PARTI ISLAM SEMALAYSIA

PARTI ISLAM SEMALAYSIA
PAS KAWASAN LENGGONG

Isnin, 14 Februari 2011


Anwar culik dan pukau Exco Perkasa
Goto page 1, 2, 3, 4, 5 Next
Post new topic Reply to topic www.tranungkite.net/v11 Forum Index -> Borak Politik & Isu Semasa
View previous topic :: View next topic
Author Message
ashrof1
Pegawai Waran I
Pegawai Waran I


Joined: Aug 05, 2008
Posts: 3839

PostPosted: Mon Feb 14, 2011 10:18 am Post subject: Anwar culik dan pukau Exco Perkasa Reply with quote

KUALA LUMPUR 12 Feb. - Seorang Exco Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dilaporkan hilang secara misteri beberapa jam sebelum pertubuhan itu membuat laporan polis terhadap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam.

Mohd. Farid Abdullah, 27, yang juga Setiausaha Kerja kepada Ketua Wira Perkasa, Arman Azha Abu Hanifah dikatakan keluar rumah dan gagal dikesan sebaik sahaja menerima panggilan daripada seorang individu pada pukul 2.30 pagi.

Kehilangan Mohd. Farid disyaki ada kaitan dengan tindakan Perkasa membuat laporan terhadap Anwar.

Ini kerana beliau merupakan individu diamanah untuk memegang dokumen penting mengenai salah laku Anwar yang baru dibongkar dan dilaporkan kepada polis.

Bagaimanapun setelah hampir 48 jam dilaporkan hilang, Mohd. Farid berjaya ditemui tengah hari ini oleh polis tetapi dalam keadaan kebingungan dan langsung tidak mengingati apa terjadi ke atas dirinya.

Menurut Arman Azha, malah semua dokumen penting mengenai salah laku Anwar yang dipegang oleh Exco Perkasa itu turut didapati hilang.

Katanya, Mohd. Farid sepatutnya menemani beliau untuk membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini pada pukul 3.30 petang semalam.

"Saya menyerahkan dokumen asal mengenai maklumat salah laku Ketua Pembangkang itu kepada Mohd. Farid pada petang kelmarin, untuk disimpan kerana mempunyai urusan di tempat lain.

"Dia sepatutnya membawa dokumen tersebut bersama kenyataan media yang disediakannya semasa menemui saya untuk membuat laporan polis di IPD Dang Wangi petang semalam," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Arman Azha bersama dua Ketua Wirawati Perkasa iaitu Zaira Jaafar dan Raihan Sulaiman Palestine semalam, membuat empat laporan polis terhadap Anwar memohon supaya pihak berkuasa menghalang beliau daripada bebas ke luar masuk dari negara ini.

Laporan polis itu dibuat di IPD Dang Wangi dan Sentul di Kuala Lumpur, selain IPD Shah Alam, Selangor dan Putrajaya.

Berdasarkan laporan polis itu, Perkasa mendesak Peguam Negara memohon kepada mahkamah supaya menahan pasport milik Ketua Pembangkang itu.

Menurut Arman Azha, beliau yang hairan kerana Mohd. Farid tidak hadir menemuinya di IPD Dang Wangi telah menghubungi keluarga setiausaha kerjanya itu.

"Saya bagaimanapun terkejut apabila dimaklum oleh keluarganya bahawa Mohd. Farid telah keluar rumah sejak pukul 2.30 pagi iaitu sebaik sahaja menerima panggilan daripada seseorang.

"Keluarganya bagaimanapun tidak mengesyaki perkara buruk berlaku kerana menyangka Mohd. Farid menemui ahli-ahli Perkasa," katanya.

Arman Azha berkata, sebaik sahaja mengetahui Mohd. Farid hilang, keluarganya segera membuat laporan polis di Balai Polis Ampang Jaya dekat sini dan berusaha mencarinya.

Beliau berkata, beberapa rakan Mohd. Farid yang turut membantu mencarinya kemudian berjaya menemui kereta Proton Persona milik mangsa di belakang sebuah stesen minyak di Jalan Raja Laut.

Namun, katanya, Mohd. Farid sendiri gagal ditemui begitu juga dengan dokumen penting yang dibawanya.

"Setelah puas mencari, pada kira-kira pukul 12.30 tengah hari ini, saya dihubungi oleh keluarganya memaklumkan bahawa Mohd. Farid telah ditemui polis dalam keadaan selamat di suatu tempat.

"Dia sudah dihantar pulang ke rumah tetapi langsung tidak mengingati apa berlaku ke atasnya," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi hari ini mengesahkan ada menerima laporan mengenai kehilangan Mohd. Farid yang kemudian ditemui dalam keadaan kebingungan. - Utusan

Betui ke leh hilang2 ni...sape yg sorok mamat ni yer...? Jin @ manusia..??Fikir2kanlah....
Back to top
View user's profile Send private message
Mellayunet
Lans Koperal
Lans Koperal


Joined: Mar 26, 2009
Posts: 503

PostPosted: Mon Feb 14, 2011 10:44 am Post subject: Reply with quote

rasanya betul berita ni. Tapi berita ni dari Utusan Edisi Khas Untuk Bacaan Umur Bawah 10 Tahun. Memang sesuai la untuk sebab umur sebaya tu tengah berlatih cara-cara nak tulis karangan...
Back to top
View user's profile Send private message
aj
Prebet
Prebet


Joined: Apr 20, 2007
Posts: 212

PostPosted: Mon Feb 14, 2011 10:49 am Post subject: Reply with quote

si dungu kat luar tu percaya anuar culik dah telah menghilangkan ingatan budak suruhan umno nih..eheheh
Back to top
View user's profile Send private message
RuslanPaip
Sarjan
Sarjan


Joined: Oct 29, 2008
Posts: 1260
Location: Penang

PostPosted: Mon Feb 14, 2011 10:52 am Post subject: Reply with quote

UMNO/BN dengan TahyulNya.. Tak sudah-sudah..

Kehhh..kehhh..kehhh..

Nostratomoih.. Dah Tertomoih makan pasiak..

Nyot..nyot..
Back to top
View user's profile Send private message
RefoRmiS
Staf Sarjan
Staf Sarjan


Joined: May 24, 2005
Posts: 1702

PostPosted: Mon Feb 14, 2011 10:54 am Post subject: Reply with quote

bg kat steven spielberg bgs gak nie.. bleh di buat filem...
Back to top
View user's profile Send private message
keli_laut
Koperal
Koperal


Joined: Feb 17, 2009
Posts: 892

PostPosted: Mon Feb 14, 2011 10:58 am Post subject: Reply with quote

mana nak ingat tempat letak dokumen .. dokumen tu kan rekaan ..lupa ke apa ..

aj wrote:
si dungu kat luar tu percaya anuar culik dah telah menghilangkan ingatan budak suruhan umno nih..eheheh
Back to top
View user's profile Send private message
zane
Prebet
Prebet


Joined: Mar 22, 2008
Posts: 260

PostPosted: Mon Feb 14, 2011 11:02 am Post subject: Reply with quote

Betapa berkuasanya Anwar, betapa hebatnya!

Pertamanya beliau dikatakan ejen semua bangsa di dunia, CIA, MOSSAD, China, India, Indonesia, beliaulah terrorist dan beliaulah kaki bodek Uncle Sam, semuanya dalam satu!

Anwar juga gagah perkasa, dengan umurnya 63 tahun dan setelah menjalani rawatan ruas tulang belakangnya yang tergelincir disepak rahim noor, beliau boleh memnjatuhkan seorang pemuda 23 tahun berketinggian 6 kaki untuk dilipat dan diliwatnya. Alangkah perkasanya, sepatutnya gelaran perkasa itu milik Anwar bukan Berahim si katak puru!

Dan sekarang, Anwar mempunyai ilmu mistik yang tiada bandingnya iaitu membengongkan lawan hingga ke tahap tidak ingat apa-apa dan merapu serta gila meroyan!

Tidak syak lagi dengan ciri-ciri sedemikian, Anwarlah yang sepatutnya menjadi PM sebab dialah manusia paling gagah dan hebat abad ini! hidup Anwar!

Back to top
View user's profile Send private message
sebatang_kara
Staf Sarjan
Staf Sarjan


Joined: Mar 18, 2010
Posts: 1978

PostPosted: Mon Feb 14, 2011 11:05 am Post subject: Reply with quote

Tu laaaa, pakai lagi songkok tinggi-tinggi, kan dah jadi bengap bertingkat-tingkat.
Back to top
View user's profile Send private message
petehkaki
Kapten
Kapten


Joined: Nov 22, 2008
Posts: 11030
Location: Galaksi Bima Sakti, Planet Bumi

PostPosted: Mon Feb 14, 2011 11:06 am Post subject: Reply with quote

nak gelak pun ada baca citer mcm nie...

kalau nak hantar ilmu mistik ni, hantar kat geng2 Ariel sharon jer la...
Back to top
View user's profile Send private message
cekMat
Lans Koperal
Lans Koperal


Joined: Sep 02, 2010
Posts: 378

PostPosted: Mon Feb 14, 2011 11:07 am Post subject: Reply with quote

kahkahkahkahkahkahkahahkahkahkahkah Laughing

makin nak kejar publisiti, makin tongong nampaknya puak-puak perkasa ni Laughing Laughing Laughing

agak-agak ada yang percaya x citer-citer camni?
Back to top
View user's profile Send private message
markchilly
Pegawai Waran I
Pegawai Waran I


Joined: Mar 01, 2009
Posts: 3396
Location: Seaside, Port Dickson

PostPosted: Mon Feb 14, 2011 11:13 am Post subject: Reply with quote

Pokoknya cari makan untuk anak bini dan ibubapa......kesihan dia orang tu dapat hasil cara itu.
Back to top
View user's profile Send private message
napies
Lans Koperal
Lans Koperal


Joined: Aug 30, 2006
Posts: 437
Location: wifi, mamak corner

PostPosted: Mon Feb 14, 2011 11:16 am Post subject: Reply with quote

DR romzey bley buat filem baru ni.
Back to top
View user's profile Send private message
Mellayunet
Lans Koperal
Lans Koperal


Joined: Mar 26, 2009
Posts: 503

PostPosted: Mon Feb 14, 2011 11:23 am Post subject: Reply with quote

Knp dia tak culik si sepol tu? hilangkan ingatan budak tu, mesti kes dia gugur...apa punya ngong la perkasa ni
Back to top
View user's profile Send private message
tukaunama
Pegawai Waran I
Pegawai Waran I


Joined: Sep 29, 2006
Posts: 3133
Location: Tengah Pijak Buku 100 Billion

PostPosted: Mon Feb 14, 2011 11:34 am Post subject: Reply with quote

UMNO ni betul-betul meroyan nak mampus.
Back to top
View user's profile Send private message
mata_ayaq
Prebet
Prebet


Joined: Jul 04, 2010
Posts: 175

PostPosted: Mon Feb 14, 2011 11:41 am Post subject: Reply with quote

Nak tipu 1 mesia lagi la tuuuuuu......cakap berdentum dentum kata ada cukup bukti dan dokumen tup tup kena curi pulak yang tukang bawa pula jadi jadi bodo.....nak tercabut urat perut aku baca... apala bodo sangat si arman tu mak bapak dia tak antar sekolah ke?????? Laughing Laughing Laughing Laughing Laughing Laughing Laughing Laughing Laughing Laughing Laughing Laughing Laughing Laughing Laughing

Tiada ulasan:

Catat Ulasan