tiga bekas Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Persekutuan (JKKKP) dan seorang ketua JKKKP Semerak hilang kepercayaan kepada Zawawi kerana sikap begitu ego,” katanya.
Malah kata beliau ketua Umno Pasir Puteh sekarang didakwa menghalang bukan penyokongnya mendapat bantuan di bawah kerajaan pusat.
Dakwa beliau mana-mana ahli Umno yang didapati menyokong kumpulan lain termasuk bekas ketua bahagian, Datuk Kamaruddin Mohd Nor dan bekas ketua pemuda, Rujhan Salleh akan dipinggirkan.
Najib didesak tarik balik tuduhan liar
Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 27 Feb: Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak supaya menarik balik tuduhan liar yang dilemparkan kepada gerakan Ikhwan Muslimin dan ulama terkenal dunia, Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi.
Beliau menyatakan sebagai merujuk dalam satu laporan berita yang disiarkan dalam laman web National Review Online yang memetik ucapan yang dibuat oleh Najib di Istanbul baru-baru ini yang mendakwa bahawa parti politik Ikhwan Muslimin terlibat dengan keganasan dan sifat ekstremis.
Jelasnya, Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi yang juga Pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia pula merupakan seorang tokoh ilmuan yang sangat terkenal seluruh dunia.
“Bahkan segala usaha-usaha yang dilakukan olehnya mendapat pengiktirafan serta penghormatan yang tinggi,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Sempena majlis sambutan Ma’al Hijrah 1431/2009, Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah telah berkenan menyampaikan Tokoh Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan kepada beliau atas sifat peribadi unggul dan sumbangannya yang begitu besar dalam agama serta dunia Islam seluruhnya.
Malah, katanya Dr Yusuf Al-Qardhawi selalu berkunjung ke Malaysia untuk menyampaikan ilmu serta bertemu dengan ramai individu, parti politik serta pihak-pihak tertentu.
“Ini membuktikan sifat beliau disenangi dan diiktiraf oleh kerajaan Malaysia,” katanya.
Jelasnya, Ikhwan Muslimin pula merupakan sebuah gerakan Islam yang sah di Mesir malah mereka turut terlibat dan berpartisipasi secara aktif dalam beberapa siri pilihanraya di Mesir.
Tambahan lagi, mereka sering melaungkan tema “Penglibatan dan Bukan Penguasaan” di samping memelihara peruntukan-peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Mesir.
Walaubagaimanapun, katanya hak dan nilai demokrasi mereka sebagai rakyat dan parti politik yang sah telah dicabul sehingga mereka terpaksa berdepan dengan ancaman, ugutan serta penyelewengan kuasa yang dilakukan oleh pemerintah Mesir.
Menyentuh mengenai kebangkitan rakyat di Mesir, beliau berkata Ikhwan Muslimin berpendapat bahawa segala kerosakan dan pencerobohan yang berlaku adalah disebabkan tindakan kumpulan-kumpulan samseng yang bersengkongkol dengan pihak-pihak tertentu untuk menindas kemahuan rakyat.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Bachok menambah, malah Ikhwan Muslimin turut memberikan penghargaan kepada seluruh tentera Mesir yang berkhidmat untuk menjaga keselamatan dan memelihara keamanan sepanjang tempoh revolusi yang berlaku.
“Ini membuktikan bahawa Ikhwan Muslimin tidak terlibat dengan sebarang bentuk provokasi dan strategi bagi melakukan keganasan dan kekacauan di Mesir,” ujarnya.
Justeru, katanya kenyataan Perdana Menteri itu dilihat tidak cerdik.
“Saya berpendapat Najib harus menarik balik kenyataan tersebut dan meminta maaf kepada gerakan Ikhwan Muslimin dan Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi segera.
“Jika tidak, beliau telah menunjukkan sikapnya sebagai seorang yang pro kuasa Barat dan takut untuk menzahirkan kebenaran,” tegasnya.

Sabtu, 26 Februari 2011

Maklumat Malam

RTM Akan Tingkat Serang Selangor dan Pulau Pinang

Seorang rakan di RTM memberi tahu minggu lepas rombongan Adun dari Selangor datang ke RTM bertemu dengan Menteri Radio dan TV, Rais Yatim. Tujuan pertemuan itu ialah untuk meminta RTM membuat sesuatu bagi menolong Umno Selangor merampas negeri berkenaan dari Pakatan Rakyat.

Cerita kawan itu Rais bersetuju menggunakan alat kerajaan yang dikuasainya itu bagi membantu Umno Selangor. Antara cara ialah RTM akan menyiarkan lebih banyak lagi keburukan di Selangor. Untuk tujuan ini sekumpulan orang yang tahu membuat propaganda akan dicari dan diberikan upah khas.

Mereka akan berfikir membuat skrip, berbentuk provokasi, memperlekehkan kerajaan Selangor sehingga rakyat jadi meluat. Ianya akan disiarkan dalam slog-slog tertentu termasuk juga dalam berita perdana.

Untuk tujuan ini juga kata rakan itu, RTM akan menyediakan satu dokumen khas untuk menyerang Selangor. Katanya Rais masih optimis Selangor akan dapat ditawan oleh Umno. Keadaan atau peluang UBN di Selangor menurut Rais agak cerah berbanding dengan Pulau Pinang.

Rais mengakui Pulau Pinang UBN tidak dapat berbuat apa-apa. Kedudukan Lim Guan Eng masih kuat dan mendapat sokongan rakyat. Bagaimana pun kata Rais seperti mana ditutur rakan itu RTM tetap juga melakukan provokasi dan menyerang Pulau Pinang. Satu dokumentri khas mengenai Pulau Pinang akan disediakan oleh RTM.

Apabila dokumenteri khas mengenai Pulau Pinang itu nanti disiarkan dan serangan radio Rais Yatim ke atas Selangor diperhebatkan itu menandakan pilihan raya umum ke-13 sudah hampir tiba.

Dengan maklumat ini kerajaan Pakatan Selangor dan kerajaan DAP Pulau Pinang bolehlah berwaspada dan bersiap sedia untuk menangkis dakyah dan hasutan RTM nanti. [wm.kl.8:30 am 23/02/11]

Jumaat, 25 Februari 2011

y, February 25, 2011

Melayang-Layang

Menteri Mana Terlibat Dengan Gay?

SAYA tidak percaya dengan berita ini tetapi itulah yang saya dengar. Seorang menteri kabinet terlibat dengan kegiatan gay. Berita menggemparkan ini akan disiarkan dalam sebuah tabloid minggu depan.

Kita harap selepas akhbar berkenaan mendedahkan isu ini ia akan mendapat perhatian Najib Razak. Laporan ini kena siasat tidak boleh dibiarkan begitu saja. Kabinet Najib tampaknya begitu mengambil besar mengenai kebersihan batang tubuh para menterinya. Baguslah...

Seperti mana yang diberita tahu oleh pengarang akhbar berkenaan isu ini sebenarnya sudah lama. Ia sudah banyak ditulis oleh bloger Umno sendiri. Tetapi terus terang saya katakan saya tidak pernah menemuinya secara konkrit. Munkin pengarang akhbar berkenaan bekas orang Umno mengetahui hal itu. Maklumlah Umno dalam parti itu semua jenis manusia ada.

Cuma tidak lama dulu memang ada terdengar mengenai seorang menteri kabinet yang terlibat dengan gay. Katanya dia membeli sebuah kereta sport berharga lebih RM100 ribu untuk pasangannya seorang lelaki. Kalau tidak silap juga ada pihak yang cuba menafikan dakwaan berkenaan.

Dengan terdedahnya kisah menteri gay ini nanti pihak tertentu akan membuat siasatan, terutama Najib sendiri. Kalau Najib begitu conscions dengan kes liwat Anwar kenapa beliau tidak mengambil sikap sama terhadap jemaah menterinya itu. Bukan saja liwat pelru dibelasah gay juga perlu dihentam sama.

Kita tidak mahu kalau ada elemen-elemen gay dalam kabinet Najib. Hendaknya jangan berulang kisah yang sama. Sebelum ini pernah kecur kisah seorang menteri di zaman Abdullah dikatakan terlibat dengan kegiatan lesbian. Untuk maklumat penjenguk blog Merah Tinta kedua-dua menteri dan bekas menteri yang dikatan terperosok dalam kegiatan menjijikklan itu asalnya dari Selatan tanah air.

Gaddafi bom masjid

BENGHAZI (Libya): Satu unit tentera yang setia kepada Muammar Gaddafi semalam membedil menara sebuah masjid dengan peluru antipesawat dan senjata automatik selepas penunjuk perasaan antikerajaan enggan meninggalkan kawasan di barat Tripoli itu. Saksi berkata, ramai penunjuk perasaan yang berkampung di luar dan dalam masjid itu terbunuh dalam serangan di Zawiya, 50 kilometer ke barat Tripoli. Dia bagaimanapun tidak dapat memberi jumlah tepat.

Tentera pro-Gaddafi bertindak ganas ketika pengaruh pemimpin Libya itu semakin terhakis. Zawiya dan beberapa bandar besar Libya yang lain serta bandar berhampiran Tripoli sudah dikuasai pemberontak.

Di timur yang dikuasai sepenuhnya kumpulan penentang, pembangkang berikrar ‘membebaskan’ Tripoli, tempat pemimpin Libya itu berkubu dengan sekumpulan tenteranya meronda jalan raya dan kereta kebal melindungi kawasan pinggir.

Saksi berkenaan yang enggan namanya disiarkan kerana bimbang terhadap tindak balas berkata, serangan jam 9 pagi (waktu tempatan) dilakukan sehari selepas pembantu Gaddafi yang dikenali sebagai Abdullah Megrahi muncul di bandar berkenaan dan memberi amaran kepada penunjuk perasaan supaya ‘pulang atau mereka akan menyaksikan satu pembunuhan beramai-ramai.’

“Kami memberitahunya kami tidak akan pulang, sama ada kami mati atau kami mencapai kemenangan,” katanya.

Saksi itu terkejut dengan tindakan tentera yang menyerang orang awam.
Beberapa unit tentera dilapor berpaling tadah dengan menyokong penunjuk perasaan sejak pemberontakan bermula 15 Februari lalu.

Ada laporan menyatakan kira-kira 1,000 orang terbunuh sepanjang pemberontakan itu di seluruh negara sementara kumpulan hak asasi manusia, Human Rights Watch menganggarkan lebih 300 terkorban.

“Apa yang berlaku amat teruk. Mereka yang menyerang kami bukan tentera upahan, tetapi anak negara ini sendiri. Mereka membedil menara masjid,” katanya.

Menurutnya, sebahagian besar penunjuk perasaan remaja yang bersenjatakan senapang memburu.

Dia juga memberitahu, penunjuk perasaan dari Zawiya tidak berhasrat untuk menyahut gesaan pembangkang supaya menyertai perarakan seluruh negara ke Tripoli hari ini.

“Kami tidak merancang untuk berarak ke Triopoli. Kami sudah berbincang dan bersetuju untuk kekal di sini,” katanya.

Penunjuk perasaan tidur di dalam masjid dan di kawasan lapang di luarnya sejak beberapa hari lalu dan enggan meninggalkan premis berkenaan.

“Kumpulan remaja itu tidak mempunyai apa-apa untuk melindungi diri mereka kecuali senapang memburu dan semangat, manakala tentera memiliki peluru berpandu antipesawat dan senjata automatik,” katanya.

Dia juga berkata, polis tidak kelihatan di bandar itu yang terletak berhampiran sebuah pelabuhan dan kilang penapisan minyak utama di Mediterranean.

“Penduduk terpaksa membentuk jawatankuasa bagi melindungi rumah masing-masing serta bangunan lain,” katanya.

Dia juga berkata, penyokong Gaddafi turut menyerang warga China dan Mesir yang bekerja dengan syarikat pembinaan di bandar raya itu.

Christchurch macam zon perang


ANGGOTA pasukan mencari dan menyelamat berusaha mengesan mangsa gempa yang tertimbus dalam runtuhan selepas gempa bumi di Christchurch, New Zealand semalam.

KUALA LUMPUR – Seperti zon perang. Itulah gambaran yang diberi pelajar Malaysia di Christchurch, New Zealand selepas gempa bumi dengan kekuatan 6.3 pada skala Richter melanda wilayah itu pukul 12.51 tengah hari waktu tempatan kelmarin (waktu Malaysia pukul 8.19 pagi semalam).

“Keadaan seperti kena bom dan seolah-olah di zon perang. Saya tercampak beberapa meter dari tempat bekerja hingga menyebabkan kaki saya lebam teruk serta kasut koyak,’’ kata Abdullah Mohd. Nawi ketika dihubungi Bernama.

Pelajar ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) Universiti Canterbury itu sempat berlindung di bawah meja bagi mengelakkan dihempap oleh benda yang jatuh.

“Sebaik keluar dari bangunan itu, saya agak hilang arah, rasa takut jangan cakaplah apatah lagi apabila melihat keadaan sekeliling orang berlari-lari untuk selamatkan diri serta bunyi siren bomba, polis dan ambulans,” katanya.

Beliau berkata, orang ramai melarikan diri ke kawasan lapang bagi mengelakkan diri daripada ditimpa runtuhan.

Abdullah bagaimanapun tetap bersyukur isteri serta dua anaknya yang berada di kediaman mereka juga terselamat.

Kejadian gempa yang melanda itu menyebabkan sekurang-kurangnya 65 terbunuh serta ramai lagi terperangkap di celah-celah runtuhan.

Wanita cekup suami khalwat

ALOR SETAR: Seorang isteri yang tidak tahan melihat kecurangan suaminya kerana kerap pulang lewat dan bermalam di rumah teman wanitanya sejak beberapa bulan lalu nekad mencekup suaminya di sebuah rumah sewa di Kampung Didik, Kuah, Langkawi, pagi semalam.

Wanita berusia 30 tahun itu berang melihat suaminya yang berusia 34 tahun hanya berseluar dalam dan tidur di atas katil ketika anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Langkawi (Padal) membuat pemeriksaan di sebuah bilik utama di rumah berkenaan, kira-kira jam 8.30 pagi.

Dia yang gagal mengawal perasaan marahnya memaki-hamun wanita berusia 29 tahun yang dicekup bersama suaminya itu sebaik pintu bilik dibuka.


Dengan nama Allah, fitnah terbesar najib terhadap ulamak terkenal Yusuf Qaradawi tidak boleh dimaafkan, bercakap macam orang bodoh yang tuli, semoga Allah membalas perbuatan yang mengutuk ulamak pewaris nabi...Sebelum mengatakan ulamak tersebut ganas, mari kita lihat video ini, gunakan akal dan iman...wasalam..

Back to top
View user's profile Send private message
Greeny
Sarjan
Sarjan


Joined: Dec 01, 2009
Posts: 1193

PostPosted: Sat Feb 26, 2011 2:25 pm Post subject: Reply with quote

Ada aku kesah ??? kata kuncu2 nya terutama versatile yg begitu kurang ajar dgn TGNA
Back to top
View user's profile Send private message
besut_pas_no_2
Rekrut
Rekrut


Joined: Dec 14, 2010
Posts: 30

PostPosted: Sat Feb 26, 2011 2:49 pm Post subject: Reply with quote

Kita tak perlu melihat jauh, kat dalam negara kita pun boleh tengok.

Kerajaan UMNO bencinya kepada PAS sehingga melabelkan PAS dengan bermacam tohmahan.

DiTerengganu, Masjid Kampung Bujal diKijal yang dibina oleh penyokong PAS dimusnahkan oleh Deris Jusoh & The Gang pada 2006.

Menjelang hari penamaan calon PRK Merlimau esok, Umno mengalami tsunami politik apabila Wanita Umno Jasin menutup bilik gerakan mereka di Taman Merlimau Jaya.

Tindakan ini diambil kerana kecewa wakil Wanita Umno tidak dipilih menjadi calon untuk PRK Merlimau.

Sebaliknya Umno memilih Roslan Ahmad sebagai calon BN yang kurang dikenali dan popular di kalangan pengundi di situ.

Perkara ini disahkan oleh Ketua Wanita Umno Jasin, Zaleha Bujang (gambar) yang mengatakan bahawa beliau merasa tersinggung kerana pemilihan Roslan Ahmad menunjukkan pucuk pimpinan Umno mengenepikan sumbangan dan peranan wanita.

Menurut beliau lagi ini menunjukkan bahawa suara Wanita Umno tidak didengari oleh pimpinan Umno berbanding dengan Pakatan Rakyat seperti di PRK Tenang yang mengangkat martabat wanita dengan memilih bekas guru Normala Surdiman sebagai calon.

Beliau juga tidak dapat menyembunyikan kekecewaan apabila kesungguhan Wanita Umno Jasin melancarkan "Gelombang Merah Wanita' yang menyasarkan 5000 petugas Wanita di Merlimau tidak dipedulikan oleh pimpinan Umno.

Menurut beliau lagi sepanjang 15 PRK pasca pilihanraya ke 12 tidak ada seorang pun wakil di kalangan Wanita Umno dan BN dipilih menjadi calon berbanding dengan Pakatan Rakyat.

Kepada pengundi Merlimau, inilah watak sebenar Umno yang bercakaran dan berebut sesama sendiri untuk menjadi calon yang lebih kepada kepentingan peribadi dan mempunyai agenda tertentu.

Inikah tradisi membela rakyat yang mereka slogankan selama ini?

Adakah ini yang dinamakan rakyat didahulukan?

Berbeza dengan PAS yang mewakili Pakatan Rakyat sama ada sayap Pemuda dan Muslimat dan komponen Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PKR dan DAP yang sentiasa meletakkan agenda membela nasib rakyat dan keadilan serta membawa perubahan politik dan ekonomi sebagai teras perjuangan.

Pendedahan Ketua Wanita Umno Jasin ini sekali gus mendedahkan tembelang sebenar Umno/BN yang kononnya sentiasa berganding bahu dan berpegang teguh kepada pucuk pimpinan.

Walau bagaimanapun kepada semua petugas PAS dan Pakatan Rakyat tidak mudah leka dan terbuai-buai dengan pergolakan yang berlaku dalam Umno di Merlimau sebaliknya terus meningkatkan momentum dan gerak kerja untuk menwan hati pengundi serta membawa mesej yang lebih besar bukan sahaja untuk PRK Merlimau tetapi dalam gagasan yang lebih besar dalam Pilihanraya Umum ke 13

Jui Meng dedah akui pernah takutkan orang Cina dengan Pas


TEMERLOH - Naib Presiden PKR, Datuk Chua Jui Meng mendedahkan telah berkali-kali menakut-nakutkan orang Cina supaya jangan menyokong Pas ketika beliau berada dalam MCA

Katanya, antara lain beliau mengatakan jika Pas memerintah orang Cina akan disunat dan tidak boleh lagi makan ‘kerbau pendek’.

Bagaimanapun, bekas Menteri Kesihatan itu yang berceramah di Tapak Kompleks Pas Pahang, Kerdau kelmarin, mengaku kini beliau bertaubat dan tidak mahu lagi mengulangi penipuan yang sama.

“Saya masa dalam MCA berkempen memberitahu orang Cina jangan sokong Pas, sebab Pas nak bina negara Islam. Kalau negara Islam nanti orang Cina kena bersunat, tak boleh makan kerbau pendek.

“Itulah penipuan kami kepada orang Cina dan saya percaya ia berlanjutan hingga sekarang. Tapi hari ni saya nak minta maaf, saya taubat,” katanya sambil disambut dengan sorakan lebih 12,000 orang yang hadir.

Tambah bekas Naib Presiden MCA itu, beliau mendapati orang Cina pada masa ini tidak boleh ditipu atau tidak ditakut-takutkan lagi kepada Pas dan ini dibuktikan dengan sokongan majoriti entiti tersebut kepada Pas sejak pilihan raya umum (PRU) 2008 yang lalu.

Turut berceramah pada malam tersebut ialah Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Naib Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden PKR Tian Chua dan beberapa orang lagi.

Chua selanjutnya menceritakan bekas Presiden Mesir Hosni Mubarak jatuh kerana mengaut kekayaan melampau dengan keluarga beliau mempunyai kekayaan lebih RM270 bilion.

Tambahnya, sedangkan sejumlah besar rakyat hidup melarat dan dibelenggu kemiskinan sehinggalah mereka bangun memberontak.

“Saya nak beritahu apa bezanya dengan Malaysia, 11 juta penduduk di negara ini berpendapatan di bawah RM1,500 iaitu berstatus miskin jika dibandingkan dengan kos hidup. Dan 8 juta daripada mereka adalah orang Melayu.

“Satu perkara lagi yang mempunyai persamaan Malaysia dengan negara-negara Arab yang menghadapi kebangkitan rakyat itu ialah rasuah. Semasa saya mulai memasuki parlimen tiga dekad yang lalu kedudukan indeks rasuah Malaysia sekitar nombor 20.

“Tetapi ketika Perdana Menteri sekarang mengambil alih pemerintahan sudah berada di kedudukan ke 57,” katanya.

Jelasnya, beliau percaya jika rakyat dalam keadaan tertekan mereka akan bertindak untuk mendapatkan keadilan.

Reply with quote

Bagitu hebat seorang lelaki ini yg mempunyai 39 isteri yg tinggal bersama di rumah yg besar yg mempunyai 100 bilik.

Namanya Ziona Chana.

Back to top
View user's profile Send private message
archery
Staf Sarjan
Staf Sarjan


Joined: Oct 10, 2010
Posts: 2061

PostPosted: Mon Feb 21, 2011 11:16 pm Post subject: Reply with quote

nak jawab camana tu ? Rolling Eyes
Back to top
View user's profile Send private message
tendabiru
Major Jeneral @ Moderator
Major Jeneral @ Moderator


Joined: Jan 14, 2010
Posts: 20929

PostPosted: Mon Feb 21, 2011 11:16 pm Post subject: Re: Melayan 39 isteri yg tinggal bersama bawah 1 bumbung. Reply with quote

suketani wrote:
Bagitu hebat seorang lelaki ini yg mempunyai 39 isteri yg tinggal bersama di rumah yg besar yg mempunyai 100 bilik.

Namanya Ziona Chana.




kalau isteri 39..baperler org anaknya....
Back to top
View user's profile Send private message
suketani
Major Jeneral @ Moderator
Major Jeneral @ Moderator


Joined: Jul 08, 2010
Posts: 1376

PostPosted: Mon Feb 21, 2011 11:18 pm Post subject: Reply with quote

Ini rumah besar 4 tingkat mereka yg terletak di kawasan berbukit di kampong Baktwang di negeri Mizoram India.

Back to top
View user's profile Send private message
suketani
Major Jeneral @ Moderator
Major Jeneral @ Moderator


Joined: Jul 08, 2010
Posts: 1376

PostPosted: Mon Feb 21, 2011 11:27 pm Post subject: Reply with quote

Isteri2nya tidor kat bilik yg seperti asrama (dormitories) -- berkongsi bilik.
Isteri yg paling muda akan tidor kat dorm sebelah bilik Chana. Yg tua2 tidor bilik hujung. Dia ada sistem giliran dimana isteri tidor bersama dibiliknya.

Back to top
View user's profile Send private message
suketani
Major Jeneral @ Moderator
Major Jeneral @ Moderator


Joined: Jul 08, 2010
Posts: 1376

PostPosted: Mon Feb 21, 2011 11:29 pm Post subject: Re: Melayan 39 isteri yg tinggal bersama bawah 1 bumbung. Reply with quote

tendabiru wrote:
suketani wrote:
Bagitu hebat seorang lelaki ini yg mempunyai 39 isteri yg tinggal bersama di rumah yg besar yg mempunyai 100 bilik.

Namanya Ziona Chana.




kalau isteri 39..baperler org anaknya....


Ada 94 anak dan 33 cucu.
Back to top
View user's profile Send private message
archery
Staf Sarjan
Staf Sarjan


Joined: Oct 10, 2010
Posts: 2061

PostPosted: Mon Feb 21, 2011 11:31 pm Post subject: Reply with quote

klu betul cerita ni ... lelaki tu memang lelaki hebat Very Happy
Back to top
View user's profile Send private message
archery
Staf Sarjan
Staf Sarjan


Joined: Oct 10, 2010
Posts: 2061

PostPosted: Mon Feb 21, 2011 11:32 pm Post subject: Re: Melayan 39 isteri yg tinggal bersama bawah 1 bumbung. Reply with quote

suketani wrote:
tendabiru wrote:
suketani wrote:
Bagitu hebat seorang lelaki ini yg mempunyai 39 isteri yg tinggal bersama di rumah yg besar yg mempunyai 100 bilik.

Namanya Ziona Chana.




kalau isteri 39..baperler org anaknya....


Ada 94 anak dan 33 cucu.


apa kerjanya Ziona , Tuan mod Rolling Eyes
Back to top
View user's profile Send private message
ujangkota
Pegawai Waran I
Pegawai Waran I


Joined: Aug 20, 2008
Posts: 3346

PostPosted: Mon Feb 21, 2011 11:32 pm Post subject: Reply with quote

apa pekdahnya isteri sampai 39 ni? Rolling Eyes
Back to top
View user's profile Send private message
suketani
Major Jeneral @ Moderator
Major Jeneral @ Moderator


Joined: Jul 08, 2010
Posts: 1376

PostPosted: Mon Feb 21, 2011 11:38 pm Post subject: Reply with quote

Setiap kali masak utk makan malam mereka perlukan 30 ekor ayam 132 lbs kentang 220 lbs beras. ( 1 lb bersamaan lebih kurang 0.45 kg).

Gambar sebagian dari isteri2 beliau.


p/s: kat surau tempat saya setiap kali buat kenduri cuma perlukan 20 ekor ayam jaa.
Back to top
View user's profile Send private message
shrek
Pegawai Waran I
Pegawai Waran I


Joined: Mar 24, 2010
Posts: 3370
Location: japan wannabe :)

PostPosted: Mon Feb 21, 2011 11:38 pm Post subject: Reply with quote

Shocked Laughing
Back to top
View user's profile Send private message
suketani
Major Jeneral @ Moderator
Major Jeneral @ Moderator


Joined: Jul 08, 2010
Posts: 1376

PostPosted: Mon Feb 21, 2011 11:43 pm Post subject: Reply with quote

archery wrote:
klu betul cerita ni ... lelaki tu memang lelaki hebat Very Happy


Ini sumber berita.
Sebelum klik harus ingat ini suratkhabar omputih. Gambar2 separuh bogel pun ada.

http://www.dailymail.co.uk/news/article-1358654/The-worlds-biggest-family-Ziona-Chan-39-wives-94-children-33-grandchildren.html
Back to top
View user's profile Send private message
suketani
Major Jeneral @ Moderator
Major Jeneral @ Moderator


Joined: Jul 08, 2010
Posts: 1376

PostPosted: Mon Feb 21, 2011 11:45 pm Post subject: Re: Melayan 39 isteri yg tinggal bersama bawah 1 bumbung. Reply with quote

archery wrote:
suketani wrote:
tendabiru wrote:
suketani wrote:
Bagitu hebat seorang lelaki ini yg mempunyai 39 isteri yg tinggal bersama di rumah yg besar yg mempunyai 100 bilik.

Namanya Ziona Chana.




kalau isteri 39..baperler org anaknya....


Ada 94 anak dan 33 cucu.


apa kerjanya Ziona , Tuan mod Rolling Eyes


Dlm berita ini dia tak nyatakan apa pekerjaannya. Kebanyak penduduk di sini adalah petani (macam saya nih Laughing )
Back to top
View user's profile Send private message
suketani
Major Jeneral @ Moderator
Major Jeneral @ Moderator


Joined: Jul 08, 2010
Posts: 1376

PostPosted: Mon Feb 21, 2011 11:47 pm Post subject: Reply with quote

ujangkota wrote:
apa pekdahnya isteri sampai 39 ni? Rolling Eyes


Mesti ada. Kalau tidak takkan dia nak kawin ramai. Malah dia sedang mencari lagi bakal isteri barunya dan sanggup ke Amerika utk berkahwin.

Macam2 jenis manusia atas bumi Allah nih.
Back to top
View user's profile Send private message
MawarBiru
Pegawai Waran I
Pegawai Waran I


Joined: Jun 17, 2008
Posts: 3084
Location: No hanky panky place.

PostPosted: Mon Feb 21, 2011 11:48 pm Post subject: Reply with quote

Lelaki ISLAM x bole kawen melebihi 4 bini... nanti selebihnyer dijadikan perempuan simpanan pulakk.... <---- xder dlm kamus ISLAM. Arrow

Sy tak rasa lelaki ni HEBAT... tp sy SALUTE la pd perempuan2 tu yg sanggup berkongsi suami dgn ramai madu2nya.... Exclamation